1 biji telur ayam
80gm gula
100ml susu segar
200gm hand made cake mix flour (showa brand) atau pancake mixed flour
1 sb butter cair atau minyak masak
coco powder & instant coffee secukupnya
green tea powder secukupnya
1 sk. esen vanilla
cara-cara
- Masukkan gula dan telur kacau hingga rata, tuang susu kacau lagi, campurkkan pula butter cair rata-ratakan hingga sebati.
- Tambahkan tepung dan kacau lagi hingga sebati, bahagi kepada tiga bahagian, gaul rata satu bahagian dengan koko & instant coffee powder, satu lagi dengan green tea powder dan satu lagi adunan dibiarkan begitu sahaja atau jika suka bolehlah ditambah esen vanilla
- Tuangkan adunan batter tadi ke dalam acuan kecil sebayak 80% dari bekasnya.
- Dengan menggunakkan api sederhana, kukus selama 12-15 minit
- Jika suka boleh juga ditaburkan atas adunan sebelum mengukus sedikit kacang merah rebus, ubi keledek potong cube kecil, kismis, choclate chips dan sebagainya