Sunday, June 28, 2009

Frozen Nectarine Ice Blended


bahan-bahan (2 orang)
ketulan ais secukupnya
3 biji buah nectarine frozen yang telah dipotong dan dibuang biji
1 caw air masak sejuk
sedikit jus lemon
gula secukup manis
sedikit garam

cara-cara
blend air, ketulan ais, nectarine, jus lemon dan gula hingga halus dan ia jadi pekat seperti ice blended, jika ia cair tambah lagi ketulan ais, blend hingga pekat, hidangkan

Fresh or Frozen Strawberry Sorbet



bahan-bahan (menghasilkan 2 1/2 cawan)
Fresh Strawberry Sorbet
2 caw fresh strawberry + 1 caw gula

bahan-bahan (menghasilkan 2 1/2 cawan)
Frozen Strawberry Sorbet
2 caw frozen strawberry + 1 caw gula + 1 caw air

cara-cara
Blend halus fresh or frozen strawberry bersama bahan-bahan yang tertera diatas, tuangkan dalam dulang, sejukan dalam freezer, bila ia separuh beku/frozen, serih atau gurih dengan garpu atau pemukul telur, masukkan balik ke dalam freezer lagi apabila ia keras blend pula dalam blender atau food-processor hingga lembut, simpan sorbet dalan airtight container dan bekukan lagi hingga sedia dihidangkan

Friday, June 26, 2009

Bandung Ice Blended

bahan-bahan Air Sirap Rose, Sirap Daun Pandan atau Sirap Beet Root
pewarna merah atau beet root ia sejenis lobak isinya berwarna merah
gula putih secukupnya
sedikit air rose,daun pandan simpul atau vanilla essen
susu pekat manis secukupnya, susu segar
sedikit air (kalu guna susu pekat manis)
ketulan ais secukupnya

cara-caraSediakan dengan air panas atau masak air siap rose pekat atau sirap pandan pekat secukupnya, sejukan, ketepikan
  1. Sekiranya tidak ada pewarna merah, potong, rendamkan beet root dalam air buat seketika atau rebus beet root dengan air, keluarkan isinya, tambahakan gula rebus hingga pekat bersama air rose atau daun pandan simpul atau begitu sahaja, sejukkan, ketepikan
  2. Blend ketulan ais secukupnya, air sirap dan susu pekat manis hingga halus dan pekat, hidangkan dalam gelas yang disukai

Rose Syrup Ice Blended

bahan-bahan Air Sirap Rose, Sirap Daun Pandan atau Sirap Beet Root
gula putih secukupnya
sedikit air rose atau daun pandan simpul
pewarna merah atau beet root - sejenis lobak isinya berwarna merah terang
ketulan ais secukupnya
sedikit air

cara-cara
  1. buat air sirap rose dengan air panas atau masak, air sirap daun pandan pula mestilah dimasak hingga pekat, sekukkan dan ketepikan
  2. Sekiranya tidak ada pewarna merah, potong, rendamkan beet root dalam air buat seketika atau rebus beet root dengan air, keluarkan isinya, tambahakan gula rebus hingga pekat bersama air rose atau daun pandan simpul atau begitu sahaja, sejukkan, ketepikan
  3. Masukkan dalam blender, ketulan ais, air sirap dan sedikit air blend hingga halus dan pekat, hidangkan

Kari Telur


bahan A
5 biji telur - rebus, buang kulitnya
2 biji kentang saiz xl - potong
200gm plain yogurt, santan atau susu
500ml air
1 keping asam gelugor, sedikit air asam jawa, air lemon atau cuka
sedikit garam
sedikit gula atau ajinomoto

bahan B tumbuk atau cincang
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar 2 ibu jari

bahan C
1 senduk minyak untuk menumis
1 senduk rempah daging
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis bahan C kecuali rempah, bila naik bau, masukkan pula bahan B tumis lagi kacau hingga naik bau, masukkan pula rempah, sedikit air, masak hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
  2. Seterusnya masukkan kentang, air, garam, gula atau ajinomoto dan yogurt masak hingga kentang empuk dan kuah pekat, masukkan telur rebus, masak seberapa ketika dalam kari, hidangkan

Muffin Pisang Montel Bersantan & Berkismis


bahan-bahan
2 biji buah pisang montel ranum atau apa jenis pisang jadikan 1gelas pisang yang telah dilecek
1 pack kecil coconut milk powder
1/2 gula
1 biji telur size s
1/4 gelas susu segar atau fresh cream - terutama pisang montel ranum mengeluarkan banyak air
1 1/4 gelas tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk bicarbonate soda
1/2 gelas kismis hitam
cara-cara
Satukan telur dan gula gaul rata, masukkan pisang yang telah dilecek bersama serbuk santan gaul lagi, tuangkan susu kacau rata kemudian tambahkan garam, tepung dan soda bircarbonate kacau hingga sebati, tuang dalam loyang pembakar yang telah digris, bakar pada suhu 175C, tingkat no. 2 dari bawah bakar dalam dulang muffin atau muffin case, tingkat 1 dari bawah bakar dalam dulang cake, bakar selama 45 minit ke 1 jam, sejukkan, hidangkan

Wednesday, June 24, 2009

Agar-Agar Lumut @ Weed Jelly or Screwpine Egg Jelly


bahan-bahan
7gm agar-agar strips (malaysia carrefour brand)
850ml air + pewarna hijau
1 gelas gula
1 biji telur + sedikit pewarna hijau - pukul sedikit
200ml air + 2-3 helai daun pandan - potong, blend, perah jusnya atau sedikit pandan paste
sedikit garam

cara-cara
  1. Rebus agara-gar bersama 850ml air hingga larut, masukkan gula masak hingga gula cair, letakkan pula pewarna hijau, taburkan garam kacau rata hingga mendidih
  2. Masukan air jus daun pandan, didihkan seketika, tuangkan telur sedikit demi sedikit kacau denga pemukul telur supaya rupanya cantik seakan berlumut dan tidak berketul, tujuannya bagi mencantikkan lagi rupanya, tutup api, tuang dalam dulang, bekukan, potong, hidangkan

Monday, June 22, 2009

Kedatangan Bulan Rejab 24hb. Jun, 2009 dan Khabilatnya

Assalamualikum w.b.t. kepada semua Muslimin dan Muslimat, alhamdulillah saya dapat info ini dari hamba Allah yang murah hati dan baik, sebenarnya maklumat ini untuk kita kongsi bersama, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Rejab 24hb. Jun, 2009 & sila baca khabilatnya seperti dibawah itupun kalau nak berpuasa, bak kata perpatah orang putih everything in lifes must be balanced, Learning is an eye of the mind & never ending story, sekian wassallam.

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia
yang penuh berkat ini..........
BULAN REJAB

Insyaallah…. Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita akan memasuki
bulan Rejab. Bulan
Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di
sebalik bulan Rejab
itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
"Ketahuilah bahwa bln
Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka
pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra
Mi'raj (Isnin, 20
Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan
mendapat kemuliaan
di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1,
2, dan 3 Rejab
(24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala
seperti 900
tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan
seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah
permintaannya
akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka
ditutupkan 7 pintu
neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka
akan dibukakan 8
pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka
ALLAH swt akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan
kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang
menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat
sebuah sungai
yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air
batu dan lebih
harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as
"Wahai Jibril
untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah
untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami
berjalan bersama-sama
Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw
berhenti dan beliau
menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada
ALLAH swt. Lalu
saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah
engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang
diseksa dalam
kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt
meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka
ini mahu
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan
Rejab nescaya
mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya
"Ya Rasulullah,
apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam
dalam bulan Rejab
sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah
mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan
yang berpuasa satu
hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab
dengan niat
karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya
seperti berpuasa
satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ> ﻢﻼﺴﻠﺍ

Dodol Cooking Chocolate

bahan-bahan
1 gelas tepung jagung
1 gelas tepung pulut atau tepung ubi
2 gelas gula putih
2 peket kecil santan serbuk - jadikan 2 gelas santan
1 gelas susu
essen rose atau essen vanilla
sedikit garam
1 bar bitter dark chocolate cooking jenis 90% cocoa
sedikit garam

cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali air rose, masak dengan api sederhana seperti kacau dodol sehingga pekat, keras seketul macam doh serta tidak melekat pada kuali, masukkan air rose, masak hingga sebati, sejukkan, potong dan hidangkan

Saturday, June 20, 2009

Bubur Kacang Hijau

bahan-bahan
150gm/ 2/3 caw kacang hijau -1 liter / 4 caw air
1 helai daun pandan disimpul
120-140gm / 1/2 caw gula putih atau gula merah
250ml/ 1 caw pati santan, evaporated milk, freah cream, susu atau creamer
1/4 sk garam

cara-cara
1. Basuh, rendam beras pulut hitam atau kacang selama 30 minit, basuh balik toskan, masukan 1 liter air rebus guna api perlahan hingga lembut selama 45minit ke 1 jam .

2. Masukkan daun pandan, gula, garam dan santan masak hingga pekat atau rebus santan dan garam dalam periuk berasing hingga ia mula mendidih, tutup api, curah santan kemudian ke atasnya, hidangkan

Friday, June 19, 2009

Kuih Keria



bahan-bahan
350gm ubi keledek - rebus dengan kulit
75gm/ 1/2 caw tepung
1/2 sk baking powder (optional)
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
gula secukupnya golekkan kuih keria atau sira gula kuih keria
cara-cara

bersihkan, rebus keledek bersama kulitnya hingga lembut, buang kulit, lecek, sejukan seketika, masukkan garam, tepung + baking powder gaul rata, bentukan ia seperti donut, panaskan minyak, goreng dalam minyak penuh, balik-balikkan hingga ia kuning keemasan, angkat, golekan atas gula, hidangkan

Sira Gula Kuih Keria- resepi asal dari cikgu masak saya, masa dulu-dulu saya belajar home science, inshallah duduk mana-mana pun boleh survived berkat dari asas belajar memasak never ending story begitu juga dgn agama, belajar, career, money, hidup dan lain-lain lagi, everythings in life must be balanced

bahan-bahan
4 sb gula
3 sb air

cara-cara
caranya masukkan dalam kuali gula dan air, masak hingga ia berbuih dan sederhana pekat, masukkan kuih keria kacau hingga gula kering dan berkerak dengan api paling kecil sekali, hidangkan

Kuih Keria Kentang

dapat resepi dari member myresepi.com, saya cuma olah sedikit caranya, rebus ubi dengan kulitnya sekali supaya ia tidak terlalu lembut dan berair

Bahan-bahan ( Menghasilkan 10 biji Kuih Keria )

300 gm ubi kentang anggaran 3 biji kentang size sederhana – direbus dgn kulit
1 cawan tpg gandum
sedikit garam
gula secukupnya untuk golekkan kuih keria

Cara-cara
1. Kentang dibersihkan, biarkan kulitnya, kemudian direbus tanpa garam hingga empuk. bagi mengekalkan rasa, bau aroma kentang tersebut
2. Buang kulit kentang, kemudian lenyek kentang, biarkan ia suam seketika
3. Masukkan, garam dan tepung didalam adunan. Uli hingga sebati.
4. Kemudian dibentuk spt gelang dan goreng hingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan minyak.Kemudian gaul dgn gula atau disira spt keria biasa.
6. Petua: Ketika membentuk adunan tersebut tgan hendaklah sntiasa basahkan dgn air utk mendptkan bntuk keria yg cantik dan licin serta adunan tidak melekat ditgan.


Pulut Inti @ Glutinous Rice Packets With Coconut Topping

sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang dan sebagainya
bahan A Inti kelapa atau filling
100gm/1 caw kelapa parut putih atau kelapa kering
100gm gula kabung atau merah secukupnya
1 helai daun pandan sedikit garam sedikit air tepung jagung
bahan B kukus pulut
300gm beras pulut -basuh, rendam semalam, basuh, tapis
150ml/ 1/2 caw santan
1/2 sk garam
cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan A, kecuali air tepung jagung, masak hingga separuh masak tuang pula air tepung jagung, masak hingga kering, sejukan dan ketepikan
2. Campurkan kesemua bahan B , kukus selama 30 minit, bahagi 12 bahagian pulut dan inti
3. Cara membungkus seperti bungkus tradisional nasi lemak dalam daun pisang, bungkus dengan daun pisang, daun buluh, baking paper, foil paper atau plastic wrap, hidangkan

Agar-Agar Santan Gula Kabung

bahan-bahan
500ml/2 cawan air
180gm /1 1/4 caw gula kabung atau gula merah
3 sk agar-agar serbuk
1 helai daun pandan disimpul
300ml pati santan
secubit garam

cara-cara
Masak air bersama serbuk agar-agar dan daun pandan simpul agar-agar larut, masukkan gula masak hingga ia cair,keluarkan daun pandan, taburkan sedikit garam, diikuti dengan santan, cepat-cepat padamkan api tujuannya bagi rasa sedap dan supaya santan tidak pecah minyak, masukkan segera dalam dulang, sejukkan dalam peti sejuk, potong, hidangkan

Thursday, June 18, 2009

Serunding Daging

bahan-bahan
500gm daging/beef
10-12 bji cili kering/dry chilies
10 biji bawang merah/shallots
3/4" halia/ginger
3 batang serai/lemon grass
1/2" ubi kunyit/turmeric root
1/2" lengkuas/galangal
300ml pati santan/thick coconut milk
1 1/2 sk garam/salt
1 keping asam gelugor/dried garcinia -direndam bersama 4 sb air panas
1 sb biji rempah/coriander seeds(optional) - jangan blend

1 helai daun limau purut dihiris halus (optional)

cara-caraDaging basuh, potoong 2 1/2" masukkan air menutupi daging, rebus daging guna api perlahan sampai lembut selama 45-60 minit, jika guna pressure cooker masa merebus daging cuma lebih kurang 20 minit. Toskan airnya, letak sebelah, bila daging sejuk carik-carikannya, ketepikan
  1. Rendam cili,potong semua bahan seperti menyediakan rendang kecuali biji rempah, kemudian blend bersama air rebusan rendang hingga halus
  2. Masak bahan blend, biji rempah, garam bersama pati santan selama 15 minit, masak guna api sederhana sehingga pekat, tuang daging daging carik tadi, perlahankan api kacau selama 30 minit, campurkan pula jus air asam gelugor ulangi masak hingga daging kering dan ranggup selama 20-30 minit, padamkan api, bahagi dua dulu, sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi panas dan yang selebihnya sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Wednesday, June 17, 2009

Dry or Fresh Fruits Rozel or Asian Berries Sorbet, Slurpee, Ice Blended & Juice

dengan resipi sama sejukan boleh dijadikan  jus rozel letak ketulan ais
 dengan respi sama bekukan separuh beku boleh dijadikan Slurpee
dengan resipi sama bekukan boleh dijadikan sorbet


bahan-bahan (menghasilkan 2 1/2 cawan)
1 caw gula
1 caw air
1 caw kelopak buah rozel segar/asam paya atau dry rozel - kalau dry rozel, rebus bersama 4caw air dulu jadikan 2 cawan air rozel tapis buang hampasnya kemudian tambah gula dan garam atau apa-apa jenis buahan tempatan malaysia dan luar negeri yang sesuai dibuat sorbet
garam secukup rasa

cara-caraRebus kelopak buah rozel bersama air, guladan garam, kemudian blend halus, sejukkan hingga ia betul-betul sejuk, , tuangkan dalam dulang, sejukan dalam freezer, bila ia separuh beku/frozen, serih atau gurih dengan garpu atau pemukul telur, masukkan balik ke dalam freezer lagi apabila ai keras blend pula dalam blender atau food-processor hingga lembut, simpan sorbet dalam airtight container dan bekukan lagi hingga sedia dihidangkan

Lemon Sorbet & Apple Sorbet

Lemon Sorbet
bahan-bahan (menghasilkan 2 1/2 cawan)
1 caw gula
1 caw air
1 caw jus lemons - dari 3-4 lemons
2 sk parutan kulit lemon

cara-cara
Cairkan gula bersama air, sejukan air gula hingga ia betul-betul sejuk, campurkan lemon jus dan parutan kulit lemon, tuangkan dalam dulang, sejukan dalam freezer, bila ia separuh beku/frozen, serih atau gurih dengan garpu atau pemukul telur, masukkan balik ke dalam freezer lagi apabila ai keras blend pula dalam blender atau food-processor hingga lembut, simpan sorbet dalan airtight container dan bekukan lagi hingga sedia dihidangkan

Apple Sorbet
bahan-bahan
1 caw gula
10 biji apple
300ml air
cara-cara
cara masak sama seperti resepi dibawah, cuma cara membekukannya sahaja sama seperti lemon sorbet

Apple Sherbet resepi dari member myresepi.com, katanya Apple sherbet aiscream.
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
300ml air
50g gula
2 sudu besar lemon jus
1 biji epal
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecik-kecik
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Biarkan sejuk.
3. Masukkan ke dalam mixer. Mix sampai jadi bentuk puri.
4. Bekukan dalam freezer.
Buah Apple Sorbet resepi dari member myresepi.com, katanya simple apple sorbet
Bahan-bahan ( 4 org )
2 biji epal
500ml air
4 sudu besar gula
1/2 biji jus lemon
Cara-cara
1. Belah dua epal dan buang bijinya.
2. Didihkan air,gula dan lemon jus. Masukkan epal. Biarkan 5 minit. Kemudian padamkan api.( sekali-sekala balik-balikkan epal.) Biarkan epal sejuk.
3. Bila epal dan sejuk. Tos kan airnya.Wrap dan frozenkan.
4. Bila dah keras bolehlah ngap!!
5. NOTE: sherbet ni kurang manis.. kalau suka manis boleh tambah lebih gula

Fresh Nectarine Ice Blended

 bahan-bahan (2 orang)
ketulan ais dalam blender takat 300ml
3 biji buah nectarine segar
1 caw air masak sejuk
sedikit jus lemon
gula secukup manis


cara-cara
blend air, ketulan ais, nectarine, jus lemon dan gula hingga halus dan ia jadi pekat seperti ice blended, jika ia cair tambah lagi ketulan ais, blend hingga pekat, hidangkan

Frozen Strawberry Ice Blended

bahan-bahan (3 orang)
ketulan ais dalam blender takat 500ml
frozen strawberry dalam blender takat 500ml atau apa-apa buah-buahan lain jenis frozen yang mana sesuai dibuat air buah
1 caw air masak sejuk
gula secukup manis


cara-carablend air, ketulan ais, frozen strawberry dan gula hingga halus dan ia jadi pekat seperti ice blended, jika ia cair tambah lagi ketulan ais, blend hingga pekat, hidangkan

Tuesday, June 16, 2009

Biskut Walnut

bahan-bahan
2 caw tepung gandum
1 caw tepung jagung
1 caw tepung custard
1 caw gula
150gm butter
3 biji telur kecil size s
1 sk baking powder atau baking soda - saya guna baking powder, tak letak pun ok
200gm golden brown raisin/kismis kuning
1 caw walnut cincang
100gm kelapa kering jenis kasar
1 caw kepingan walnut untuk hiasan

cara-cara
Butter, gula dan telur, gaul hingga ia sebati, masukkan kismis & walnut gaul rata, campurkan tepung gaul rata diikuti kelapa gaul rata, tips terbaru saya tidak perlu guna sudu cuma jemput-jemputkan dengan tangan lagi cepat, kemudian susun dalam dulang pembakar yang dialas dengan baking paper, letakkan pula ditengahnya kepingan walnut, bakar pada suhu darjah 160C, tingkat No. 2 & 3 dari bawah selama 20-30 minit, hidangkan

Fresh Strawberry Ice Blended

bahan-bahan (2 orang)
ketulan ais dalam blender takat 500ml
2 caw strawberry segar
1 caw air masak sejuk
gula secukup manis

cara-cara
blend air dan ketulan ais hingga sedikit halus, masukkan buah strawberry dan gula, blend lagi hingga ia jadi pekat seperti ice blended, jika ia cair tambah lagi ketulan ais, blend hingga pekat, hidangkan

Monday, June 15, 2009

Telur Masin

bahan-bahan
20 biji itik atau telur ayam
600gm garam
3 liter air
cara-cara
bersihkan telur dan keringkan dalam penapis, rebus air bersama garam hingga ia larut, biar ia benar-benar sejuk, seelok-eloknya keesokan hari baru letak telur, rendamlah telur dalam air garam selama 2-3minggu inshallah dah boleh makan, rebus, potong dan hidangkanlah.

Stir Fried Zucchini With Garlic & Oyster Sauce

bahan-bahan
1 biji zucchini kuning atau hijau - potong
1-2 ulas bawang putih cincang
sedikit oyster sauce
sedikit kicap
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air tepung jagung
cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih higga naik bau, masukkan oyster sauce dan serbuk lada hitam, biar ia naik bau sikit, masukkan pula zucchinni, goreng seberapa ketika, tuangkan air tepung jagung mask hingga ia pekat, hidangkan

Sunday, June 14, 2009

Jem Strawberry


bahan-bahan
2 caw frozen/fresh strawberry
1 caw gula
1/2 biji lemon - perah ambil jusnya

cara-cara
campurkan semua bahan dalam periuk didihkan hingga pekat, masukkan dalam botol kemudian rebus botol yang berisi jem dalam air, tujuannya untuk seal tudung jem supaya ia tahan lama.

Jem Apricot

bahan-bahan
5 biji sedang buah apricot segar
1 caw gula
1/2 biji lemon - perah ambil jusnya

cara-caracampurkan semua bahan dalam periuk didihkan hingga pekat, masukkan dalam botol kemudian rebus botol yang berisi jem dalam air, tujuannya untuk seal tudung jem supaya ia tahan lama.

Ice Blended Blueberry Jam Milk Shake

bahan-bahan
1/2-1 caw homemade blueberry jam/1/4 caw frozen blueberry/1caw fresh blueberry - sila pilih salah satu bahan
300ml susu segar
1/2 blender jar ketulan ais anggaran takat 300ml
gula secukupnya
sedikit garam

cara-cara
campurkan kesemua bahan, blend halus, hidangkan

Jem Blueberry

bahan-bahan
2 caw frozen/fresh blueberry
1 caw frozen/fresh strawberry
1 caw gula
1/2-1 caw air - tak air pun ok masa memasak jem agak singkat, saja saya letak air, tujuannya bagi jem tahan lama, masa memasak pun agak lama
1/2 biji lemon - perah ambil jusnya

cara-cara
campurkan semua bahan dalam periuk didihkan hingga pekat, masukkan dalam botol kemudian rebus botol yang berisi jem dalam air, tujuannya untuk seal tudung jem supaya ia tahan lama.

Saturday, June 13, 2009

Nasi Goreng



bahan-bahan
2 biji cili merah/ cili kering/serbuk cili dgn sos tomato/serbuk cili, cili padi, cili kering, mixed apa2 dgn red capsicum- sila buat pilihan bahan sebelum memasak

1-2 ulas bawang putih - 1-2 sk garlic powder
1/2 biji bawang besar

1/2 sk belacan, jika tiada ganti dgn udang kering/ikan bilis/kiub ayam/sos tiram/kicap, gula merah/manisan, - itu pun kalau ada, - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

2 sb minyak

100gm-200gm udang basah/daging/ isi ayam atau 2 biji telur masak hancur, - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

1/2 sk garam
sedikit lada hitam
1/2 sk gula

60gm kacang buncis/kacang panjang/frozen,fresh or can green peas, kobis, carrot dan apa-apa jenis sayuran - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

2-3 cawan nasi sejuk atau panas

cara-cara
Blend,tumbuk atau cincang cili merah, bawang putih dan bawang besar bersama belacan, panaskan minyak tumis bahan blend hingga wangi dan masak selama 5 minit, masukkan udang, isi ayam, atau daging dengan garam, gula, asam goreng selama 2-3 minit, campurkan kacang, goreng selama 2 minit, dan akhir sekali masukkan nasi goreng selam 5-6 minit, taburkan telur, gaul rata, padamkan api, hidangkan

Sambal Telur

bahan A
4 biji telur rebus

bahan B
8-10 cili kering + cili merah atau red capsicum/red capsicum + serbuk cili/cili padi mixed apa2 dgn red capsicum - blend - pilih bahan sebelum memasak

1/2-1 biji bawang besar - blend
4 sb minyak untuk menumis
2 sk air asam/cuka/lemon jus - sila buat pilihan bahan sebelum memasak
1 1/2 sk gula
1 sk garam

cara-cara
rebus telur, blend, tumbuk atau cincang bahan B cili dan bawang, goreng bersama lemon jus/cuka atau air asam hingga pecah minyak dan garing, tutup api ketepikan, kupas telur rebus belah dua , letak 1/2 sambal sedikit dalam pinggan, susun telur, tuang 1/2 lagi sambal atas telur, hidangkan

Goreng Terung Berlada

bahan A - goreng 10 minit kedua-dua belah hingga brown
4 biji terung panjang atau 1-2 biji (500gm) terung bulat besar - potong memanjang
4 sb minyak

bahan B - paste cili , blend halus
8-10 cilil kering/cili merah atau serbuk cili paprika, cili padi, mixed apa2 dgn red capsicum - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

1 sb asam jawa atau cuka/lemon - sila buat pilihan bahan sebelum memasak
1/2-1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih atau 1-2 sk garlic powder
2 sk gula
1 sk garam
3 sb minyak untuk tumis

cara-cara
1. Sediakan bahan A, potong terung memanjang, goreng 10 minit kedua-dua belah hingga brown, susun dalam pinggan, ketepikan
2. Sediakan bahan B, blend, tumbuk atau cincang cili dan bawang, panaskan kuali dan minyak, tumis semua bahan dgn air asam/cuka/lemon, gula, & garam hingga garing dan masak, lepas masak curahkan ke atas terung tadi, hidangkan

Fresh Strawberry Milk Shake


bahan-bahan (2 orang)
1 gelas strawberry segar
1 gelas susu segar
ice cream perisa vanilla atau susu
gula secukupnya

cara-cara
masukan kesemuan bahan dalam bender, blend, hidangkan

Friday, June 12, 2009

Moroccan Spicy Meat Balls


bahan A – meat balls700gm daging cincang
1/2 caw parsely
1 sb serbuk cili/paprika – lebih pun ok
1 sb cumin
serbuk lada hitam, garam
minyak untuk menggoreng - secukupnya
Bahan b - sauce based
1 biji bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
2 biji tomato size paling besar - potong dadu
200gm puri tomato atau sos tomato
1/2 caw daun ketumbar/coriander
1 sb cumin
1 sb serbuk cili/paprika
1 cawan air
serbuk lada hitam, gula, garam atau ajinomoto
4 biji telur - optional letak pun ok tak letak pun ok, ikut suka

cara-cara
  1. Gaul rata bahan A buat meat balls, ketepikan
  2. Potong dadu tomato, bawang besar, cincang bawang putih, dan sediakn semua bahan B ketepikan.
  3. Goreng semua sekali meat balls dalam satu masa hingga golden brown, keluarkan dari kuali dan
  4. guna minyak yang sama, masukkan bawang cincang, goreng hingga nail bau, masuk pula bawang besar goreng sampai layu, masukkan serbuk cili gaul rata, masukkan tomato dadu goreng hingga layu, tuang puti tomato atau ketchup, masak sekejap, curahkan meat balls, goreng sekejap, curahkan 1 cawan air perisa dengan garam, gula dan lada hitam, goreng hingga pekat.
  5. Kalau suka pecahhkan telur sebiji-sebiji ke atasnya, tutup tudung periuk, biar ia masak guna api pelahan hingga bertukar warna putih seperti sekeping telur goreng, hidangkan sesuai dimakan dengan nasi panas atau spaghetti rebus

Thursday, June 11, 2009

Crispy Potato Wedges


bahan-bahan
2 biji kentang saiz paling besar
instant tepung goreng ayam, kalau suka boleh tambah serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih serbuk lada hitam, ajinomoto atau gula
1 biji putih telur - kocak sikit

Jika tidak ada tepung goreng ayam ganti dengan :-
Tepung gandum secukupnya
1-2 sb serbuk kari atau lebih
sedikit garam, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan ajinomoto atau gula
1 biji putih telur - kocak sikit

cara-cara
1. Rebus kentang sebiji-sebiji bersama kulitnya, kemudian potong baji, sejukkan
2. Salutan pertama dengan putih telur yang dipukul sedikit dan
3. Salutan kedua dengan instant tepung goreng ayam
4. Boleh juga digantikan dengan tepung gandum secukupnya, serbuk kari, sedikit garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam, gaul rata
5. Lepas siap golek-golekan kentang, goreng dengan minyak penuh, guna api sederhana, hidangkan

resepi dari myresepi.com, katanyaWedges Berempah.Rangup diluar, lembut di dalam....
bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara-cara
1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Wednesday, June 10, 2009

Mayonnaise

bahan-bahan
1 biji telur
1/2 sb lemon/cuka - saya perah 1/2 biji lemon size kecil
1/2 sk garam
1/2 sk mustard
sedikit garam
sedikit mixed peppers hitam, hijau, putih, merah or lada hitam or lada putih
200ml olive oil/minyak masak

cara-cara
Sediakan blender jar, pecahkan telur masukkan ke dalamnya, campurkan kesemua bahan kecuali minyak, blend selama 10 saat, buka tudung jar tuangkan sedikit minyak kemudian blend, ulangi hingga habis, hidangkan, sedia untuk dimakan atau disimpan dalam botol

Frozen Strawberry Vanilla Ice Cream Milk Shake


bahan-bahan
150gm frozen strawberry
1 caw susu segar
4 1/2 sb gula - ikut rasa
50gm vanilla ice cream - saya letak milk ice cream
cara-caraCampurkan kesemua bahan, blend selama 60 saat, hidangkan .

Tuesday, June 9, 2009

Grilled Fresh Salmon Onigiri



 bahan A grille/bakar
1/4 bahagian drpd 1 ekor sedang ikan salmon segar
garams secukupnya - utk sapu ikan

bahan B tanak nasi
Nasi panas secukupnya
sedikit garam

cara-cara
sapu garam seluruh ikan, bakar ikan salmon dalam oven pada suhu 200C sehingga garing, tebalikan dan bakar lagi hinga kedua-dua belah permukaanya masak dan garing, angkat, ceraikan daging ikan kecil-kecil, campurkan nasi secukupnya agak-agaklah, masukkan garam secukupnya,gaul rata nasi dan ikan, kepal-kepalkan dengan bentuk yang disukai, hidangkan

Monday, June 8, 2009

Cucur Kodok Pisang Montel


bahan-bahan
1 caw pisang montel lenyek
3 caw tepung gandum (cuba goreng sikit, kalau kodok makan minyak tambah sikit sahaja lagi tepung gandum)
1 sk bicarbonate soda
gula - ikut manis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
Gaul dan campurkan semua bahan sama kaedahnya buat cucur kodok , panaskan minyak, jemput-jemputkannya goreng dalam minyak penuh, kacau selalu hingga jadi bebola bulat yang cantik, goreng hingga mask angkat dan hidangkan

Stir Fried Garlic Butter Mushroom

sesuai dimakan dengan nasi panas

bahan-bahan
cendawan putih/white button mushroom atau apa jenis cendawan
1 ulas bawang putih cincang
sedikit butter
sedikit garam
lada hitam tumbuk

cara-cara
1. Basuh cendawan, keringkan dalam penapis lebih lama lebih bagus menghasilkan cendawan goreng cantik dan sedap dimakan bila dimasak dan tidak berair

2. Potong cendawan jangan terlalu nipis, ketepikan, cincang bawang putih, masukkan butter dgn bawang putih cincang, goreng hingga naik bau

3. Tuangkan cendawan kacau hingga sedikit layu, taburkan lada hitam, garam, goreng lagi 1-2 minit, hidangkan dengan nasi panas

Fried Chives With Eggs

bahan-bahanseikat daun kuchai/chives- basuh, potong 1 1/2" panjang, ketepikan
2 biji telur - pukul sedikit
garam
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-caraPecahkan telur pukul sikit, panaskan minyak masukkan daun kuchai masak sedikit layu 1-2 minit , kuis tepi atau angkat, tuangkan telur dalam kuali, buat telur mask hancur, kacau dan biar ia membeku half way terus gaul dengan kucai goreng tadi, taburkan garam, lada hitam dan hidangkan

Fried Tomato With Eggs


bahan-bahan
2 biji telur telur
1 biji tomato
sedikit lada hitam tumbuk
gula
garam
sedikit minyak

cara-cara
Pecahkan telur pukul sikit dan ketepikan , tomato potong baji memanjang, panaskan sedikit minyak, masukkan telur masak macam telur masak hancur, bila ia mula berketul kacau, masukkan tomato, taburkan gula dan garam kacau lagi biar layu dan keluar airnya sikit, tabur sedikit serbuk lada hitam , hidangkan dengan nasi panas

Fried Capsicum with Oyster Sauce


bahan-bahan
2 cili benggala/mixed capsicum or pepper bell, cili muda
sos tiram/oyster sauce secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara
capsicum atau cili muda potong baji memanjang atau serong, panaskan minyak, masukkan oyster sauce, bila naik bau masukkan cili benggala goreng sampai sedikit layu dan hidangkan dengan nasi panas

Ais Tembikai Empat Segi @ Diced Watermelon Juice With Ice Rock


bahan-bahan
Tembikai Merah atau Kuning
Gula secukupnya
Ketulan Ais secukupnya

Cara-cara
Buang kulit tembikai, potong dadu, gaul rata bersama gula dan ketulan ice dan hidangkan

Sunday, June 7, 2009

Sagu Gula Melaka


Bahan A
500ml air - jika suka letaka paste pandan atau tambah warna hijau bagi cantik
225gm sagu halus – basuh, tapis, ketepikan
garam
Bahan B200gm gula melaka
150ml air
1 helai daun pandan disimpul
Bahan C250 ml susu atau santan
Cara-cara
1. Sediakan bahan A - Masak air bersama paste pandan atau warna hijau dalam periuk hingga mendidih, masukkan sagu yang telah dibasuh, kacau, bila mula jernih masukkan garam dan masak sehingga ia jernih, tuangkan dalam loyang, sejukkan, keluarkan, hidang dan ketepikan
2. Sediakan bahan B – rebus atas api hingga ia larut, letak dalam bekas, ketepikan
3. Hidangkan bahan A, B bersama C

Kuey Teow

bahan-bahan
250gm kuey keow kering - rebus extended lembut yang dikehendaki, tapis, ketepikan
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 sk serbuk cili
sos tiram, sos tomato, garam, gula, ajinomoto, minyak
1 carrot - potong
1/4 kobis kecil - potong
4 biji telur

cara-cara
1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
2. Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, tomato sos, serbuk cili,gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan carrot, kuetiaw, kacau hingga keseluruhan bahan berpalut, taburkan kobis kacau sampai masak.
3. Akhir sekali taburkan telur masak hancur 1-2 min kacau, tutup api, hidangkan

Sup Ekor

bahanA
500gm ekor lembu
4 cm halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 sk serbuk lada hitam
1.5 liter air
1 bawang besar - potong
1 tomato - potong
2 kentang - potong
1 carrot - potong serong memanjang
1 carrot putih - serong memanjang
1/4 celery root - serong
garam secukup rasa

bahan B
bawang goreng & hirisan daun bawang, sadri, ketumbar

bahan C - kisar
1 sk biji rempah
2 sk jintan manis
2 sk jintan putih
1 sk lada hitam
11/2" kulit kayu manis
4 buah pelaga
8 bunga cengkih
2 bunga lawang

cara-cara
  1. Blend bahan sup bunjut, ikat dengan kain muslin dan ketepikan
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, kecuali bawang goreng, hirisan daun sadri,bawang ketumbar, rebus hingga masak
  3. Hidangkan bersama bawang goreng, hirisan daun sadri,bawang ketumbar

Friday, June 5, 2009

Nasi Lemak

 bahan-bahan
2 caw beras - basuh,toskan, ketepikan
Pati santan & santan cair drpd 1/2 biji kelapa parut - bergantung pada beras yang hendak dimasak
1/2 sk garam
halia sebesar ibu jari - diketuk atau dimayang halus
1 daun pandan - koyak-koyakan
1" inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam

cara-cara
Jika masak nasi guna rice cooker, masak atau tanak nasi seperti nasi biasa. Kalau masak atas dapur didihkan santan bersama kesemua bahan diatas kecuali beras, bila air santan mendidih dan mengelegak, masukkan beras, kacau perlahan sehinggan santannya kering, tutup tudung periuk, perlahankan api jika guna gas dan tutup api terus jika guna dapur elektrik, kemudian serih nasi, hidangkan bersama segala jenis sambal tumis, telur, timun , kacang tanah & ikan bilis goreng dan segala jenis rendang

Lemang Segera

bahan-bahan
1 kg beras pulut
1/2 kilo pati santan
2-3 helai daun pandan - koyakan dan simpulkan, untuk cara B
seikat daun pandan - koyakan, susun dalam pengukus, untuk cara A
garam secukup rasa
daun pisang untuk membalut
tali rafia untuk ikat

Cara A
1 kg beras pulut - basuh, rendam semalaman, basuh hingga ia jernih, kukus dalam pengukus yang diatur dengan koyakkan daun pandan, keluarkan kesemuanya, gaul rata dengan 1/2 kilo pati santan + garam secukup rasa, bungkus banyak lapisan, sekemas- kemasnya macam buat kuih lopes dengan daun pisang dan tali rafia , bila direbus ia tidak akan tertanggal atau terbuka tali dan daunnya, rebus dalam air secukupnya hingga ia betul-betul masak bila ia masak angkat

Cara B
basuh beras pulut, sukatan pati santan hendaklah sama parasnya dengan sukatan beras dalam periuk yang hendak dimasak , cuma tambahkan lagi air atau santan , ikut sukatan, mestilah disukat setinggi satu tapak tangan anda sendiri menutupi jari seluruh 5 jari anda sendiri dalam periuk berisi beras pulut dan santan kelapa yang telah disukat tadi, Tanak pulut seperti menanak nasi, kena kacau selalu, tambah air/santan sedikit demi sedikit sekiranya kurang air, jangan terlalu banyak, masak lagi atas api hingga kering, perlahan kan api bila cukup masak, tutup periuk dan kecilkan api kalau masak dapur gas, kalau dapur letrik, padamkan api terus biar ia kering, kemudian serih pulut tersebut, bungkus dalam daun pisang macam buat kuih lopes, sekiranya ia jernih dan benar-benar masak tidak perlu direbus, kalau berkeadaan sedikit mentah, rebus dala air hingga masak, potong dengan benang ketika hendak menghidangkan

Thursday, June 4, 2009

Biskut Kismis



bahan-bahan
1/2 caw kismis hitam - jika suka boleh tambah lagi
2 gelas tepung gamdum
1 1/4 gelas tepung custard
1 gelas gula halus blend
1/2 sk baking powder
1 biji kuning telur
1 1/2 gelas butter - uli ikut lembut

cara-cara
Gaul semua sekali, masukkan butter uli ikut lembut uli ikut lembut, tambah lagi butter jika perlu untuk lembutkan doh, bulat-bulatkan, tekan dengan garpu atau tekan dalam petiti tin kecil, masukkan petit tin ke dalam dulang pembakar atau susun ke dulang pembakar, letakkan biskut tersebut dalam oven pada suhu darjah 160C, ditingkat letak dulang No. 2 dari bawah, bakar hingga kekuningan selama 20-30 minit bergantung pada saiz, hidangkan

Fried Celery Root

bahan-bahan
1/4 biji celery root/ubi celery - potong
1 sb olive oil
1/2 sk sgarlic powder
serbuk lada hitam secukup rasa
1 sk oyster sauce
1 sk kicap manis ABC
garam


cara-cara
Panaskan olive oil, masukkan celery root yang telah di potong tadi, goreng hingga ssetengah masak, taburkkan garam, goreng lagi, campurkan garlic powder,, goreng lagi, letak oyster sauce dan kicap manis, goreng lagi, akhir sekali masukkan serbuk lada hitam secukup rasa, kacau rata hingga masak, tapi, janganlah terlalu masak nanti ia lembik tidak berapa sedap, masak macam orang cina masak sayur tidak mentah dan tidak terlalu masak. Hidangkan dengan nasi panas

Ikan Goreng Masak Kicap


bahan A Goreng
300gm frozen white fish fillet/ isi ikan putih beku - potong
garam secukupnya
serbuk kunyit/tumeric secukupnya
sedikit olive oil untuk menggoreng

bahan B Tumis
1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
1 ulas bawang putih - dimayang halus
halia sebesar ibu jari - dimayang halus
2 biji cili kering
4 biji white mushroom/cendawan putih - potong jgn terlalu nipis

bahan C Sos
oyster sauce secukupnya
kicap manis ABC secukupnya - keluaran indonesia
beberapa titik minyak bijan
sedikit bijan goreng tanpa minyak untuk tabur

cara-cara
  1. bahan A - goreng fillet ikan macam goreng ikan goreng, tapi fillet ikan isi putih selalunya lembik, jadi ia tidaklah berapa garing sangat bila digoreng, bila dah masak sebelah bawah, terbalikan pula atas ke bawah ,agak-agaklah separuh masak, dalam masa yang sama ..... ikuti cara no. 2 -3 hingga habis
  2. masukkan dalam kuali yang sama bahan B tumis - bawang putih, halia,bawang besar yang telah dimayang tadi bersama cili kering, goreng hingga naik bau, taburkkan cendawan, goreng lagi hingga cendawan separuh masak,
  3. bahan C sos - campurkan pula, oyster sauce dan kicap manis abc secukupnya, masak seberapa ketika 1-2 minit, masukan beberapa titik minyak bijan , kacau sedikit, tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.