Sunday, January 24, 2010

Gratin

Bahan A - Rebus
500gm italian penne macaroni – rebus dalam air mendidih, ikut extended yang dikehendaki

Bahan B - Potong & Tumis
2 halal sausage beef or chicken – potong bulat, jgn terlalu nipis
1 biji bawang besar – potong panjang
3 ulas bawang putih –dicincang
150gm of 1 pack cendawan/button mushroom - potong
150gm isi udang or isi ayam
1 cube chicken or 2 sb powder chicken cube
sedikit garam & grind black pepper
olive oil, mentega atau minyak masak

Homemade White Sauce
Bahan C
100gm butter
50gm tepung gandum
1 litter sususegar , fresh cream, evaproted milk or susu tepung
sedikit garam & grind black pepper

Bahan D - Tabur
1 keping roti putih - blend jadikan serbuk roti/bread crumb
halal mozarella cheese- tak ada pun ok

Cara-cara
  1. Bahan A - Rebus penne macaroni dalam air mendidih selama 12 minit atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, saya suka rebus keras kerana orang italy pun suka rebus macam itu., bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan
  2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, diikuti sausage kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu mushroom, udang, cube ayam salt & pepper secukupnya, biar mushroom layu sedikit sahaja,tutup api dan ketepikan
  3. Bahan C - Buka api, terus letak butter dalam kuali/ frying pan, biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk/pemukul telur, kacau rata lebih kurang sedikit berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur, hingga habis, masukkan pula salt & pepper, bila ia pekat sikit sahaja, tuangkan pula bahan B yang telah dimasak tadi kacau rata diikuti dengan bahan A yang telah direbus tadi kacau rata, masak 1-2 minit pun boleh, jika tidak masak pun boleh, gaul rata, tuangkan kesemua bahan masak tadi ke dalam tin pembakar yang dilapis dengan tracing pepper/baking paper, jika guna non stick baking pan tidak perlu baking paper or bekas kaca, casserole
  4. Bahan D – Tabur semua sebuk roti, diatas keseluruhan permukaan gartin dalam tin pembakar, tabur rata cheese.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200C, lebih kurang15-30minit, letak tin pembakar di tingkat No. 2 dari bawah, bakar hingga keseluruhan permukaan sebuk roti itu jadi perang, cheese melting , macam warna toast bread perang lembut, padamkan api, keluarkan dari oven, hidangankan, sesuai dimakan ketika panas sahaja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails