Showing posts with label Egg. Show all posts
Showing posts with label Egg. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Seri Kaya Karemel

Bahan-bahan - sumber resipi dapur tanpa sempadan blogspot.com 
( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )
3 biji telur Gred A 

300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok) -  ltk santan tin
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul - aida tak ltk tdk ada stock 
 
Caramel
60 g gula pasir
125 ml air panas

cara-cara
  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Wednesday, August 24, 2011

Che Ni

bahan-bahan
3  telur
11 cili kering - ikut pedas
1/2 bawang besar
1-2 ulas bawang putih
3sb sos tomato
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
minyak secukupnya untuk menumis
bijan secukupnya

cara-cara
telur direbus hingga keras, buang kulit, goreng pula dalam minyak penuh hingga kuning, angkat, ketepikan, blend kasar cili kering, bawan besar dan bawang putih, panaskan minyak secukupnya, tumis bahan blend sambil itu masukan sedikit gula masak hingga naik bau harum dan cili secukup masak, tuang sos tomato dan air asam jawa masak tomato secukup masak, masukan telur yang telah digoreng tadi, dengan sedikit garam,  jika perlu tuang sedikit air, masak hingga pekat, taburkan sedikit bijan yang telah disangai dan hidangkan

Tuesday, August 9, 2011

Rasam Mamak Ghani

bahan A
3 biji telur
sekepal besar asam jawa - ikut masam, lebih masam lagi bagus
300ml air

bahan B tumbuk halus  atau blend halus (sila basuh bahan dahulu)
1sb jintan manis 
1sb lada hitam 
1 labu bawang putih - tidak perlu kupas kulit, tumbuk dengan kulitnya sekali
700ml air

bahan C tumis
3 ulas bawang merah @ 1/4 bawang besar - basuh, mayang nipis
2 pelpah daun kari - basuh, lurutkan daun kari, ketepikan
1 sk biji sawi - basuh, ketepikan
3 cili kering - basuh, tidak perlu potong
1 sk kunyit serbuk
1 senduk minyak masak
1 sk garam atau lebih
1sb gula
sedikit ajinomoto

cara-cara
bahan A cuma perah  asam jawa dengan 300ml air,ketepikan, tumbuk  halus kemudian perah dengan 700ml air, tapis, ketepikan  atau blend  bahan B dengan sedikit daripada 700ml air itu, selebih air  itu perah & tapis jadikan 700ml ketepikan, sediakan bahan C, panaskan satu senduk minyak, tumis bawang, cili daun kari dan biji sawi sekali gus hingga naik bau harus dan bawang kekuningan, masukan air tapisan bahan B, air asam jawa dan masak  hingga mendidih , sederhana perlahkan api,  terus pecahkan telur sebiji demi sebiji, biar ia masak seketika hingga sederhana pekat, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, masak seketika lagi, tutup api, hidangkan

Sunday, August 7, 2011

Kari Telur

bahan A
5biji telur - rebus, buang kulitnya
2 biji kentang saiz xl - potong
1/2-1 pack kecil santan - bancuh dengan 1 cawan
500ml air - untuk dijadikan kuah
1 keping asam gelugor @ sedikit air asam jawa, air lemon atau cuka
sedikit garam
sedikit gula atau ajinomoto
1 pokok ketumbar  atau 1 pokok daun sup - potong halus

bahan B tumbuk atau blend
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar 2 ibu jari

bahan C
1 senduk minyak untuk menumis
1 senduk rempah daging
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis bahan C kecuali rempah, bila naik bau, masukkan pula bahan B tumis lagi kacau hingga naik bau, masukkan pula rempah, sedikit air, masak hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
  2. Seterusnya masukkan kentang,  asam gelugur, air, garam, gula atau ajinomoto dan santan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat, masukkan telur rebus masak seketika,  taburkan daun ketumbar atau daun sup kacau atau gaul, tutup api, hidangkan

Thursday, March 10, 2011

Fried Eggs with Tomato

bahan-bahan
2 biji telur telur
1 biji tomato - potong
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak

cara-cara
Pecahkan telur pukul sikit dan ketepikan , tomato potong baji memanjang, panaskan sedikit minyak, masukkan telur masak macam telur masak hancur, bila ia mula berketul kacau, masukkan tomato, taburkan gula dan garam kacau lagi biar layu dan keluar airnya sikit, tabur sedikit serbuk lada hitam , hidangkan dengan nasi panas

Monday, May 10, 2010

Telur Separuh Masak

bahan-bahan
2 telur ayam (untuk seorang)
air panas mendidih secukupnya
2 keping roti putih @ toasted bread
lada hitam tumbuk - secukupnya
garam halus or kicap - secukupnya

cara-cara
basuh telur, letak dalam kole stainless steel atau dalam bekas yang sesuai, masak air hingga mendidih, tuang terus air mendidih tadi hingga telur hapus, tutup bekas tadi dengan penutupnya, piring atau pinggan ceramic yang sesuai, biar ia terendam selama 5-10minit, hidangkan dengan roti, atau toast bread dalam toaster oven, bakar hingga kuning keemasan sedia untuk dimakan

Wednesday, March 17, 2010

Kuchai Kukus Dengan Telur

bahan-bahan
2 ikat daun kuchai/chives - potong 11/2" panjang
4 biji telur - pukul sikit
garam secukup rasa
lada hitam baru tumbuk secukupnya

cara-cara
Sediakan air secukupnya dan panaskan pengukus, pukul telur sikit, campur semua bahan-bahan, masukkan dalam dulang kaca yang sesuai, masak hingga ia keras, cara hidang cedok dengan sudu makan terus dengan nasi panas

Sunday, February 21, 2010

Chawan Mushi

bahan A ( hidang untuk 2 caw sahaja)
  • 1 biji telur ayam grade A atau L
  • 170ml air
  • 1/2 tsp hondashi (tdk letak pun ok)
  • 1/2 sk kicap cair jepun @ kicap cair cina
  • 1/4 sk garam
bahan B

  • 50gm isi ayam - potong 4 nipis atau dadu
  • 2 ekor udang - kupas & buang urat tengahnya, basuh ketepikan (sy guna cuma 4 ekor udang, tdk letak isi ayam)
  • 1-2 fresh/dried shiitake mushrooms/cendawan hitam - basuh, rendam dlm air sejuk bkn air panas, nanti liat belah dua
  • 2 keping carrot - untuk hiasan (optional)
  • 1sb wakame seaweed @ secekak kecil bayam ranggup/bayam jepun/spinach @ apa2 jenis sayuran hijau yang disukai - preheat atau rebus 1 mint, basuh sikit, perah sikit, potong
cara-cara

  1. pecahkan telur, kacau hingga telur sebati sahaja dengan pemukul telur, kemudian campur semua bahan A, kacau sahaja dengan pemukul telur lagi hingga telur sebati,
  2. sediakan 2 biji heatproof ceramic teacups or pyrex glass containers sahaja, bahagi bahan B kepada dua bahagian, susun ke dalam heatproof cups, kemudian tuang separuh adunan dalam tea cup tersebut dan tuang separuh lagi dalam bekas lagi satu,
  3. sediakan periuk tutup kaca yang sesuai, letak sedikit air lebih kurang 1/2-1" tinggi air,
  4. letak tea cup tadi dan letak sebatang kayu kecil atau chopstick dihujung periuk, tujuannya sekat tudung periuk sentiasa terbuka sedikit dan bila tutup tudung periuk pun jangan terlalu rapat, bukakan sedikit, masa kukus buka sedikit tudung periuk itu,
  5. masak guna high heat/api paling kuat sekali selama 1 minti sahaja terus perlahankan api paling kecil sekali, masak selama 13 minit dan secukup masak,
  6. akhir sekali periksa cucuk dengan lidi, kalau ia tidak melekat pada lidi bermakna ia dah masak
  7. hidangkan

Tuesday, January 19, 2010

Kuchai Goreng Telur

bahan-bahan
2 ikat daun kuchai - basuh, potong 1 1/2" panjang, ketepikan
3 biji telur - pukul sedikit
garam
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara
Pecahkan telur pukul sikit, panaskan minyak masukkan daun kuchai masak sedikit layu 1-2 minit , kuis tepi atau angkat, tuangkan telur dalam kuali, buat telur mask hancur, kacau dan biar ia membeku half way terus gaul dengan kucai goreng tadi, taburkan garam, lada hitam dan hidangkan

Friday, January 8, 2010

Fried Egg



bahan-bahan
2 biji telur
1 sb minyak masak
sedikit garam
2-4 sb air

cara-cara
  1. Panaskan kuali atau non stick fry pan, masukkan minyak masak 1sk, letakkan acuan telur, apabila panas pecahkan telur dalam acuan telur, tentukan kuningnya tidak pecah
  2. Bila ia mula membeku dan sedikit keras sebelah bawah, taburkan sedikit garam ke atas permukaan telur
  3. Curahkan air perlahan-lahan dihujung kuali dan ratakan air tersebut cuma di sekeliling hujung telur goreng sahaja, tutup tudung kuali sekejap, bila lapisan atas mula jadi sedikit putih, pastikan bahagian kuning telur masih lagi dalam keadaan lembut dan berair, tutup api, buka tudung kuali, hidangkan dengan seberapa segera.

Poached Egg

bahan-bahan
2 biji telur ayam
1 sk white vinegar - saya ganti dgn jus lemon
air secukupnya
garam secukupnya

cara-cara
  1. Jerangkan kuali bertangkai, tuang air secukupnya, lemon jus atau cuka dan garam secukupnya, biar sampai mendidih, perlahankan apinya hingga air tak mendidih
  2. Masukkan sebiji telur ke dalam cawan supaya senang untuk membentuk, pusing air ikut arah kiri pusingan jam dengan sudu atau senduk, tuangkan telur ke dalamnya air yang telah dijerang dalam periuk tadi, biarkan 3/4 masak baru angkat
  3. dihidang bersama toast

Scramble Egg

telur masak hancur jenis lembut, sesuai untuk breakfast dihidang bersama toast bread

bahan-bahan
2 biji telur ayam
4 sb susu segar
1 sb butter atau margarine
lada hitam atau lada sulah
garam

cara-cara

  1. Pecah telur dalam mangkuk, masukkan susu segar, lada hitam, dan garam, pukul sampai mesra
  2. Masukkan butter atau margarine
  3. Panaskan kuali bertangkai masukkan bancuhan ini, kacau hingga hampir kering (lembab) baru angkat
  4. boleh dihidangkan bersama-sama toast

Omelette



bahan-bahan
2 biji telur ayam
3 sk susu segar
1/2 sk lada hitam atau lada sulah
garam secukup rasa
2 sb minyak masak


cara-cara
  1. Pecahkan telur pukul dengan garpu, masukkan kesemua bahan kecuali minyak, kacau rata-rata
  2. Panaskan non stick fry pan bertangkai, masukkan minyak, apabila panas masukkan bancuhan telur tadi, apabila ia muala membeku sambil memegang kuali, pukul tangkainya supaya telur sentiasa beralih dan menjadi bentuk bujur sepenuhnya, Angkat dan sedia untuk dihidangkan

Friday, June 26, 2009

Kari Telur


bahan A
5 biji telur - rebus, buang kulitnya
2 biji kentang saiz xl - potong
200gm plain yogurt, santan atau susu
500ml air
1 keping asam gelugor, sedikit air asam jawa, air lemon atau cuka
sedikit garam
sedikit gula atau ajinomoto

bahan B tumbuk atau cincang
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar 2 ibu jari

bahan C
1 senduk minyak untuk menumis
1 senduk rempah daging
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis bahan C kecuali rempah, bila naik bau, masukkan pula bahan B tumis lagi kacau hingga naik bau, masukkan pula rempah, sedikit air, masak hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
  2. Seterusnya masukkan kentang, air, garam, gula atau ajinomoto dan yogurt masak hingga kentang empuk dan kuah pekat, masukkan telur rebus, masak seberapa ketika dalam kari, hidangkan

Monday, June 15, 2009

Telur Masin

bahan-bahan
20 biji itik atau telur ayam
600gm garam
3 liter air
cara-cara
bersihkan telur dan keringkan dalam penapis, rebus air bersama garam hingga ia larut, biar ia benar-benar sejuk, seelok-eloknya keesokan hari baru letak telur, rendamlah telur dalam air garam selama 2-3minggu inshallah dah boleh makan, rebus, potong dan hidangkanlah.

Saturday, June 13, 2009

Sambal Telur

bahan A
4 biji telur rebus

bahan B
8-10 cili kering + cili merah atau red capsicum/red capsicum + serbuk cili/cili padi mixed apa2 dgn red capsicum - blend - pilih bahan sebelum memasak

1/2-1 biji bawang besar - blend
4 sb minyak untuk menumis
2 sk air asam/cuka/lemon jus - sila buat pilihan bahan sebelum memasak
1 1/2 sk gula
1 sk garam

cara-cara
rebus telur, blend, tumbuk atau cincang bahan B cili dan bawang, goreng bersama lemon jus/cuka atau air asam hingga pecah minyak dan garing, tutup api ketepikan, kupas telur rebus belah dua , letak 1/2 sambal sedikit dalam pinggan, susun telur, tuang 1/2 lagi sambal atas telur, hidangkan

Wednesday, June 10, 2009

Mayonnaise

bahan-bahan
1 biji telur
1/2 sb lemon/cuka - saya perah 1/2 biji lemon size kecil
1/2 sk garam
1/2 sk mustard
sedikit garam
sedikit mixed peppers hitam, hijau, putih, merah or lada hitam or lada putih
200ml olive oil/minyak masak

cara-cara
Sediakan blender jar, pecahkan telur masukkan ke dalamnya, campurkan kesemua bahan kecuali minyak, blend selama 10 saat, buka tudung jar tuangkan sedikit minyak kemudian blend, ulangi hingga habis, hidangkan, sedia untuk dimakan atau disimpan dalam botol

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails