Wednesday, June 17, 2009

Lemon Sorbet & Apple Sorbet

Lemon Sorbet
bahan-bahan (menghasilkan 2 1/2 cawan)
1 caw gula
1 caw air
1 caw jus lemons - dari 3-4 lemons
2 sk parutan kulit lemon

cara-cara
Cairkan gula bersama air, sejukan air gula hingga ia betul-betul sejuk, campurkan lemon jus dan parutan kulit lemon, tuangkan dalam dulang, sejukan dalam freezer, bila ia separuh beku/frozen, serih atau gurih dengan garpu atau pemukul telur, masukkan balik ke dalam freezer lagi apabila ai keras blend pula dalam blender atau food-processor hingga lembut, simpan sorbet dalan airtight container dan bekukan lagi hingga sedia dihidangkan

Apple Sorbet
bahan-bahan
1 caw gula
10 biji apple
300ml air
cara-cara
cara masak sama seperti resepi dibawah, cuma cara membekukannya sahaja sama seperti lemon sorbet

Apple Sherbet resepi dari member myresepi.com, katanya Apple sherbet aiscream.
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
300ml air
50g gula
2 sudu besar lemon jus
1 biji epal
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecik-kecik
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Biarkan sejuk.
3. Masukkan ke dalam mixer. Mix sampai jadi bentuk puri.
4. Bekukan dalam freezer.
Buah Apple Sorbet resepi dari member myresepi.com, katanya simple apple sorbet
Bahan-bahan ( 4 org )
2 biji epal
500ml air
4 sudu besar gula
1/2 biji jus lemon
Cara-cara
1. Belah dua epal dan buang bijinya.
2. Didihkan air,gula dan lemon jus. Masukkan epal. Biarkan 5 minit. Kemudian padamkan api.( sekali-sekala balik-balikkan epal.) Biarkan epal sejuk.
3. Bila epal dan sejuk. Tos kan airnya.Wrap dan frozenkan.
4. Bila dah keras bolehlah ngap!!
5. NOTE: sherbet ni kurang manis.. kalau suka manis boleh tambah lebih gula