Monday, May 24, 2010

Fried Spring Rolls

bahan-bahan
8 kulit popiah
2 dried shiitake mushroom - basuh, rendam dgn 1/2 caw air, bila lembut potong cube kecil-kecil, sila simpan air rendaman cendawan utk dimasak dgn inti popiah
30gm sohon - basuh dan direndam dalam air
100gm scallops rebus, isi ayam segar atau isi udang segar - potong nipis
3 fresh chruncy green pea - potong serong nipis
1/4 ketul inst rebung segar rebus jepun - shredded, bukan dari jenis rebung jeruk yang berbau itu
1/4 carrot - shredded
1 ulas bawang putih -dicincaing halus
1 sb oyster sauce
1 sk kicap cair
sedikit lada hitam tumbuk, garam,gula dan minyak bijan
sedikit air tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
  1. panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng bawang putih cincang hingga naik bau wangi,
  2. masukan ketulan cendawan potong cube kecil tadi, goreng seketika, masukkan pula rebung, goreng lagi,
  3. tuang oyster sauce dan kicap cair goreng lagi hingga naik bau wangi, masukkan sohoon, goreng seketika, tuang air rendaman cendawan, goreng lagi hingga ia kering,
  4. masukkan scalop, carrot dan crunchy green pea, goreng hingga sedikit layu,
  5. tuang pula sedikit air tepung jagung, perasa dengan garam, gula, lad hitam tumbuk dan minyak bijan secukupnya, goreng lagi hingga kering, padamkan api, bahagi kepada 8 bahagian, sejukkan,
  6. satu bahagian initi dibungkus kemas dalam satu kulit popiah dan lekat dengan sedikit air tepung jagung, ulangi hingga habis
  7. goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana perlahan, goreng hingga ranggup dan secukup masak, hidangkan  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails