Saturday, June 13, 2009

Nasi Goreng



bahan-bahan
2 biji cili merah/ cili kering/serbuk cili dgn sos tomato/serbuk cili, cili padi, cili kering, mixed apa2 dgn red capsicum- sila buat pilihan bahan sebelum memasak

1-2 ulas bawang putih - 1-2 sk garlic powder
1/2 biji bawang besar

1/2 sk belacan, jika tiada ganti dgn udang kering/ikan bilis/kiub ayam/sos tiram/kicap, gula merah/manisan, - itu pun kalau ada, - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

2 sb minyak

100gm-200gm udang basah/daging/ isi ayam atau 2 biji telur masak hancur, - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

1/2 sk garam
sedikit lada hitam
1/2 sk gula

60gm kacang buncis/kacang panjang/frozen,fresh or can green peas, kobis, carrot dan apa-apa jenis sayuran - sila buat pilihan bahan sebelum memasak

2-3 cawan nasi sejuk atau panas

cara-cara
Blend,tumbuk atau cincang cili merah, bawang putih dan bawang besar bersama belacan, panaskan minyak tumis bahan blend hingga wangi dan masak selama 5 minit, masukkan udang, isi ayam, atau daging dengan garam, gula, asam goreng selama 2-3 minit, campurkan kacang, goreng selama 2 minit, dan akhir sekali masukkan nasi goreng selam 5-6 minit, taburkan telur, gaul rata, padamkan api, hidangkan