Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Kimpira Gobok

bahan-bahan
  • 1 akar brudock/gobo, digosok (atau kulit sedikit dikikis), dipotong panjang atau mayang halus memanjang dan rendam dalam air selama 10 minit
  • 1 lobak merah kecil, dipotong  mayang halus memanjang
  • 1-1/2 sb minyak bijan atau minyak masak  
  • 2 sb hondashi
  • 1sb kicap cair jepun  
  • 1-1/2 sb bijan, disaring tanpa minyak selama 1 minit dalam kuali , keluarkan, ketepikan(optional)
  • cili kering - potong bulat nipis, buang bijinya, ketepikan (optional)

cara-cara
Dalam kuali dipanaskan, tumis akar brudock dan lobak merah di dalam minyak bijan atau minyak masak selama 3-4 minit, sehingga lembut. Tambah kicap cair, dan hondashi terus memasak dengan api sederhana sehingga semua cecair serap. Hidangkan, tabur bijan sangai dan cili kering

Thursday, August 18, 2011

Kacang Bendi Goreng

bahan-bahan
10 kacang bendi - basuh, potong menyerong
1/2 bawang besar size sederhana kecil -cincang
2 cili merah segar  - cincang
1 bawang putih - cincang
sedikit kicap cair
1 sk chicken cube serbuk
1 sk kunyit serbuk
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
tuangkan sedikit minyak, masukan bawang putih cincang, biar seketika diikut, bawang besar dan cili merah cincang masak hingga naik bau harum tuangkan sedikit sahaja kicap cair, masak seketika, taburkan sedikit chicken cube serbuk goreng seketika bagi naik bau, masukan kacang bendi goreng seketika, taburkan serbuk kunyit masak seketika, angkat dan hidangkan  

Saturday, July 9, 2011

Asam Pedas Keladi

bahan-bahan
600gm ubi keladi kecil jenis bulat atau besar - kupas kulit, basuh, rebus dgn air secukupnya hingga empuk, toskan dan ketepikan
1/4 bawang besar
1 sb serbuk cili, cili kering blend or cili padi secukupnya - ikut pedas
1 sk serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
sejemput ikan bilis
secekak kecil daun kesum
sedikit gula
sedikit garam dan ajinomoto

cara-cara
rebus ubi keladi dengan air secukupnya hingga lembut dan empuk, toskan, ketepikan. Sagat, tumbuk atau blend bawang dengan sedikit air, campurkan cili serbuk, kunyit serbuk, gaul rata, terus tuang bahan blend tadi dalam ubi keladi yang telah direbus tadi,tuang air secukupnya untuk dijadikan kuah, masukkan ikan bilis, asam gelugur, daun kesum, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga secukup masak dan secukup kuah, hidangkan.

Thursday, March 10, 2011

Stir Fried Broccoli

dari dapur saya hari ini, sesuai dihidangkan dengan nasi panas ketika makan tengahari dan sebagainya

bahan-bahan
1 broccoli - potong
2 ulas bawang putih - diketuk
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
1-2sk tepung jagung - jadikan air tepung jagun secukupnya
gula atau ajinomoto (optional )
garam secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan sos tiram dan kicap cair goreng seketika hingga naik bau harum, basuh broccoli masukan terus kedalam kuali, goreng hingga sederhana masak, jika perlu tuang sedikit sahaja air semasa mengoreng broccoli, bila broccoli layu, tuang air tepung jagung secukupnya untuk dijadikan kuah, kacau sentiasa dan masukkan garam gula atau ajimomoto, biar kuah mendidih, bila mula pekat dan jernih, tutup api dan hidangkan dengan seberapa segera

Tuesday, February 22, 2011

Masak Lemak Nangka Ikan Bilis

Bahan A Rebus
nangka muda secukupnya – disiang, potong
atau 1 tin instant nangka muda dalam tin

Bahan B Tumbuk
13 biji cili padi - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 s/k serbuk kunyit

Bahan C
1/2 tin santan pekat dlm tin + 1/2 tin air
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
sejemput ikan bilis

Cara-cara

  1. Jika guna nangka muda segar, siang buang kulit dahulu, bersihkan, rebus nangka muda sampai lembut, empuk dan gebu,
  2. saya guna instant nangka muda dalam tin jadi tidak perlu rebus cuma buka tin, buang airnya, basuh dengan air, toskan, ketepikan
  3. Tumbuk bawang merah, cili padi, dan kunyit serbuk
  4. masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan tumbuk, ikan bilis air, pati santan, garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga mendidih, pekat dan secukup masak.
  5. Hidangkan

Tuesday, February 8, 2011

Acar Rampai



bahan-bahan
600gm timun - potong, buang pulurnya
600gm carrot - potong
600gm ubi sengkuang atau lobak putih - potong
140gm halia - mayang halus
20 ulas bawang merah - kalau besar belah dua
20 ulas bawang putih - buang kulit
10 cili merah & cili hijau belah dua
*30 biji cili kering
*2 buku kunyit hidup
*1" halia
*4 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
2 cawan minyak
2 sb bijan digoreng tanpa minyak dan ditampi
2 sb biji sawi
3 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 sb ajinomoto
garam, air sejuk (optional), tomato sauce

cara-cara
  1. basuh, buang kulit, potong semua bahan-bahan seperti carrot, halia, bawang putih, bawang merah , cili hijau, cili merah, ketepikan
  2. giling, tumbuk halus atau blend bahan bertanda *,
  3. pijarkan minyak, tumis biji sawi, bahan tumbuk atau blend tadi bersama cuka, gula, garam dan ajinomoto, masak hingga harum, pecah minyak dan cili secukup masak, masukkan pula tomato sauce, kacau dan rasa dulu kalau kurang masam atau manis boleh ditambah, goreng seketika,
  4. masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali timun dan ubi sengkuang, goreng seketika atau sedikit layu, kemudian masukan pula timun dan ubi sengkuang tadi, goreng seketika, tutup api, hidangkan, taburkan sedikit bijian

Tuesday, October 26, 2010

Lobak Putih Masak Lemak Putih

 bahan-bahan
lobak putih secukupnya
pati santan secukupnya
sebiji cili merah atau cili hijau - potong serong
1/4 bawang besar - dihiris
udang segar atau udang kering secukupnya
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

cara-cara
basuh buang kulit lobak putih, potong, renih dengan air secukupnya dengan menggunakan api perlahan dan tutup tudung periuk, masak lobak putih hingga lembut, empuk dan jernih, kemudian tuangkan pula pati santan kedalamnya, masukkan udang segar, bawang besar hiris, cili merah atau hijau, renih lagi hingga masak, perasa dengan garam dan ajinomoto, hidangkan

Wednesday, September 22, 2010

Stir Fried Bitter Melon or Bitter Gourd

dari dapur saya hari ini, masakkan paling mudah, sedap dimakan ketika berbuka puasa dengan nasi panas ketika ia masih panas lagi.

bahan-bahan
1 biji buah peria size sederhana - basuh, potong, tips mak saya jgn direndam nanti buah peria pahit
1 ulas bawang putih - dicincang
1 biji giant bomb cili hijau - jenis paling pedas - dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
sejemput gula
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak tumis buah peria , masukkan sejemput gula goreng lagi hingga masak, angkat dan ketepikan, tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan sos tiram diikuti kicap cair goreng lagi hingga naik bau harum, terus masukkan cili hijau cincang tadi, goreng hingga masak, masukkan balik buah peria yang telah digoreng tadi, goreng hingga berpalut dan secukup masak, hidangkan

Friday, September 3, 2010

Chap Choi Dengan Cendawan Kering

bahan-bahan
  • 2 ikat chinese baby green mustard/sawi china jenis besar
  • 1/2 labu kecil bawang putih cincang secukupnya
  • oyster sauce secukupnya
  • sedikit kicap
  • 2 keping cendawan hitam - basuh, rendam dlm air sejuk, bila lembut potong nipis, tdk digalakan rendam dlm air panas, ia jadi liat
  • 1-2 sk rata tepung jagung - dibancuh dengan air rendaman cendawan hitam
  • 1 sk rata gula
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit garam
  • minyak secukupnya utk menumis
  • sedikit minyak bijan (jika suka)
cara-cara
  1. Basuh, bersihkan, belah dua sahaja 1 pokok sayur, kemudian belah sedikit bawahnya, ketepikan
  2. Apabila air mendidih, masukkan sedikit minyak diikuti dengan sayur masak sedikit layu selama 1-2 minit, angkat dari air dan toskan, susun dalam pinggan sepokok-sepokok
  3. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan, masukkan cendawan masukan oyster sauce goreng sampai naik bau, diikuti dengan kicap, goreng lagi hingga naik bau kemudian masukkan cendawan kering goreng lagi hingga cendawan masak secukupnya,perasa dengan sedikit gula garam dan ajimomoto.
  4. masukkan sedikit air tepung jagung kacau hingga pekat. Jika suka tuang sedikit minyak bijan, goreng seketika bagi naik naik bau, padamkan api, Tuang atas susunan sayur dalam pinggan tadi dan hidangkan dengan nasi panas.

Friday, August 27, 2010

Asam Pedas Ubi Keladi



bahan-bahan
600gm ubi keladi kecil jenis bulat atau besar - kupas kulit, basuh, rebus dgn air secukupnya hingga empuk, air rebusannya jgn dibuang utk dijadikan kuah
1/4 bawang besar
1 sb serbuk cili, cili kering blend or cili padi secukupnya - ikut pedas
1 sk serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
sejemput ikan bilis
secekak kecil daun kesum
sejemput soft brown sugar
garam dan ajinomoto

cara-cara
rebus ubi keladi dengan air secukupnya hingga lembut dan empuk, ketepikan. Sagat, tumbuk atau blend bawang dengan sedikit air, campurkan cili serbuk, kunyit serbuk, gaul rata , terus tuang bahan blend tadi dalam ubi keladi yang telah direbus dengan air rebusannya, jika kuah kurang tambah air secukupnya, masukkan ikan bilis, asam gelugur, daun kesum, perasa dengan garam, soft brown sugar dan ajinomoto, rebus hingga secukup masak dan secukup kuah, hidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

Taugeh Goreng

bahan-bahan
1 pack taugeh kasar kacang soya -jenis yg paling halus/soya bean sprouts - basuh, toskan, ketepikan
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum, masukkan sedikit garam, tuang taugek kasar goreng guna api kuat hingga ia sedikit layu, taburkan sedikit ajinomoto, goreng seketika, hidangkan

Tuesday, August 24, 2010

Terung Goreng

bahan-bahan
4 biji buah terung - basuh, potong
1 keping boneless chicken leg - buang kulit, basuh, potong dadu & cincang sikit
2 spicy giant green chili (jenis paling pedas)- dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2" halia dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
1 sb minyak bijan
sejemput brown soft sugar
sedikit crush lada hitam
sedikit garam & ajinomoto - jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan kuali, tuang sedikit minyak, goreng buah terung setengah masak, keluarkan dari kuali, ketepikan, tuang lagi sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau harum, masukkan pula daging ayam, goreng lagi hingga separuh masak, masukkan pula cili hijau cincang, goreng seketika, tuang pula sos tiram dan kicap cair, soft brown sugar biar ia mendidih seketika, masukan buah terung, goreng lagi hingga kering, perasa dengan sedikit garam, ajinomoto, lada hitam, dan tuang minyak bijan, goreng seketika hingga bau minyak bijan keluar, tutup api, hidangkan

Monday, August 23, 2010

Peria Goreng

bahan-bahan
1 biji buah peria size xl - basuh, potong, tips mak saya jgn direndam nanti buah peria pahit
1 keping tofu goreng - potong cube
1/2 boneless chicken leg - buang kulitnya, basuh, potong cube kecil
1 ulas bawang putih - dicincang
2 biji giant bomb cili hijau - jenis pedas - dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
sejemput soft brown sugar atau sedikit gula
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan daging aya potong cube kecil tadi, goreng hingga separuh masak, masukkan buah peria, soft brown sugar, sedikit garam & ajinomoto, tofu dan cili hijau cincang tadi, goreng hingga masak, tuang sos tiram, dan kicap cair goreng hingga kering dan secukup masak, hidangkan

Monday, May 31, 2010

Peria Goreng Cili & Udang

bahan A
1 1/2 biji buah peria - basuh, potong serong, ketepikan
sejemput soft brown sugar
secukup rasa garam
sedikit minyak untuk menumis

bahan B tumbuk/blend
cili merah segar secukupnya or 7 biji cili kering - rendam dalam air atau air panas, basuh tumbuk/blend
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis or udang kering
sedikit belacan (optional)

bahan C
sedikit minyak untuk menumis
2 sb cuka/air asam jawa/1 keping asam gelugur/lemon/limau nipis/kasturi - guna apa yang ada dlm stock
sejemput kecil gula
1 penutup kicap cair jepun
1 sk sos tiram
garam secukup rasa - jika perlu
sedikit air untuk dijadikan kuah - jika perlu

bahan D
1 cawan isi udang segar

cara-cara

  1. panaskan sedikit minyak masukkan peria goreng hingga sedikit layu, taburkan soft brown sugar goreng lagi kemudian taburkan garam secukup rasa, goreng seketika, keluarakan dari kuali, ketepikan, tujuannya supaya kurangkan rasa pahit peria tersebut, satu lagi bila goreng dengan gula dan garam ia akan jadi sedap
  2. panaskan sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, goreng bahan c yang telah ditumbuk/ blend dgn sedikit air hingga wangi, masak, pecah minyak dan secukup masak, tuang pula bahan c goreng lagi hingga seketika
  3. masukkan isi udang segar dan peria tadi goreng hingga secukup masak dan berpalut, jika perlu tambah sedikit sahaja air supaya ia nampak berkuah dan basah, hidangkan dengan segera bersama nasi panas

Thursday, May 13, 2010

Taugeh Kasar Masak Asam

bahan-bahan
300gm taugeh kasar - basuh, buang akarnya, ketepikan
1/4 bawang besar atau bawang kecil - mayang halus
1 biji cili merah/hijau - hiris serong
sejemput ikan bilis atau udang kering /segar
segenggam kecil asam jawa - perah secukupnya
sejemput gula
sejemput kecil garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang, cili merah dan ikan bilis goreng hingga ia nailk bau, goreng taugeh kasar seketika, masukkan air asam jawa secukupnya agak-agaklah taugeh kasar itu tenggelam dalam air asam, masukkan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga masak, hidangkan

Monday, May 10, 2010

Vegetables Salad & Sesame Salad Dressing

bahan A - Vegetables Salad
1/4 lettuce - potong
6-7cherry tomato or 1 tomato - potong
1/6 bawang besar - mayang nipis, basuh, perahkan airnya, leraikan
1/2 keping roti toast - potong dadu kecil jadikan plain crutons utk tabur atas salad
1 telur rebus

bahan B - Sesame Salad Dressing
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sb cuka or 1/4 lemon juice or 1 biji limau nipis juice
2 sb air masak
2 sb kicap cair jepun
2 sb miyak masak or olive oil
1/2-1 sk sesame oil
1 sb curly parsley or italian parsley -dicincang
1/2 sk soft brown sugar
1/2 sk gula
1/2-1 sk crush black pepper
1 sb roasted sesame seeds
garam secukup rasa

cara-cara
sediakan bahan A letak dalam bowl yang sesuai, campur semua bahan B dalam bekas lain, gaul rata, dah jadi salad dressing, terus curah bahan B atas bahan A, hidangkan

Friday, April 30, 2010

Cucumber Kimchi

Ingredients
2 japanese cucumber - cut
1-2 tsp nampla sauce
1 clove garlic, minced
1 tsp grated fresh ginger root
1-2 tsp inst. chili powder/dried chili - blend with little bit water or dry blend
1-2 tbsp grated japanese/chinese pear or white raddish
1-2 tsp honey or soft brown sugar or both

combine all ingredients then add cucumber, mixed well, ready for serving

Thursday, April 1, 2010

Sayur-Sayuran Bergoreng

bahan-bahan
250gm taugeh - basuh, toskan, ketepikan
1/2 ikat daun kuchai - potong
1/3 carrot - mayang halus
1 block soft tofu
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 hiris halia - mayang halus
sedikit bawang besar hiris
sedikit cili merah hiris
sedikit ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
garam

cara-cara

  1. basuh, potong tofu , sadur dengan tepung jagung keseluruhan permukaanya , goreng hingga secukup masak serta kuning keemasan, susun dalam pingga, ketepikan
  2. panaskan sedikit minyak, masukkan sedikit garam, tumis bawang putih, halia, bawang besar, cili merah dan ikan bilis hingga naik bau wangi, campurkan kesemua sayur-sayuran, goreng hingga sedikit layu, perasa dengan secukup garam, gaul rata, tutup api, hidangkan besama tofu dalam pinggan tadi
  3. hidangkan dengan segera

Saturday, March 27, 2010

Tofu Halia Berkuah

bahan-bahan
2 packs  tofu jenis paling lembut
tepung jagung secukupnya
oyster sauce - agak-agak
kicap cair jepun - agak-agak
2 ulas bawang putih - dicincang atau diketuk
halia sebesar ibu jari kaki - mayang halus
air tepung jagung secukupnya - untuk dijadikan kuah pekat
sedikit minyak untuk menggoreng tofu dan menumis
garam secukup rasa

cara-cara

  1. keluarkan satu pack tofu dari case, basuh, potong, balik-balikan satu persatu dengan tepung jagung, terus letak dalam kuali panas yang berisi sedikit minyak agak2 separuh tenggelam tofu itu goreng dengan sedikit minyak guna api sederhana perlahan, balik-balikan hingga secukup masak, angkat, ulangi buka pula tofu kedua, ulangi hingga habis, susun tofu goreng dalam pinggan, ketepikan
  2. panaskan minyak secukupnya untuk menumis bawang putih dan halia mayang, goreng hingga bau harum, tuang oyster sauce dan kicap cair, goreng hingga harum, masukkan air tepung jagung secukupnya untuk dijadikan kuah pekat, masak hingga mendidih terus tuang kuah pekat tadi atas tofu goreng, hidangkan

Thursday, March 25, 2010

Stir Fried Needle Mushroom

dari dapur saya hari ini, masakan paling simple, sedap dimakan ketika panas besama nasi panas atau dimakan begitu sahaja

bahan-bahan
1 pack enoki/needle mushroom
1 ulas bawang putih - diketuk
sedikit air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara

  1. Potong sedikit sahaja bahagian hujung akar needle mushroom, basuh, toskan, ketepikan
  2. panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih ketuk hingga harum, masukkan needle mushroom, gaul rata, goreng 1 minit, taburkan sedikit garam, tuang sedikit air,goreng seketika hingga air mendidih, tutup api, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails