Tuesday, March 29, 2011

Sweet & Sour II


 bahan-bahan
300gm isi udang
*3 cili merah segar- tumbuk @ cincang
*2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
*halia sebesar ibu jari
1/2 bawang besar - potong
1 tomato - potong
sos tomato secukupnya
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa
1-2 sk tepung jagung - jadikan sedikit air tepung jagung
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
 tumbuk atau kisar bahan yang bertanda *dan campurkan semua bahan-bahan kecuali buah tomato, bawang besar & udang, panaskan sedikit minyak  tumis bahan campuran tadi hingga naik bau harum dan secukup masak,  masukan bawang, udang  goreng hingga separuh masak, tuang sedikit air tepung jagung dan bila ia mula mendidih masukkan pula buah tomato goreng hingga sedikit layu, rasa dulu cukup rasa garam & masam manis, sekiranya perlu perasa dengan sedikit garam, gula atau cuka lagi,  hidangkan.

Kerabu Sotong Mudah

dari dapur saya hari ini, sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja

bahan-bahan
300gm instant sotong rebus - potong
1-2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
cili padi secukupnya - tumbuk @ cincang 1 tomato - potong
1/8 @ 1/4 lettuce - potong
1/4 timun @ 1 timun jepun - potong
2 sb nampla sauce
2 sb soft brown sugar - ikut manis
1/2 biji lemon atau limau nipis - perah jusnya ikut masam
sedikit kacang tanah goreng - tumbuk @ cincang
sedikit garam

cara-cara
letak semua bahan tumbuk kecuali kacang tanah ke dalam besin yang sesuai, taburkan soft brown sugar, tuang pula nampla sauce diikuti lemon jus, gaul rata, masukkan sotong, gaul lagi, masukkan sayuran lettuce, timun dan tomato serta kacang tanah tumbuk gaul rata lagi, rasa dulu, jika perlu letakkan sedikit garam, suaikan rasa dan hidangkan

Monday, March 28, 2011

Roti Nasi

Bahan-bahan
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam


Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  3. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  4. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  5. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  6. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  7. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

Wednesday, March 23, 2011

Donut

Bahan-bahan ( 30 biji ikut saiz ) - sumber resipi member mry
Bahan A:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula kastor(gula pasir dikisar ngan blender pun boleh) *Tambah 1/2 camca teh garam

Bahan B:
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast tambah 20ml air tambahan jika perlu

Cara-cara
  1. Satukan semua Bahan A.
  2. Buat lubang kat tengah adunan,
  3. kemudian masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A.
  4. Masukkan air tambahan jika perlu.
  5. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  6. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan. (Kalau nak letak inti)
  7. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.(Jangan lebih masa, nanti terlalu naik-bila masak serap minyak)
  8. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Bun Manis

 Bahan-bahan ( 10 bijin bun ) - sumber resipi member mry  
150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)

Cara-cara

  1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..

Baguette Breads

bahan-bahan
250gm tepung roti
5gm dry inst. yeast
5gm gula
5gm garam halus
5gm bread spread atau shortening
155ml air sejuk atau air panas pada suhu 30C
sedikit tepung untuk celup
cara-caracampurkan tepung, yeast, garam dan gula gaul rata, kuakkan tepung ditengahnya, tuang air tadi, gaul rata, uli hingga elastik dan tidak melekat pada tangan, uli lagi dengan bread spread hingga habis, tutupkan, rehatkan atau peram dough selama 40-60 minit sehingga ia naik 2 kali ganda, tumbuk dough keluarkan anginnya, uli seketika, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagia, bulat-bulatkan, leperkan sedikit, gulung bentuk bujur, celup dalam tepung, kelar sedikit dengan pisau tajam, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, panaskan microwave oven, 200C masak selama 15 minit terus naikan suhu lagi pada 250C bakar selama 20 minit lagi atau hingga secukup masak, kalau guna oven biasa bakar pada suhu 200C bakar selama 12 minit atau hingga secukup masak, hidangkan

Coconut Buns

bahan A dough
300g tepung roti
2/3 sk garam halus
1 sk dry inst. yeast
1 telur pukul sikit & campurkan dengan susu segar jadi seberat 200g
50g madu
30g mentega tawar

bahan B1
1 cawan soft brown sugar atau 2/3 cawan gula
1/2 cawan air

bahan B2 inti kelapa
1 cawan kelapa kering
1 cawan air
1 sk tepung jagung - jadikan air tepung jagung
sedikit garam

cara-cara
  1. campurkan tepung, yeast, garam dan gula gaul rata kemudian campurkan kesemua bahan, kuakan tepung ditengahnya, tuang semua bahan-bahan, gaul rata, uli hingga elastik dan tidak melekat pada tangan, uli lagi dengan bread spread hingga habis, rehatkan atau peram dough selama 40-60 minit sehingga ia naik 2 kali ganda , tumbuk dough keluarkan anginnya, uli seketika, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagia, leperkan, masukan inti kelapa secukupnya, bulat-bulatkan, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, sapu sedikit susu segar atas permukaannya, panaskan microwave oven atau oven pada suhu 200C bakar selama 15-20 minit hingga secukup masak, hidangkan
  2. masak soft brown sugar atau gula putih dalam saucepan sekejap hingga naik bau wangi, jangan terlalu lama nanti pahit, curahkan 1/2 cawan air, masak hingga gula caramel cair, masukkan kelapa kering masak seketika, tuang air lagi 1 cawan, masak atas dapur hingga ia separuh kering, tuang air tepung jagung dengan garam, masak hingga kering, padamkan api, bahagi kepada beberapa bahagian

Tuesday, March 22, 2011

Sesame Breads

 bahan-bahan
300gm tepung roti
4gm dry inst. yeast
12gm gula
1sk garam halus
2 sb bread spread
50ml susu segar dalam fridge atau susu panas pada suhu 30C
50 ml air sejuk atau air panas pada suhu 30C
sedikit bijan mentah

cara-cara
campurkan tepung, yeast, garam dan gula gaul rata kemudian campurkan susu segar dengan air, kuakan tepung ditengahnya, tuang susu dan air tadi, gaul rata, uli hingga elastik dan tidak melekat pada tangan, uli lagi dengan bread spread hingga habis, rehatkan atau peram dough selama 40-60 minit sehingga ia naik 2 kali ganda , tumbuk dough keluarkan anginnya, uli seketika, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagia, bulat-bulatkan biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, sapu sedikit susu segar atas permukaannya, taburkan bijan mentah, panaskan microwave oven atau oven pada suhu 150C bakar selama 15 minit, tambakahan suhu lagi kepada 180C bakar selama 20 minit, hidangkan

Monday, March 14, 2011

Bahulu

bahan-bahan (sukat bahan dengan gelas atau jar matrik)
2 biji telur
2/3 caw @ 130ml gula
1 caw @ 200ml tepung gandum - diayak
1/4 caw @ 40ml minyak masak
1 sk vanilla essence

cara-carapukul telur dengan gula hingga kembang, putih, berkrim dan pekat, masukkan vanilla essence, gaul dengan spatula or sudip kayu ikut arah jam, tuang minyak gaul rata lagi, masukkan tepung gaul rata lagi, panaskan ketuhar microwave oven or oven 200C, tuang dalam dulang acuan cup cakes atau kertas cupcakes, bakar selama 15-17 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

Thursday, March 10, 2011

Cucur Keledek

bahan -bahan
300gm ubi keledek
70gm tepung gandum
gula ikut manis
sedikit garam
minyak masak untuk menggoreng secukupnya

cara-carabasuh ubi keledek bersih-bersih, rebus tanpa garam dengan kulitnya sekali hingga empuk, buang kulitnya, lecek halus, biarkan ia suam dahulu, kemudian taburkan sedikit garam, gaul rata, tuang tepung, uli hingga hingga sebati dan tidak melekat pada tangan, taburkan gula ikut manis uli lagi hingga sebati, ambil sedikit dough, bulat-bulatkan kecil-kecil satu persatu hingga habis, ketepikan, panaskan minyak penuh secukupnya, goreng guna api sederhana perlahan, goreng hingga kuning keemasan dan secukup masak, toskan, hidangkan

Madeleines I



Ingredients
3 eggs
100gm caster sugar
150gm plain flour
1 tsp baking powder
1 tsp vanilla essence
100gm unsalted butter - melted

Method
  1. Preheat the oven to 200C (400F/Gas 6)
  2. Brush a tray of madeleine moulds with malted butter and coat with flour, then tap the tray to remove the excess flour
  3. Whisk the eggs and sugar until the mixture is thick and pale and the whisk leaves a trail when lifted.
  4. Sift flour and baking powder into mixture, gently fold the flour, then the malted butter and vanilla essence
  5. Spoon into the moulds, leaving a little room for rising.
  6. Bake for 12 minutes (small madeleine will only need 7 minutes), or until very lightly golden and springy to touch.
  7. Remove from the tray a cool on a wire rack.

Fried Eggs with Tomato

bahan-bahan
2 biji telur telur
1 biji tomato - potong
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak

cara-cara
Pecahkan telur pukul sikit dan ketepikan , tomato potong baji memanjang, panaskan sedikit minyak, masukkan telur masak macam telur masak hancur, bila ia mula berketul kacau, masukkan tomato, taburkan gula dan garam kacau lagi biar layu dan keluar airnya sikit, tabur sedikit serbuk lada hitam , hidangkan dengan nasi panas

Stir Fried Broccoli

dari dapur saya hari ini, sesuai dihidangkan dengan nasi panas ketika makan tengahari dan sebagainya

bahan-bahan
1 broccoli - potong
2 ulas bawang putih - diketuk
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
1-2sk tepung jagung - jadikan air tepung jagun secukupnya
gula atau ajinomoto (optional )
garam secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan sos tiram dan kicap cair goreng seketika hingga naik bau harum, basuh broccoli masukan terus kedalam kuali, goreng hingga sederhana masak, jika perlu tuang sedikit sahaja air semasa mengoreng broccoli, bila broccoli layu, tuang air tepung jagung secukupnya untuk dijadikan kuah, kacau sentiasa dan masukkan garam gula atau ajimomoto, biar kuah mendidih, bila mula pekat dan jernih, tutup api dan hidangkan dengan seberapa segera

Madeleines

Ingredients3 eggs
100gm caster sugar
150gm plain flour
100gm unsalted butter - malted
1 lemon - grated lemon zest (optional)
1 orange - grated orange zest (optional)
Method
  1. Preheat the oven to 200C (400F/Gas 6)
  2. Brush a tray of madeleine moulds with malted butter and coat with flour, then tap the tray to remove the excess flour
  3. Whisk the eggs and sugar until the mixture is thick and pale and the whisk leaves a trail when lifted.
  4. Gently fold the flour, then the malted butter and grated lemon and orange zest.
  5. Spoon into the moulds, leaving a little room for rising.
  6. Bake for 12 minutes (small madeleine will only need 7 minutes), or until very lightly golden and springy to touch.
  7. Remove from the tray a cool on a wire rack.

Claypot Chicken Rice


  • bahan A
  • 2 ketul boneless chicken legs - potong kecil
  • 1 carrot - mayang halus
  • 1 labu bawang putih - dicincang
  • 1 genggam ketulan halia - dicincang
  • 10 keping cendawan hitam - basuh, rendam dalam air sejuk, kemudian gunting jgn terlalu nipis atau tebal, jgn buang air rendaman cendawan tersebut untuk dimasak dengan nasi
  • 5 caw beras jepun - dibasuh dan di toskan, air untuk masak nasi ikut sukatan sendiri, bergantung pada beras,campur sekali dengan air rendaman cendawan diatas, cukup-cukup untuk masak nasi
  • 1 kiub ayam - (optional)
  • 1 sk gula (optional)
  • beberapa titik minyak bijan (optional)
  • kicap cair, kicap pekat, oyster sauce, ajinomoto,lada hitam crush secukupnya
  • minyak masak untuk menumis secukupnya
  • bahan B
  • daun bawang - potong halus
    bawang goreng secukupnya
  • bahan C
  • ikan tenggiri masin secukupnya - jenis gebu,digoreng
  • bahan D Sos Kicap Cili
  • Potong cili merah, hijau atau cili padi - potong, letak sedikit kicap cair or nampla or kedua-duanya sekali, ketepikan
cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia yang telah dicincang tadi , goreng hingga wangi dan kekuningan, masukkan oyster sauce, kicap, lada hitam , kiub ayam, ajinomoto, garam dan gula,
  2. perahkan sedikit cendawan, keluarkan airnya jangan terlalu kering, goreng dan kacau rata lebih kurang 1-2 min,
  3. ketepikan air rendaman cendawan tadi untuk masak nasi,
  4. masukkan pula ayam 2-3 min, goreng lagi hingga sedikit keputihan,
  5. campurkan beras, goreng lagi hingga beras jernih,
  6. masukkan carrot goreng seketika,
  7. tuangkan air lebihan rendaman cendawan, dicampur dengan air secukupnya untuk menanak nasi, kemudian masukkan garam secukupnya,kacau nasi hingga kering dan terus tutup periuk
  8. Kalau guna electric stove lepas nasi kering, padamkan api terus tutup periuk, 2-3 min kemudian serih nasi itu dan hidangkan.
  9. Kalau guna dapur gas biasa pula, lepas masak nasi, tutup periuk, perlahankan api, bila dah masak serih nasi, hidangkan
  10. Atau lepas nasi kering masukkan ke dalam rice cooker, tekan button masaklah hingga kering & masak nasi itu, kemudian serih nasi, hidangkan
  11. Sekiranyanya nasi mentah lagi masukan dalam bekas kaca, wrap dengan plastic wrap masak dalam microwave oven preheat hingga masak, hidangkan.
  12. Hidangkan bersama bahan B, C dan D

Cucur Jagung

bahan-bahan
250gm tepung gandum
64gm gula
4gm baking powder
4 gm garam halus
1 cawan air
1 cawan jagung biji dalam tin - buang airnya, toskan, ketepikan
minyak untuk mengoreng secukupnya

cara-cara
satukan tepung gandum, garam, gula dan baking powder, kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya, tuang air, gaul rata dengan sudip plastik atau kayu hingga sebati, masukkan biji jagung dalam tin, gaul rata, panaskan minyak, basahkan tangan denga air paip, jemput-jemputkan adunan tepung tadi satu persatu letak dalam minyak sederhana panas, goreng seperti cucuk kodok hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan.

Wednesday, March 9, 2011

Peperoncino Garlic Clams Spaghetti

bahan-bahan
200gm spaghetti
300gm clams - basuh, toskan, ketepikan
2-3 ulas bawang putih
1-2 cili kering - kepak dua
daun parsley - dicincang (optional)
lada hitam tumbuk secukupnya
sedikit air
garam secukup rasa
olive oil secukupnya

cara-cara
masak air hingga mendidih, masukan spaghetti rebus ikut bungkusan, toskan, ketepikan, panaskan olive oil secukupnya, goreng bawang dan cili kering hingga naik bau dan kuning, masukkan siput, goreng seketika, tuangkan sedikit air, masak hingga siput mula terbuka, taburkan garam, lada hitam tumbuk dan daun parsley, gaul rata, masukkan pula spaghetti rebus, goreng seketika hingga ia berpalut, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails