Showing posts with label Potatos. Show all posts
Showing posts with label Potatos. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Ubi Kentang Goreng

bahan-bahan
3 ubi kentang jenis panjang 
sedikit putih telur yang telah dipukul sedikit - lebihan dari celup ayam goreng
sedikit tepung goreng ayam - lebihan dari celup ayam goreng
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
basuh kentang bersih-bersih tidak perlu potong kulit rebus separuh masak, potong baji, sadur dengan putih telur, masukkan tepung dalam container atau plastik gongcang-goncangkan hingga tepung salut sepenuhnya, goreng dalam minyak panas dengan api sederhana, hidangkan  

Kentang Putar

Whipped Sauce
bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
 stok ayam secukup rasa
1 biji carrot – cincang, rebus & blend
1 biji white carrot – cincang, rebus & blend
1/2-1 biji celery root @ celery  – potong, rebus & blend
40gm mentega
1 sudu besar sos tomato
1/2 caw susu cair atau sedikit creamer
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
garam

cara-cara
  1. Masak air, celery roots, white carrot and carrot hingga empuk, kemudian blend halus blend . Air rebusan jangan di buang
  2. Tuang air rebusan, bahan yang diblend tadi, masukkan stok ayam, butter dikacau selalu supaya ia tidak berkerak dan hangus.
  3. Masukkan pula sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Mash potato
bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang direbus dgn kulit dan tanpa garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
garam secukup rasa

cara-cara
  1. Rebus kentang dengan air secukupnya, tidak perlu letak garam
  2. Setelah lembut toskan air buang kulitnya dan  lecek kentang hingga halus.
  3. Masukkan butter, garam, lada hitam dan susu secukupnya.
  4. sedia untuk dihidangkan

Saturday, January 7, 2012

Potato Salad

bahan-bahan
9 ubi kentang - size sederhana
3 timun jepun
1 carrot
2 telur rebus - buang kulit, potong tdk terlalu nipis atau tebal 
1/2 bawang besar - hiris nipis baji memanjang, kerat dua, basuh dgn air, perah sikit, ketepikan 
1 lemon atau limau nipis
garam secukup rasa
lada hitam crush secukup rasa
mayonnaise secukupnya lbh kurang 1/2 -1 cawan - ikut selera

cara-cara
  1. telur basuh, rebus hingga keras, rendam seketika dlm air, kupas kulit telur, belah dua, potong nipis, ketepikan
  2. ubi kentang basuh hingga bersih, rebus dgn kulitnya sekali hingga lembut atau empuk, buang kulit, lecek halus, sejukkan,  ketepikan
  3. timun basuh , potong tdk terlalu nipis atau terlalu tebal, gaul dgn sedikit garam, biarkan seketika sehingga airnya keluar, kemudian ambik segemggam letak ditapak tangan, perah dgn  kedua belah tangan dgn cara menekan kedua belah tangan, keluarkan airnya, ulangi hingga habis, ketepikan
  4. carrot kikis atau kupas , potong tdk terlalu nipis atau tebal, tutup dgn plastic wrap, preheated hingga 3 minit, rebus dalam air,  keluarkan, toskan,  ketepikan 
  5. bawang besar buang kulit, basuh, potong arah telentang kemudian hiris nipis baji memanjang, basuh dgn air, perah sikit, ketepikan   
  6. Lemon atau limau nipis basuh, belah dua, buang bijinya,  perah dgn squeezer keluarkan semua jusnya, ketepikan  
  7. selepas ubi kentang sejuk, tuang lemon jus, mayonnaise secukupnya, lada hitam dan garam, suaikan rasa, gaul hingga sebati, taburkan isi timun dan bawang perah, carrot dan telur gaul rata lagi hingga sebati,  hidangkan  

Monday, September 26, 2011

Ubi Keledek Bakar

bahan-bahan
ubi keledek secukupnya
microwave oven atau oven - untuk bakar ubi keledek

cara-cara
panaskan microwave oven atau oven pada suhu 250C, basuh ubi keledek, bakar selama 60minit atau hingga secukup masak bergantung pada size ubi keledek tersebut, hidangkan

Tuesday, September 13, 2011

Pegedil

bahan-bahan
3 biji kentang
tepung jagung secukupnya
1 biji telur – pukul sikit
sedikit garam
sedikit crush black pepper
bread crumbs secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
  1. Rebus kentang bersama kulitnya sekali , kupas kulit, lecek , suaikan rasa dengan sedikit garam dan crush black pepper, gaul rata , bentukkan seperti kepingan buger hingga habis dan ketepikan
  2. Celup kepingan kentang tadi dengan tepung jagung, diikuti dengan telur dan akhir salut dengan serbuk roti
  3. Panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dan balikan hingga ia hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan

Black Pepper & Salt Potato Chips

bahan-bahan 
2 ubi kentang 
sedikit garam halus 
sedikit crush black pepper 
minyak penuh secukupnya untuk menggoreng  

cara-cara
panaskan minyak penuh dalam kuali, basuh ubi kentang, tidak perlu buang kulit, sagat nipis dalam kuali, goreng seketika, kacau dan balik-balikkan, bila kedua permukaan mula keras perlahankan ke api paling kecil bagi mengelakkanya daripada bertukar warna coklat keperangan dan rasa pahit, goreng hingga ranggup, toskan, taburkan sedikit garam dan crush balck pepper, gaul rata, hidangkan   

Saturday, July 9, 2011

Asam Pedas Keladi

bahan-bahan
600gm ubi keladi kecil jenis bulat atau besar - kupas kulit, basuh, rebus dgn air secukupnya hingga empuk, toskan dan ketepikan
1/4 bawang besar
1 sb serbuk cili, cili kering blend or cili padi secukupnya - ikut pedas
1 sk serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
sejemput ikan bilis
secekak kecil daun kesum
sedikit gula
sedikit garam dan ajinomoto

cara-cara
rebus ubi keladi dengan air secukupnya hingga lembut dan empuk, toskan, ketepikan. Sagat, tumbuk atau blend bawang dengan sedikit air, campurkan cili serbuk, kunyit serbuk, gaul rata, terus tuang bahan blend tadi dalam ubi keladi yang telah direbus tadi,tuang air secukupnya untuk dijadikan kuah, masukkan ikan bilis, asam gelugur, daun kesum, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga secukup masak dan secukup kuah, hidangkan.

Monday, August 23, 2010

Cube Potato Salad

bahan A rebus (tidak perlu letak garam)
2 biji ubi kentang size besar - basuh, rebus dgn kulit hingga masak & empuk, buang kulit, potong cube
1\2 carrot buang kulit - rebus seketul bersama ubi kentang, potong 4 & nipis selepas dimasak
1/2 tongkol jagung - rebus dgn kentang, lepas masak, hiriskan, ketepikan
2 genggam frozen kacang peas - rebus dgn kentang
1 biji telur - basuh rebus dgn kentang - potong nipis bahagian putih, bahagian kuning sagat semasa sebelum dihidangkan & ditabur atas salad.

bahan C - dipotong & diperah
1-2 biji timun jepun - basuh, potong jgn terlalu nipis, gaul dengan sedikit garam, bila ia mula lembut/layu, perah buang airnya separuh, ketepikan isinya
1/2 biji bawang besar - mayang nipis halus, basuh, perah airnya, ketepikan

bahan C salad dressing
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan sour cream (klu tdk ada sour cream letak lagi setengah cawan mayonnaise)
1/2 sudu kecil crush lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 biji lemon - perah jusnya atau 1 biji limau nipis- perah jusnya (saya tdk ada limau nipis jadi saya ganti dgn lemon, lebihkan lemon/limau nipis jika tdk guna sour cream ikut citarasa masing2)
sedikit gula or ajinomoto ( optional)

cara-cara

  1. satukan semua bahan A kecuali, kuning telur rebus
  2. satukan bahan B dgn bahan A gaul rata
  3. campurkan semua bahan C gaul rata, masukkan semua bahan-bahan gaul rata, hidangkan dalam pinggan, sagat telur kuning rebus tadi disekeliling salad tadi, jika suka sejukkan dahulu salad tadi , tudung dengan plastic wrap, sejukkan dalam fridge hingga sejuk sedia untuk dimakan
  4. boleh juga dihidangkan begitu sahaja dan tidak perlu disejukkan terlebih dahulu dahulu dalam fridge

Saturday, February 13, 2010

Kuih Cekmek Molek


bahan-bahan (12 biji)
300gm ubi keledek @ ubi kentang
35gm @ 1/4 caw tepung gandum
50ml @ 1/4 caw air panas
sedkit garam
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara
kupas kulit ubi, basuh dan terus bungkus kemas dalam plastic wrap, preheat selama 5 minit, lecek ubi keledek, letak garam, masukkan tepung gaul dengan ubi keledek hingga ia bersatu, tuang air panas, gaul lagi hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 12 bahagian, bulatkan, leperkan, letak satu sudu kecil gula ditengahnya, tutup doh dalam bentuk bujur, tekan dengan hujung jari sehingga kemas, ulangi hingga habis, goreng dalam minyak penuh dengan menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan, hidangkan

bahan-bahan (masak resipi ini seperti dlm gbr)
300gm ubi keledek @ ubi kentang
70gm @ 1/2 caw tepung gandum
sedikit garam
gula secukupnya

Cara-cara
Kupas ubi, potong-potong, rebus atau kukus hingga lembut, toskan dalam penapis dan buang kesemua air rebusannya, lecek ubi, masukkan sedikit garam dan gaul rata, campurkan tepung, uli hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian yang disukai, bentuk bulat, leperkan, letak secukup gula ditengahnya, tutup atau bungkus dengan kemas supaya gula tidak berterabur apabila digoreng nanti, bentuk dan bujurkkan doh, goreng dalam minyak penuh hingga kuning keemasan dengan menggunakkan api sederhana perlahan, toskan dan hidangkan

Cekmek Molek
ambil dari blog citarasawan, source makyong member myresipi.com
Bahan-bahan
2 cawan ubi keledek di rebus dan dilecek
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh adi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Doh tadi ditutup rapat dan bentukkan bujur.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Saturday, January 30, 2010

Ubi Keledek Bakar

bahan-bahan
3 ubi keledek

cara-cara

  1. Preheat microwave oven or oven 250C, bila oven sudah panas, basuh ubi, terus letak dalam oven, bakar selama 60 minit, bakar dan hidangkan, peringatan guna ubi dari size kecil - sederhana, jangan potong bahagian hujung ubi keledek nanti ia akan jadi kering semasa proses pembakaran dilakukkan
  2. Tips, jika ubi keledek jenis besar sila basuh kukus dahulu kemudian bakar, atau boleh juga preheat dalam microwave, caranya basuh ubi, wrap dengan plastic wrap, preheat, keluarkan ubi dari plastic wrapping kemudian bolehlah dibakar
  3. lebihan baked sweet potato boleh disimpan dalam fridge bungkus dengan plastic wrap dulu kemudian simpan dalam zip lock plastik bag, bila nak makan panaskan balik dalam microwave oven

Friday, January 8, 2010

Kentang Putar

Whipped Potato Sauce
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
    Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  3. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin

Mash Potato - Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang di rebus sebiji-sebiji dgn kulit jgn letak garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
3 sudu besar butter
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Rebus kentang sebiji-sebiji dgn kulitnya sekali jgn letak garam. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  2. Kemudian lecek sahaja atau guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
    Sambil lecek atau putar , masukkan garam, butter, lada hitam dan susu secukupnya.
  3. Cadangan hidangan scope kentang putar tadi dgn pencedok ice cream, curahkan sos kentang putar yang telah di sediakan keatasnya

Thursday, June 11, 2009

Crispy Potato Wedges


bahan-bahan
2 biji kentang saiz paling besar
instant tepung goreng ayam, kalau suka boleh tambah serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih serbuk lada hitam, ajinomoto atau gula
1 biji putih telur - kocak sikit

Jika tidak ada tepung goreng ayam ganti dengan :-
Tepung gandum secukupnya
1-2 sb serbuk kari atau lebih
sedikit garam, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan ajinomoto atau gula
1 biji putih telur - kocak sikit

cara-cara
1. Rebus kentang sebiji-sebiji bersama kulitnya, kemudian potong baji, sejukkan
2. Salutan pertama dengan putih telur yang dipukul sedikit dan
3. Salutan kedua dengan instant tepung goreng ayam
4. Boleh juga digantikan dengan tepung gandum secukupnya, serbuk kari, sedikit garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam, gaul rata
5. Lepas siap golek-golekan kentang, goreng dengan minyak penuh, guna api sederhana, hidangkan

resepi dari myresepi.com, katanyaWedges Berempah.Rangup diluar, lembut di dalam....
bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara-cara
1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Thursday, June 4, 2009

Fried Celery Root

bahan-bahan
1/4 biji celery root/ubi celery - potong
1 sb olive oil
1/2 sk sgarlic powder
serbuk lada hitam secukup rasa
1 sk oyster sauce
1 sk kicap manis ABC
garam


cara-cara
Panaskan olive oil, masukkan celery root yang telah di potong tadi, goreng hingga ssetengah masak, taburkkan garam, goreng lagi, campurkan garlic powder,, goreng lagi, letak oyster sauce dan kicap manis, goreng lagi, akhir sekali masukkan serbuk lada hitam secukup rasa, kacau rata hingga masak, tapi, janganlah terlalu masak nanti ia lembik tidak berapa sedap, masak macam orang cina masak sayur tidak mentah dan tidak terlalu masak. Hidangkan dengan nasi panas

Friday, May 22, 2009

Kentang Putar

Gambar diatas celery root &white carrot


Whipped Sauce
resepi asal dari member myresepi.com, katanya sos kentang putar, Macam kat KFC, olah semula, separuh guna bahan-bahanya dan separuh lagi tambah sendiri dengan bahan2 bahan lain, cuma resepi coleslaw sendiri

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
stok ayam secukup rasa
1 biji carrot – cincang, rebus & blend
1 biji white carrot – cincang, rebus & blend
1/2-1 biji celery root/ubi celery jenis paling besar atau celery – potong, rebus & blend
40gm mentega
1 sudu besar sos tomato
1/2 caw susu cair atau sedikit creamer
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
garam

Cara-cara

1. Masak air, celery roots, white carrot and carrot hingga empuk, kemudian blend halus blend . Air rebusan jangan di buang

2. Tuang air rebusan, bahan yang diblend tadi, masukkan stok ayam, butter dikacau selalu supaya ia tidak berkerak dan hangus.

3. Masukkan pula sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


Mash potato
resepi dari member my resepi.com, katanya, kentang putar Macam kat KFC, myaida pinda sikit masukkan 3sb butter kedalamnya

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang direbus dgn kulit tanpa garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus kentang dgn air tanpa
2. Setelah lembut toskan air buang kulitnya dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian lecek kentang sehingga jadi halus.
4. Masukkan butter, garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Coleslaw
Macam kat KFC
Bahan-bahan
1/2 biji kobis sedang - cincang
1biji carrot - cincang
1/2 caw Mayonise
garam secukup rasa

Cara-cara
Mixed semua bahan simpan dalam peti sejuk, bila nak makan hidangkan
resepi asal dari member myresepi.com, macamkat KFC

Sos kentang putar
Macam kat KFC.
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails