Friday, May 7, 2010

Kuih Pau

 guna sikit doh buat donat
bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung roti
2 sb bumbun tepung roti - untuk uli dough sahaja (perlu jika ltk air 250ml)
200-250ml air panas suam/luke warm water - saya ltk air panas 200ml + 50ml air sejuk 1 1/2 sk dry instant yeast powder - menghasilkan dough jenis lembut
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter
instant inti kacang merah - secukupnya

cara-cara
  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan campuran air panas 200ml + 50ml air sejuk, satukan adunan jadi lebih kurang dough
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit demi sedikit tepung roti lebih kurang 2sb sahaja, uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan, usah bimbang dough jenis ini memang dough jenis paling lembut sekali dan ia tetap akan melekat juga pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap,
  5. Tips berguna preheat microwave oven 1 minit, buka terus letak dough didalamnya tutup balik, selepas 5 minit keluarkan dough, preheat balik microwave oven 1 minit lagi, letak balik semula dough dalam microwave, tujuannya bagi mempercepatkan doh itu mengembang dua kali ganda
  6. atau letak air panas dalam talam pembakar dalam oven dan letak dough wrap dengan plastic atas rack pembakar
  7. atau lepas tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  8. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  9. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  10. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti kacang merah sebanyak 3 sb bumbun tekan inti kacang merah, kemaskan dan tutup dough kulit kuih pau dengan kemas, tutup kuih pau itu dengan kain lembab.
  11. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking paper supaya ia tidak melekat pada dulang, ulangi isi inti hingga habis
  12. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  13. Ikat tudung pengukus dengan kain muslin atau kain kasa, tujuannya supaya air steam tidak jatuh atas kuih pau
  14. Panaskan pengukus dengan air secukupnya
  15. Kukus kuih pau dengan menggunakan api paling kuat selama 10 minit, tutup api biar ia seketika 2-3 minit, perlahan-lahan buka tudung pengukus, tujuannya supaya kuih pau tidak berkedut
  16. Kuih pau yang selebihnya bolehlah disimpan dalam pengukus dan dibalut dengan kain supaya ia lembut sentiasa.
  17. Hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails