Thursday, June 11, 2009

Crispy Potato Wedges


bahan-bahan
2 biji kentang saiz paling besar
instant tepung goreng ayam, kalau suka boleh tambah serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih serbuk lada hitam, ajinomoto atau gula
1 biji putih telur - kocak sikit

Jika tidak ada tepung goreng ayam ganti dengan :-
Tepung gandum secukupnya
1-2 sb serbuk kari atau lebih
sedikit garam, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan ajinomoto atau gula
1 biji putih telur - kocak sikit

cara-cara
1. Rebus kentang sebiji-sebiji bersama kulitnya, kemudian potong baji, sejukkan
2. Salutan pertama dengan putih telur yang dipukul sedikit dan
3. Salutan kedua dengan instant tepung goreng ayam
4. Boleh juga digantikan dengan tepung gandum secukupnya, serbuk kari, sedikit garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam, gaul rata
5. Lepas siap golek-golekan kentang, goreng dengan minyak penuh, guna api sederhana, hidangkan

resepi dari myresepi.com, katanyaWedges Berempah.Rangup diluar, lembut di dalam....
bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara-cara
1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.