Monday, January 25, 2010

Chapati

bahan-bahan ( menghasilkan 12 biji roti chapati)
330gm tepung atta/whole wheat flour
200ml air
1 sk garam
4 sb minyak
100gm tepung atta

cara-cara

  1. Campurkan tepung atta dengan garam, gaul rata
  2. kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya tuang minyak kemudian tuang air, gaul rata dan uli seketika hingga ia jadi sebiji dough dan bahagi kepada 12 bahagian
  3. Letakkan sedikit minyak ditapak tangan dan sapu setiap sebiji dengan minyak
  4. Ambil sebiji, leperkan sedikit, tekan/pedapkan/golekkan/lapiskan setiap belah bahagian dough kecil itu dengan sedikit tepung atta yang telah di sediakan 100gm itu 2-3 kali pedap di bahagian atas dan bawah , tujuannya supaya ia naik mengelembung apabila dimasak, canai nipis
  5. Panaskan kuali dengan mengunakkan api paling besar sekali, letak tepung yang telah di canai nipis tadi biar ia naik mengelembung dan masak satu bahagian kemudian alihkan ke sebelah lagi satu, biar ia naik mengelembung serta masak
  6. Hidangkan dengan kari kegemaran yang anda sukai
  7. Jika suka bolehlah disapukan setiap bahagian dengan sedikit butter atau minyak sapi, sebelum atau sesudah diangkat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails