Tuesday, January 19, 2010

Ikan Percik

bahan-bahan untuk ikan
8 ikan kembung atau ikan pelata
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit

bahan-bahan untuk gravy8-10 cili kering
1 sb asam jawa
1/4 caw air
6 bawang merah atau 1/2 biji bawang besar
1/2 sk belacan
250ml pati santan
1/2 sk garam
1/2 sk gula

cara-cara
  1. Siang dan bersihkan ikan, keringkan dengan dry kitchen paper, sapukan garam diikuti kunyit,ketepikan
  2. Potong, rebus cili kering sampai lembut, toskan, kemudian blend atau tumbuk cili kering rebus bersama bawang merah dan belacan hingga menjadi lumat atau halus seperti seketul paste halus, tuangkan kesemua pati santan, kacau rata hingga ia benar-benar sebati, tapis, tekan, perah dalam penapis dan cuma ambil solid paste/puri paling halus sahaja, ketepikan, ketepikan hampasnya
  3. Tuang air panas dalam asam jawa ketul, perah dgn penapis, cuma ambil jus pekatnya sahaja kemudian tuangkan ke dalam ramuan cecair santan pekat yang telah ditapis tadi, gaul rata, kemudian rebus bahan-bahan tersebut dengan periuk yang sesuai dan tidak bertutup dengan menggunakkan api sederhana, kacau selalu hingga kuah menjadi pekat dan santan mula terasing atau pecah minyak, perasa dengan garam dan gula
  4. Panaskan dapur arang barbecue atau grill, masak ikan pada suhu moderate heat, bakar selama 5 minit setiap sebelah ikan, kemudian lumurkan cuma sesudu kuah atas untuk sebelah ikan, letakkan bahagian ikan yang berkuah tadi dan bakar balik belah yang berkuah atas api perlahan 8-10 minit, terbalikan ikan, lumur kuahnya, bakar balik belah yang baru dikuahkan, masak hingga ikan secukup masak. Sebelum angkat test dulu, cucuk dengan hujung lidi atau pisau untuk menentukan ikan percik masak secukupnya, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails