Showing posts with label Sauce. Show all posts
Showing posts with label Sauce. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Sambal Tomato

dari dapur saya hari ini, sambal tomato kegemaran saya, sengaja saya published post disini hasil dari tanaman cili, sedap dimakan dengan nasi panas dan dicicah dengan ikan bakar dan sebagainya

bahan-bahan
2 cili merah segar
1 tomato segar size besar - potong nipis
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula

cara-carabasuh cili, kepak-kepakan, masukan sedikit belacan belacan, garam dan gula, tumbuk kasar, masuk tomato potong, gaul-gaulkan, hidangkan

Friday, January 8, 2010

Kentang Putar

Whipped Potato Sauce
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
    Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  3. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin

Mash Potato - Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang di rebus sebiji-sebiji dgn kulit jgn letak garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
3 sudu besar butter
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Rebus kentang sebiji-sebiji dgn kulitnya sekali jgn letak garam. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  2. Kemudian lecek sahaja atau guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
    Sambil lecek atau putar , masukkan garam, butter, lada hitam dan susu secukupnya.
  3. Cadangan hidangan scope kentang putar tadi dgn pencedok ice cream, curahkan sos kentang putar yang telah di sediakan keatasnya

Black Pepper Sauce

dari dapur myaida hari ini, resepi dari member myrespi.com

Bahan-bahan
( 1 famili )
3 sb mentega*
4 sb tepung gandum*
300 ml air panas
300 ml susu segar 
1 keping kiub lembu
1 sb kicap pekat
1 sk cuka
1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.

Friday, September 11, 2009

Kuah Kacang



bahan-bahan
4 genggam kacang tanah - goreng tanpa minyakk, buang kulit , tumbuk/blend kasar
7 biji cili kering - di goreng dgn sedikit minyak hingga rangup, tumbuk/blend
sejemput asam jawa - digoreng dgn sedikit minyak, tuang sedikit air panas mendidih, biar ia suam ramas hingga pekat asam jawa ambil jus nya atau blend isi asam jawa bersama semua bahan blend
belacan sebesar ibu jari - di goreng dengan sedikit minyak, tumbuk/blend
1/2 sk garam
5 sb gula pasir
1 caw air panas mendidih atas api

cara-cara
Tumbuk kesemua sekali bahan atau blend kasar kacang, cili kering, belacan dan gaul rata bersama gula dan garam ketepikan, tuang sedikit air panas mendidih ke atas asam jawa , bila suam ramas asam jawa hingga pekat perah jusnya, masukan jus pekat asam jawa ke dalam bahan tumbuk atau boleh juga diblend isi asam jawa yang telah dibuang bijinya bersama semua bahan blend tadi (kalau hendak senang blend asam jawa rasanya kurang sedap sikit lah, nanti kacang jadi terlalu halus bila diblend), Sila ikuti Tips ini, rebus air secawan atau lebih masak air hingga betul-betul mendidih atas api, kemudian tuang ke atas bahan tadi cepat-cepat kacau rata supaya dapat menghasilkan kuah kacang cantik, jernih dan berkaca, hidangkan. Note Jangan dimasak atas api kuah kacang kerana ia menghasilkan kuah kacang yang tidak sedap dimakan.

Tauhu Sumbat
bahan-bahan4 keping tauhu - digoreng, belah dua menyerong bentuk tiga segi, belah tengah jgn putus
taugeh secukupnya - celur dalam air panas 1 minit angkat
timun secukupnya - dimayang halus
cara-caraGoreng tauhu, belah dua meyerong bentuk tiga segi, belah tengah jgn putus jadikan poket, celur taugeh 1 minit, angkat, campurkan timun dan taugeh kemudian sumbat dalam poketnya, hidangkan bersama kuah kacang serbaguna bonda kesayangan.

Pecal
bahan-bahan untuk direbus atau dicelur
1 keping tauhu - digoreng, hiris nipis
200gm taugeh - dicelur 1 minit
2 biji telur - rebus
1/2 cekak kangkung - rebus/celur 2-3 minit
1/2 cekak kacang panjang atau kacang buncis - rebus/celur 1-2 minit
1/8 kobis size paling kecil -rebus/celur 1-2 minit
1/8 nangka muda - rebus hingga empuk
1/2 cekak pucuk paku - rebus/celur 3-4 minit
1/2 cekak pucuk ubi - rebus hingga lembut
1 biji timun size kecil - dimayang memanjang, ketepikan

cara-cara
Rebus air secukupnya bersama garam secukupnya , kemudian celur kesemua bahan satu persatu, susun satu persatu dalam pinggan hidangan yang sesuai dan hidangkan bersama kuah kacang serbaguna bonda kesayangan .

Wednesday, June 10, 2009

Mayonnaise

bahan-bahan
1 biji telur
1/2 sb lemon/cuka - saya perah 1/2 biji lemon size kecil
1/2 sk garam
1/2 sk mustard
sedikit garam
sedikit mixed peppers hitam, hijau, putih, merah or lada hitam or lada putih
200ml olive oil/minyak masak

cara-cara
Sediakan blender jar, pecahkan telur masukkan ke dalamnya, campurkan kesemua bahan kecuali minyak, blend selama 10 saat, buka tudung jar tuangkan sedikit minyak kemudian blend, ulangi hingga habis, hidangkan, sedia untuk dimakan atau disimpan dalam botol

Friday, May 22, 2009

Kentang Putar

Gambar diatas celery root &white carrot


Whipped Sauce
resepi asal dari member myresepi.com, katanya sos kentang putar, Macam kat KFC, olah semula, separuh guna bahan-bahanya dan separuh lagi tambah sendiri dengan bahan2 bahan lain, cuma resepi coleslaw sendiri

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
stok ayam secukup rasa
1 biji carrot – cincang, rebus & blend
1 biji white carrot – cincang, rebus & blend
1/2-1 biji celery root/ubi celery jenis paling besar atau celery – potong, rebus & blend
40gm mentega
1 sudu besar sos tomato
1/2 caw susu cair atau sedikit creamer
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
garam

Cara-cara

1. Masak air, celery roots, white carrot and carrot hingga empuk, kemudian blend halus blend . Air rebusan jangan di buang

2. Tuang air rebusan, bahan yang diblend tadi, masukkan stok ayam, butter dikacau selalu supaya ia tidak berkerak dan hangus.

3. Masukkan pula sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


Mash potato
resepi dari member my resepi.com, katanya, kentang putar Macam kat KFC, myaida pinda sikit masukkan 3sb butter kedalamnya

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang direbus dgn kulit tanpa garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus kentang dgn air tanpa
2. Setelah lembut toskan air buang kulitnya dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian lecek kentang sehingga jadi halus.
4. Masukkan butter, garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Coleslaw
Macam kat KFC
Bahan-bahan
1/2 biji kobis sedang - cincang
1biji carrot - cincang
1/2 caw Mayonise
garam secukup rasa

Cara-cara
Mixed semua bahan simpan dalam peti sejuk, bila nak makan hidangkan
resepi asal dari member myresepi.com, macamkat KFC

Sos kentang putar
Macam kat KFC.
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Thursday, May 21, 2009

Pizza Sauce


Bahan-bahan ( 4 orang )

• 300gm puri tomato atau sos tomato
• 1-2 ulas bawang putih - dicincang atau ditumbuk
• 2-3 sb olive oil atau minyak masak
• 2 sk oregano
• 1/2 sk serbuk lada hitam
• secubit garam

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dah siap, sapukan pizza sauce ke atas doh yang telah dicanai, bakar, selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails