Wednesday, February 15, 2012

Kuih Lapis Rose Essence

bahan-bahan
160gm @ 1 1/2 caw tepung beras
3 sb tepung ubi @ tepung jagung
160gm @1/2 caw gula
300ml @1 1/4 caw pati santan
600ml @ 2 1/2 caw air
sedikit garam
2 titik pewarna merah @ sedikit kepingan beet root - jadikan 1/2 bhg adunan warna pink
sedikit rose essence - utk letak dalam adunan pink

cara-cara
ayak tepung beras dan tepung ubi, campurkan  kesemua bahan kecuali pewarna merah atau kepingan beet root dan air ros, kacau dengan  pemukul telur supaya ia tidak bergentel, bahagi kepada dua adunan, satu biarkan ia begitu sahaja dan satu lagi letak sedikit warna merah atau celup potongan beet root dalam adunan kacau sedikit, keluarkan, jadikan warnanya seakan pink dan kacau dengan sedikit rose essence, ketepikan, panaskan pengukus dan letakkan dulang 16cm kedalamnya panaskan dulu dulang tersebut, tuang lapisan pertama pink kukus selama 8 minit, ulangi hingga lapisan kedua putih, dan seterusnya hingga habis 4 pink x 4 putih x 1 merah terang = 9 lapisan kesemuanya dan tambah satu lagi lapisan atas sekali no. 9 itu warnakan ia merah jambu kukus hingga masak, sejukkan, potong pepat dan hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails