Showing posts with label Fruit Preserves. Show all posts
Showing posts with label Fruit Preserves. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Jem Raspberry

bahan-bahan
200gm frozen raspberry atau fresh raspberry
50gm gula
2sb air
sedikit jus lemon atau jus limau nipis - ikut selera masam (optional)
sedikit garam

cara-cara
masukkan kesemua bahan kedalam periuk,masak hingga kering, hidangkan, lebihannya simpan dalam botol didalam fridge.

Jem Blueberry

bahan-bahan
200gm blueberry segar atau frozen blueberry
50gm gula
2sb air
sedikit jus lemon atau jus limau nipis - ikut selera masam
sedikit garam

cara-cara
masukkan kesemua bahan kedalam periuk,masak hingga kering, hidangkan, lebihannya simpan dalam botol didalam fridge.

Sunday, December 27, 2009

Jem Epal

bahan-bahan
4 biji japanese fuji apple
200gm gula
sedikit garam

cara-cara
  1. Basuh apple buang kulit dan bijinya, potong 8 bahagian, masak guna non stick fry pan, masukkan separuh gula, nyalakan api, dalam masa yang sama alih-alihkan dengan sudip sehingga air apple kering,
  2. Kemudian penyet-penyetkan apple dalam non stik fry pan dengan sudip hingga hancur, tuang baki gula masak lagi hingga ia jadi jem pekat dan berkaca, hidangkan baki jem masukkan dalam botol yang sesuai, simpan dalam peti sejuk,
  3. Untuk bagi jem tahan lebih lama lagi, rebus dulu botol jem yang sesuai dengan penutupnya kemudian angkat dan keringkan atas redai, lepas itu bolehlah dimasukkan apple jem ke dalam botol, tutup kejap-kejap tudung botol, rebus botol yang berisi apple jam selama 1 jam, keluarkan dan sejukkan, jem boleh disimpan luar atau dalam peti sejuk

Friday, September 11, 2009

Jem Nenas


bahan-bahan
2 biji nenas
2 caw gula pasir
sedikit garam

cara-cara
buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Sunday, June 14, 2009

Jem Strawberry


bahan-bahan
2 caw frozen/fresh strawberry
1 caw gula
1/2 biji lemon - perah ambil jusnya

cara-cara
campurkan semua bahan dalam periuk didihkan hingga pekat, masukkan dalam botol kemudian rebus botol yang berisi jem dalam air, tujuannya untuk seal tudung jem supaya ia tahan lama.

Jem Apricot

bahan-bahan
5 biji sedang buah apricot segar
1 caw gula
1/2 biji lemon - perah ambil jusnya

cara-caracampurkan semua bahan dalam periuk didihkan hingga pekat, masukkan dalam botol kemudian rebus botol yang berisi jem dalam air, tujuannya untuk seal tudung jem supaya ia tahan lama.

Jem Blueberry

bahan-bahan
2 caw frozen/fresh blueberry
1 caw frozen/fresh strawberry
1 caw gula
1/2-1 caw air - tak air pun ok masa memasak jem agak singkat, saja saya letak air, tujuannya bagi jem tahan lama, masa memasak pun agak lama
1/2 biji lemon - perah ambil jusnya

cara-cara
campurkan semua bahan dalam periuk didihkan hingga pekat, masukkan dalam botol kemudian rebus botol yang berisi jem dalam air, tujuannya untuk seal tudung jem supaya ia tahan lama.

Thursday, May 21, 2009

Acar

Bahan Rebus
4 biji Lemon – belah 4, perah jus lemon, ketepikan airnya, kemudian buang pulur dalamnya, Cuma ambil kulitnya sahaja

1.5 -2 litter air
1 caw gula - secukupnya
1 caw cuka –secukupnya
Segengam halia – potong bulat
10 buah biji kurma
Segengam buah kurma cina
Segengam lobak masin – potong, tak ada pun tak ape
Segengam kismis

Bahan Tumbuk
Tumbuk halus Halia, bawang putih, bawang besar bersama jintan manis, jintan putih – secukupnya agak-agak la.

Bahan Tumis
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan biji sawi.
rempah kari daging dan serbuk cili - secukupnya

Bahan Tabur
Sedikit Bijan yang telah di goreng tanpa minyak – tak ada pun ok

Cara-cara

  1. Rebus kulit lemon bersama 1.5 liter air, kulit lemon, kurma cina, halia, cuka ,gula, dan garam dan perahan jus lemon tadi, bila kulit lemon empuk, lembut, dan gebu, semasa memasak sekiranya lemon belum empuk tambah lagi air sekiranya ia kekurangan air, masukkan pula buah kurma cina, halia, kismis masak kulit lemon tadi, tutup periuk, masak hingga empuk, lembut dan gebu, masukkan pula 10 ulas bawang putih, dan sebiji bawang besar potong 4 atau 6
  2. Panaskan 2 senduk minyak, basuh bahan tumis, bila bau wangi masukkan rempah + cili yang telah digaul dengan air secukupnya macam kita tumis kari itu, sehingga rempah benar2 masak dan pecah minyak
  3. Akhir sekali masukan bahan yang telah direbus tadi dengan airnya sekali, rebus ia hingga masak, kalau gula, cuka & garam kurang tambah lagi, masak lagilah hingga masak dan pekat,tabukan biji sawi, dan bijan, boleh disimpan dalam botol, selama lama lebih kurang setahun. Hidangkan
  4. Ini kali kedua saya masak acar guna kulit lemon sahaja, kulit limau tidak sesuai untuk acar instant ini kerana ia amat pedar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails