Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Udon Goreng


bahan-bahan
3 packs kecil inst. udon noodle jenis basah
3 dried shiitake mushrooms
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 carrot - basuh, kupas, potong, ketepikan
1/8 kobis panjang - basuh, potong, ketepikan
1sk crush black pepper
oyster sauce, kicap pekat manis abc, kicap cair - secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
  1. cendawan kering basuh , terus rendam dalam secawan air sejuk sahaja bukan air panas, biar ia kembang bila lembut potong, ketepikan, jangan dibuang air rendaman digunakan untuk memasak
  2. inst. udon noodles preheated dalam microwave oven selama 5 minit dengan bungkusannya sekali tidak perlu buka
  3. bawang putih kupas, basuh, cincang halus, ketepikan, carrot, kupas, potong, ketepikan, kobis panjang, basuh, potong ketepikan  
  4. minyak masak,  panaskan secukupnya dalam kuali, tumis bawang putih cincang, perah sikit cendawan dalam cawan rendaman tadiairnya jangan dibuang , tumis cendawan seketika supaya ia masuk minyak,
  5. tuangkan  oyster sauce, kicap pekat manis abc dan kicap cair secukupnya agak-agaklah sendiri,   goreng hingga naik bau wangi, suaikan rasa, taburkan lada hitam
  6. tuang air rendaman cendawan, udon noodles, rebus seketika, bila ia mula mendidih masukkan kobis panjang dan carrot, goreng hingga masak serap airnya serta kering,
  7. hidangkan  

Saturday, September 24, 2011

Udon Goreng

bahan-bahan
3 bungkus kecil udon
2 terung   - belah dua potong menyerong 1cm lebar
1/2 carrot - belah dua potong nipis meyerong
1 bell pepper @ cili hijau jenis tdk pedas, belah dua, potong serong
2-3sb kicap pekat manis abc
2-3sb oyster sauce
2-3sb kicap cair jepun
2-3sb hondashi
3 ulas bawang putih - disagat atau dicincang
1 cawan air
3sb minyak untuk menumis bawang putih
minyak penuh secukupnya untuk goreng terung

cara-cara
basuh, potong terung, panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dalam seminit, alih-alihkan, angkat, toskan,  ketepikan, tuang kesemua minyak panas tadi ke dalam bekas simpan minyak, tinggalkan sedikit lebih kurang 3sb, sementara itu masukkan tiga bungkus kecil udon ke dalam microwave panaskan selama 3 minit, panaskan kuali yang sama, tumiskan bawang putih goreng hingga naik bau wangi dan sedikit kekuningan, masukan kicap pekat manis abc, oyster sauce dan kicap cair jepun, goreng seketiak hingga naik bau wangi lagi, masukan hondashi goreng seketika bagi naik lagi bau wangi terus tuangkan air, biar ia mendidih baru masuk udon, goreng, gaul, kcau dan alih-alihkan sehingga air serap lebih kurang setengah terus masukan cili hijau dan carrot, goreng lagi sehingga air serap sepenuhnya terus  masukan terung goreng seketika, hidangkan    

Tuesday, April 5, 2011

Non Bake Spinach & Shrimps Gratin


Bahan A
500gm macaroni

Bahan B
300gm isi udang segar
1 bawang besar – potong panjang
3 ulas bawang putih –dicincang
1 pack fresh shitake mushroom - potong
1 ikat japanese spinach @ bayam jepun - potong
sedikit garam & grind black pepper
olive oil, mentega atau minyak masak

Bahan C
1/2 block butter
2-3 sb tepung gandum
1 litter susu segar, fresh cream, evaporated milk or susu tepung
sedikit garam & grind black pepper

Cara-cara

  1. Bahan A - Rebus macaroni dalam air mendidih selama 10mint atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan
  2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu udang dan mushroom, salt & pepper secukupnya, biar ia layu sedikit sahaja dan sederhana masak, tutup api dan ketepikan
  3. Bahan C - nyalakan api, terus letak butter dalam kuali atau frying pan biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk atau pemukul telur, kacau lagi hingga lebih kurang berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur hingga habis, masukkan pula salt & pepper, tuang semua bahan B yang telah dimasak tadi, didihkan sehingga  ia mula sederhana pekat sikit sahaja, taburkan bayam jepun gaul rata, tutup api,  tuangkan kesemuanya dalam  casserole dan hidangkan

Wednesday, March 9, 2011

Peperoncino Garlic Clams Spaghetti

bahan-bahan
200gm spaghetti
300gm clams - basuh, toskan, ketepikan
2-3 ulas bawang putih
1-2 cili kering - kepak dua
daun parsley - dicincang (optional)
lada hitam tumbuk secukupnya
sedikit air
garam secukup rasa
olive oil secukupnya

cara-cara
masak air hingga mendidih, masukan spaghetti rebus ikut bungkusan, toskan, ketepikan, panaskan olive oil secukupnya, goreng bawang dan cili kering hingga naik bau dan kuning, masukkan siput, goreng seketika, tuangkan sedikit air, masak hingga siput mula terbuka, taburkan garam, lada hitam tumbuk dan daun parsley, gaul rata, masukkan pula spaghetti rebus, goreng seketika hingga ia berpalut, hidangkan

Friday, February 18, 2011

Meehoon Goreng

bahan A blend
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam udang geragau kering yang paling baru dan segar

bahan B tumis1 ulas bawang putih - diketuk
sos tomato secukupnya
sos tiram secukupnya
kicap cair secukupnya
kicap pekat secukupnya
air asam jawa, cuka atau lemon secukupnya
kiub ayam, ajinomoto, gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya


bahan C400gm/1 bungkus meehon kering - rendam dalam air
200gm taugeh
1 biji carrot - dihiris
sayur sawi secukupnya
segenggam udang kering geragau yg paling baru dan segar

cara-cara
  1. Kisar bahan A, pijarkan minyak secukupnya, tumis bawang putih yang telah diketuk atau disagat or tumbuk hingga naik bau dan kekuningan, kemudian masukkan bahan A goreng hingga naik bau
  2. Sementara menunggu ia garing dan pecah minyak masukkan satu persatu bahan B tumislah bersama hingga ia masak, garing dan pecah minyak
  3. masukkan udang geragau kering kacau sebentar, masukkan pula meehon gaul rata, diikuti pula dengan carrot goreng hingga ia masak dan berpalut, taburkan pula sawi kacau hingga rata, akhir sekali masukkan pula taugeh goreng seketika selama 1-2 minit, tutup api dan hidangkan, lebih sedap lagi kalau ditaburkan dengan hirisan daun sadri, daun bawang dan hirisan limau kasturi berserta bawang goreng,cili merah, cili hijau yang telah dihiris

Wednesday, December 8, 2010

Udon Goreng

Bahan A
500gm japanese udon noodles or chinese thick noodles
5 bawang putih – basuh, cincang
3 dried shiitake mushroom/cendawan kering hitam – basuh rendam dgn 1 caw air sejuk
300gm isi scallops/kekapis – basuh ketepikan
1/8 kobis – potong serong
2 biji cili hijau - potong
1/2 biji carrot – basuh, potong
minyak untuk menumis secukupnya

Bahan B
2 1/2 sb kicap manis ABC @ kicap pekat (jika guna kicap pekat biasa sila tambah 1 sb gula)
2 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1/2 sk garam
1/4sk lada hitam tumbuk
1sb powder chicken cube

Cara-cara
  1. Basuh, rendam cendawan dengan 1 caw air sejuk sahaja bukan air panas , nanti ia liat, ketepikan, bila ia mula lembut gunting cendawan dan letak balik dalam air rendaman tersebut kerana ia diperlukan untuk masak dengan udon.
  2. Campurkan, satukan semua bahan B dalam satu mangkuk kacau rata dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga harum dan sedikit kekuningan, masukkan, cendawan 1-2 minit, dikuti kobis, goreng lagi 2-3min, diikuti carrot, diikuti udon, goreng lagi selama 2-3 minit, tuangkan air cendawan goreng hingga udon kering, diikuti scallops, masak hingga scallops mula masak
  4. kemudian curahkan semua bahan B, jika perlu tuang air sikit, goreng hingga kering, gaul rata dengan cili hijau, goreng 2-3 minit, tutup api,
  5. hidangkan dengan cili padi potong dan sedikit napla, kicap cair dan sedikit perahan air limau kasturi, limau nipis atau lemon

Wednesday, October 6, 2010

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis
Resepi asli Kuala Perlis...
Bahan-bahan ( 4 Org ) - sumber resipi member mry
1 Kg laksa beras
1 Kg ikan kembung
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas) - aida letak cili serbuk ikut pedas10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - aida tdk ltk
1 batang serai di ketuk
1/2 inci lengkuas (ketuk)
Asam keping secukupnya
1 ketul gula 'Gherek' - aida tdk letakDaun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan (belah 4)
Garam, Gula dan MSG secukup rasa
Air secukupnya
5 biji cili merah
Belacan sebesar ibu jari

Bahan Ulam
1 biji timun (potong lidi)
2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
10 biji cili api (potong bulat nipis)
Daun selom secukupnya (racik halus)

Cara-cara

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.

Wednesday, September 29, 2010

Garlic Spaghetti

bahan-bahan
300gm spaghetti kering
3 ulas bawang putih - cincang
2 cili kering - potong or patah dua
lada hitam - baru ditumbuk secukupnya
2 sb serbuk pati ayam atau 1/2 cube chicken
secukupnya daun selasih/kemangi/basli segar - cincang
secukupnya italian parsley segar - cincang
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menumis
cara-cara
  1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mestilah direbus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, Bila sudah masak, masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih cincang ,cili kering, goreng hingga naik bau harum, jangan biarkan bawang putih jadi kuning keemasan nanti ia pahit, bila ia mula hendak kuning, terus taburkan serbuk pati ayam, goreng seketika bagi naik bau wangi terus masukkan separuh daun parsely dan daun kemangi, goreng seketika
  3. Masukkan spaghetti rebus tadi goreng hingga berpalut, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.
  4. Akhir sekali taburkan separuh potongan daun parsley dan selasih segar, masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api,
  5. Hidangkan dalam pinggan, siap untuk dimakan.

Monday, September 27, 2010

Penang Assam Laksa

Ingredients :1 lb Mackerel fish
8 cups water
5 pieces assam keping (peeled tamarind)
1 pack dried laksa noodles

Spice Paste :
12 dried red chilies (seeded)
5 fresh red chilies (seeded)
8 small shallots
2 teaspoons belacan
1 stalk lemon grass (use only the white part, about 6 inches)

Tamarind Juice :
Tamarind (about golf ball size)
1/2 cup water (repeat 3-4 times)

Seasonings :1 teaspoon salt
2 tablespoons sugar
1 teaspoon fish sauce

Garnishing :1 cucumber (julienned)
1 bunch mint leaves (use only the leaves)
1 bunch polygonum leaves/Vietnamese mint leaves (daun kesom/daun laksa)
1 bungan kantan (cut into small pieces)
1 red onion (sliced thinly)1 lettuce (thinly cut)
1 red chili/3-4 bird’s eye chilies (cut into small slices)
1 small pineapple (cut into short strips)

Condiment :
Heh Ko/Prawn Paste


Method :
Clean the fish, remove scales and guts. In a pot, bring 8 cups of water to boil. Add in the fish and boil for about 10 minutes. Transfer the cooked fish out into a bowl and let cool. Strain the fish stock, then add in the peeled tamarind, and the polygonum leaves and continue to boil in low heat.

Wet your hands constantly with a bowl of water, pick the flesh out of all the fish and discard the bones. Break the fish meat into tiny pieces and put the fish back into the stock, cover the lid, and lower the heat.
Using a mini food processor, grind the spice paste until fine. Heat up a wok and saute the spice paste with cooking oil for about 6-8 minutes or until it smells aromatic and spicy. Transfer the spice paste into the boiling stock.

Extract the tamarind juice and add it into the stock. Strain the tamarind juice and keep the seed. Repeat it 3-4 times with 1/2 cup of water each time to make sure you extract all the essence from the tamarind. Continue to taste your Assam Laksa stock to make sure it’s sour and to your liking. For seasoning, add sugar, salt, and fish sauce.
Prepare the laksa noodles by following the packaging instructions. In a serving bowl, add in the laksa noodles and garnish all vegetables on top. Pour the Assam Laksa soup into the bowl and serve immediately with a spoonful of Heh Ko/prawn paste.
Cook's Notes:
  1. For the best laksa noodles, please use Mount Elephant brand “Guilin Rice Vermicelli” (象山牌桂林濑粉) found at Asian/Vietnamese stores. (In Vietnamese, it’s called Bun Bo Hue Guilin.) It’s very smooth and exactly like the laksa noodles back home. If you are lucky, you might even find the fresh ones.
  2. For a good alternative, try LaiFen Rice Stick/中山濑粉 from Guangdong, China.
    Fresh rice noodles or laifen/濑粉 are available in Asian grocery stores, but I don’t like the texture: they are a tad too thick and not smooth enough.
  3. Canned sardines DO NOT make good Penang Assam Laksa. They make the soup base fishy and unappetizing.
  4. There is no shortcut to making great Assam Laksa, you just have to find certain freshest fish and make it from scratch.
Sources :- From rasamalaysia.com

Kuey Teow Telur Kuah

bahan-bahan
2 sanggul kuey teow kering - direbus hingga lembut, tapis, basuh dgn air sejuk, ketepikan
1 ulas bawang putih -dicincang
1/2 bawang besar sedehana besar - potong baji belah 4-5 bahagian
1/8 kobis sedikit kobis - hiris serong memanjang
1/2 carrot - potong panjang
2 biji tomato - potong baji
secekak kecil daun sup - potpng panjang
sedikit sahaja ketchup tomato
1 sk serbuk cili
sedikit sahaja oyster sauce
sedikit sahaja kicap cair
sedikit serbuk pati ayam
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit sgaram
sedikit sahaja gula dan ajinomoto
air panas mendidih secukupnya untuk dijadikan kuah
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan oyster sauce kicap cair dan serbuk pati ayam, goreng hingga naik bau wangi, terus masukan ketchup tomato goreng lagi seketika hingga naik bau wangi, taburkan serbuk cili goreng hingga secukup masak, letak bawang besar, carrot, kobis, daun sadri dan tomato goreng lagi sedikit sahaja layu, tuang kuey teow dan air panas mendidih, masak hingga mendidih, perasa dengan garam, gula, lada hitam tumbuk, ajinomoto dahulu kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji, didihkan seketika hingga telur masak, hidangkan

Laksa Asam

Bahan-bahan - sumber resipi citarasawan blogspot.com
1 kg laksa basah - ltk laksa kering- rendam, rebus, toskan, ketepikan
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas - ikut resipi asal tdk perlu kisar - * kisar bahan ini
1 batang serai di titik - ikut resipi asal cuma titik - * kisar bahan ini
1 kuntum bunga kantan di potong
2 sudu besar pes udang - * letak 2sb serbuk belacan bakar
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa


Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili api - aida letak cili serbuk secukupnya
4 tangkai cili merah(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus) - *cuma ltk serbuk cili ikut pedas

Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris
6 tangkai daun pudina
1 sudu petis udang jika suka
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua


Cara-cara :

  1. Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak. Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2.
  2. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan. Rebus hingga betul-betul mendidih
  3. Kemudian masukkan pes udang atau belacan, serbuk perasa dan garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  4. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.

Sunday, September 12, 2010

Meehon Sup

bahan A - Rebus/Renih
1000gm daging lembu
seketul besar halia - diketuk/mayang halus
6 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis air secukupnya untuk rebus daging

bahan B Rempah Sup - Blend Halus
2 sb biji rempah
2 sb lada hitam
2" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 sb jintan manis
2 sk jintan putih
2 isi biji buah pala

bahan C Tumis
1/2 bawang besar - mayang halus minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Celur & Tabur
daun bawang secukupnya- hiris halus
daun sadri dan daun ketumbar secukupnya - hiris halus
taugeh - dicelur
telur rebus secukupnya - direbus (optional)
meehoon celur secukupnya
bawang goreng secukupnya
lobak masin celur secukupnya - dicincang halus
sambal kicap cili padi secukupnya secukupnya - ditumbuk (campurann cili padi tumbuk, kicap dan gula)

bahan E
perasa secukupnya dengan sedikit garam, gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend halus semua bahan kemudian masukkan terus rempah sup ke dalam pressure cooker, tidak perlu bungkus kerana rempah itu akan jadi lembut,jika masak dalam periuk biasa sila bungkus dengan kain kasa/muslin dan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh daging masukkan terus dalam periuk boleh diletakan daging seketul begitu sahaja atau dipotong dahulu daging, masukkan terus dalam periuk dengan bungkusan sup bunjut tadi,
  3. campurkan halia ketuk atau mayang halus, buah pelaga, kulit kayu manis, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih daging guna api paling perlahan, masak sehingga daging empuk,
  4. perasa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  5. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja, jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api,
  6. buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit,
  7. hidangkan dengan bahan tabur bersama sambal kicap

Wednesday, August 11, 2010

Laksa Asam Tuna Dalam Tin

.

Bahan-bahan ( 6-7 orang makan ) - sumber resipi member mry
Laksa siap dicelur
2 tin kecil tuna chunks in brine/water/oil sebarang jenama

Bahan Kisar*
7 tangkai cili kering*
1 cm belacan*
2 biji b.putih & 1 bawang besar*
1 batang serai hiris kasar*
3-4 asam keping
1 bunga kantan belah 4 (jika suka)
daun kesum


Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Blender ikan tuna dengan air, masukkan dalam tumisan tadi. Tambah air, sesuaikan kepekatan kuah.
  3. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, garam. Biar mendidih smpai rasa bersatu.
  4. Siap dihidang. Enak dimakan dengan hirisan ulam seperti timun, bawang, cili merah, limau kasturi/nipis, daun salad, daun selom... ikut citarasa.

Sunday, June 20, 2010

Squip Ink Spaghetti

bahan A
500gm dry spaghetti

bahan B
1 pack instant squip ink sauce/cuttle fish, calamari liquid/dakwat sotong
1 ekor sotong size besar/calamari/cuttle fish
1 can whole tomato or 2 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - potong dadu
4 sausage - potong
1 pack mushroom
1 kiub ayam
2 cili kering - kepak 2
sedikt lada hitam garam secukupnya
telur rebus secukupnya
sweet basli leave/daun selasih, kemangi - potong
oregano
olive oil secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
  1. Didihkan air hingga mendidih, rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mesti rebus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, orang italy pun rebus macam itu, bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, banyak pun tak apa buat kulit cantik,back to masak, masukkan bawang putih dahulu diikuti bawang besar dadu & cili kering goreng hingga harum, naik bau dan kekuningan,
  3. taburkan kiub ayam goreng seketika hingga bau harum, tuangkan squip ink liquid kacau hingga naik minyak
  4. campurkan cendawan, goreng sedikit layu, masukkan pula tomato dalam tin atau segar, tambah lada hitam, garam dan oregano, separuh sweet basali gaul rata, masak hingga pekat, masukkan pula sotong, gaul rata, jgn masak sotong terlalu lama nanti keras
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan
  6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potongan telur, susun dalam pinggan hidangan, siap untuk dimakan.

Monday, May 10, 2010

Mushroom & Tomato Spaghetti


bahan A - rebus
500gm spaghetti - rebus ikut extended yang dikehendaki, toskan
3 telur - direbus (optional)

bahan B - Oregano Mushroom Tomato Sauce For Spaghetti
1 can whole tomato + 1/2 can air
2-3 ulas bawang putih - cincang
1/3 bawang besar - potong dadu
1 cili kering - potong
1 pack mushroom
curly parsley secukupnya - cincang
sedikit dried oregano
lada hitam tumbuk - secukupnya
garam secukup rasa
olive oil or minyak masak secukupnya untuk menumis


cara-cara
panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng bawang putih cincang, cili kering, curly parsley hingga sedikit kekuningan danbau harum, masukkan pula bawang besar goreng lagi hingga naik bau harum, masukkan mushroom goreng sedikit layu, taburkan garam, lada hitam dan oregano goreng seketika, masukkan whole tomato dan air, masak hingga sederhana pekat, lebih elok dalam masa yang sama masak spaghetti sauce dan rebus spaghetti + telur hingga secukup masak, toskan tuang terus dalam sauce spaghetti yang telah dimasak tadi, gaul rata, hidangkan dengan telur rebus yang telah dibuang kulitnya

Monday, May 3, 2010

Kari Mee Goreng

bahan-bahan
500gm mee kuning or meehon or kuey tieow
200gm isi udang segar
1-2 biji telur masak hancur (optional)
sawi (optional)
taugeh (optional)
tauhu goreng (optional)
kobis secukupnya - potong serong
carrot - potong panjang
daun bawang - potong
1/4 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sb serbuk kari ikan + 1sk serbuk cili or cili kering blend basah (optional - jika suka pedas sila letak serbuk cili/cili blend)
sedikit kiub ayam, sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka, garam, gula dan ajinomoto - secukup rasa
minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau harum, masukkan serbuk kari + serbuk cili dan sedikit sahaja air masak hingga pecah minyak, masukkan sedikit kuib ayam, sos tomato, sos tiram, sedikit cuka dan kicap masak hingga pecah minyak, masukkan udang, carrot, mee kuning goreng hingga secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, hidangkan tabur dengan sedikit daun bawang

Saturday, March 20, 2010

Gratin

Bahan A - Rebus
500gm italian macaroni – rebus dalam air mendidih, ikut extended yang dikehendaki
Bahan B - Potong & Tumis
2 sausage chicken or beef – potong bulat, jgn terlalu nipis
1 biji bawang besar – mayang jangan terlalu nipis
3 ulas bawang putih –dicincang
3 eryngii/pleurotus mushroom - potong
150gm isi udang or isi ayam - potong
1/4 pack enoki/needle mushroom
garam, ajinomoto & grind black pepper - secukup rasa
olive oil, mentega atau minyak masak
Homemade White Sauce
Bahan C
100gm butter
50gm tepung gandum
335 ml thick soya bean milk without sugar + 335 ml susu segar + 335 ml fresh cream
garam & crush black pepper - secukup rasa

Bahan D - Tabur
1 keping roti putih - blend jadikan serbuk roti/bread crumb
mozarella cheese- tak letak pun ok
1/4 pack enoki/needle mushroom - tak letak pun ok
Cara-cara

  1. Bahan A - Rebus penne macaroni dalam air mendidih selama 12 minit atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, saya suka rebus keras kerana orang italy pun suka rebus macam itu., bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan
  2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, diikuti sausage kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu mushroom, udang, salt & pepper secukupnya, biar mushroom layu sedikit sahaja,tutup api dan ketepikan
  3. Bahan C - Buka api, terus letak butter dalam kuali/ frying pan, biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk/pemukul telur, kacau rata lebih kurang sedikit berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur, hingga habis, masukkan pula salt & pepper, bila ia pekat sikit sahaja, tuangkan pula bahan B yang telah dimasak tadi kacau rata diikuti dengan bahan A yang telah direbus tadi kacau rata, masak 1-2 minit pun boleh, jika tidak masak pun boleh, gaul rata, tuangkan kesemua bahan masak tadi ke dalam tin pembakar yang dilapis dengan tracing pepper/baking paper, jika guna non stick baking pan tidak perlu baking paper or bekas kaca, casserole
  4. Bahan D – Tabur semua sebuk roti diatas keseluruhan permukaan gartin dalam tin pembakar, tabur rata cheese dan enoki/needle mushroom.
  5. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 200C, lebih kurang 15-30 minit, letak tin pembakar di tingkat No. 2 dari bawah, bakar hingga keseluruhan permukaan sebuk roti itu jadi perang, cheese melting , macam warna toast bread perang lembut, padamkan api, keluarkan dari oven, hidangankan, sesuai dimakan ketika panas sahaja

Thursday, March 18, 2010

Nampla Sauce Meehon Goreng


bahan-bahan
2 keping meehon kering - rendam dalam air hingga lembut
1 genggam isi udang
1/2 biji bawang - mayang tebal
1 carrot - mayang memanjang
1 ikat sawi - potong
1/8 cabbage - potong serong
2-3 ulas bawang putih - cincang
1-2 sb cili serbuk
oyster sauce, ketchup, nampla sauce secukupnya
minyak untuk menums secukupnya

cara-cara
panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih hingga bau harum, masukkan oyster sauce secukupnya, goreng seketika biar ia naik bau wangi lagi, masukkan ketchup secukupnya, cili serbuk goreng seketika hingga cili cukup masak, masukkan bawang besar, goreng hingga bawang layu, masukkan pula isi udang , goreng seketika diikuti meehon goreng hingga cukup masak, taburkan carrot, cabbage dan sawi goreng hingga sedikit layu, tuang nampla sauce secukupnya gaul rata meehon hingga terasa secukup garam, tutup api, hidangkan

Wednesday, March 17, 2010

Mee Goreng Tofu, Telur & Sayur- Sayuran



bahan-bahan
500gm mee kuning
250gm taugeh
1 ikat sawi - potong
1 carrot - mayang panjang
1 keping tofu goreng - potong panjang
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 sb cili serbuk
oyster sauce, ketchup, soy sauce secukupnya
2 biji telur - buat telur masak hancur, ketepikan
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
panaskan minyak secukupnya buat telur masak hancur, ketepikan, guna kuali sama panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih bagi ia naik bau harum, tuang oyster sauce, soy sauce, goreng seketika bagi ai naik nbau harum lagi, tuang pula ketchup dan cili serbuk, goreng hingga cili masak, masukkan mee gaul rata dan goreng hingga mee itu masak, diikuti tofu goreng, carrot, sawi dan taugeh, goreng lagi kesemua bahan sedikit layu 1 minit, masukkan telur, goreng lagi 1-2 minit, tutup api dan hidangkan

Friday, March 12, 2010

Garlic Clams Spaghetti

bahan-bahan
300gm dry spaghetti
300gm fresh clams family siput lala - basuh, ketepikan
4 ulas bawang putih - cincang
1 cili kering - patah dua
lada hitam - baru ditumbuk, secukupnya
daun selasih/basli atau kemangi - jenis segar atau kering - secukupnya (saya guna jenis kering)
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menumis

cara-cara
  1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mestilah direbus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, Bila dah masak, masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih cincang ,cili kering, goreng hingga naik bau dan sedikit kekuningan
  3. Masukkan clams masak hingga ia terbuka 2-3 biji , masukkan spaghetti goreng hingga clams masak terbuka, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.
  4. Akhir sekali taburkan separuh potongan daun selasih jenis segar atau jenis kering masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan
  5. Hidangkan dalam pinggan dan siap untuk dimakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails