bahan-bahan
1 kg udang size sederhana besar8 tangkai petai segar, dikupas dan direbus dengan air
17-20 cili merah segar (seeloknya guna cili merah jenis pedas, kalau kurang pedas boleh tambah beberapa biji padi atau cili kering)
2 bawang besar
300ml pati santan pekat
sejemput asam jawa - jadikan air asam jawa secukupnya
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis
cara-cara
siang udang cuma potong muncungnya sedikit sahaja dengan janggutnya. Belah, kupas petai kemudian rebus petai dengan air secukupnya, jangan dibuang airnya digunakan untuk masak kuah. Blender kasar cili merah, bawang besar dan belacan, Tumis bahan blend hingga hingga naik bau harum, terus tuangkan gula, air asam jawa, gula, masak hingga cili secukup masak dan pecah minyak, masukkan isi petai goreng seketika, tuang air rebusan petai, didihkan seketika, masukkan udang masak separuh masak, tuangkan pati santan pekat timbuk-timbukan santan hingga mendidih dan udang masak, persa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, hidangkan