Friday, January 8, 2010

Kentang Putar

Whipped Potato Sauce
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
    Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  3. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin

Mash Potato - Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang di rebus sebiji-sebiji dgn kulit jgn letak garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
3 sudu besar butter
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Rebus kentang sebiji-sebiji dgn kulitnya sekali jgn letak garam. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  2. Kemudian lecek sahaja atau guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
    Sambil lecek atau putar , masukkan garam, butter, lada hitam dan susu secukupnya.
  3. Cadangan hidangan scope kentang putar tadi dgn pencedok ice cream, curahkan sos kentang putar yang telah di sediakan keatasnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails