Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Rendang Udang

bahan A
1 kg udang size besar - tidak perlu siang, cuma basuh besih dan toskan, ketepikan

bahan B blend halus
31 biji cili kering - potong, basuh, ketepikan
9 batang serai size besar - hiris halus, ketepikan
2 biji bawang besar size sederhana - potong,  ketepikan
7 ulas bawang putih - potong, ketepikan
seketul besar lengkuas - size segenggam paling besar - potong, ketepikan
segenggam kecil halia - kikis,potong, ketepikan
sedikit air untuk blend

bahan C
1tin santan kelapa dalam tin
2-3 helai daun kunyit - basuh, hiris halus, ketepikan
lebihan separuh serai bahagian ujung - ketuk, ketepikan
2 keping asam gelugur
minyak secukupnya untuk menumis
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

cara-cara

  1. cili kering,  basuh, letak sikit air ke dalammnya, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 5 minit, basuh, toskan, ambil cili buang biji yang tertinggal dalam penapis atau rebus cili dengan  air seckupnya hingga kembang dan lembut, basuh, toskan, asingkan cili dan bijinya dalam penapis, ketepikan,
  2. potong bawang dan bawang putih, hiris nipis lengkuas dan halia , mayang halus serai, masukkan semua bahan dalam blender, letak sedikit air, blend halus, masukan cili blend hingga halus, ketepikan 
  3. tuang minyak secukupnya, tumis bahan blend, serbuk kunyit, asam gelugur hingga naik bau wangi, suaikan rasa dengan garam, gula dan ajinomoto, goreng lagi hingga keluar minyak atau pecah minyak serta cili masak secukupnya, seelok-eloknya tutup kuali atau periuk menumis supaya minyak tidak memercik keluar 
  4. masukkan santan, daun kunyit hiris, lebihan serai ketuk, tutup tudung kuali atau periuk masak santan hingga mendidih dan mula naik minyaknya, tuangkan udang, kacau sikit, tutup balik dengan tudung kuali atau periuk, masak seketika udang hingga  kuah rendang  pecah minyak, sedia untuk dihidangkan 

Wednesday, August 24, 2011

Taufu Masak Kicap

bahan-bahan
2 ketul taufu sekeping ukuran sejengkal - di potong dan digoreng
1/4 bawang besar - potong
1 bawang putih - diketuk
1 cili merah segar - potong
1 cili hijau segar - potong
1 ikat kecil sohun - rendam dalam air hingga lembut, basuh, ketepikan
secekak kecil daun bawang - potong (optional)
kicap secukupnya
sejemputikan ikan bilis yang telah dikupas - basuh, ketepikan
sedikit garam, gula dan ajinomoto sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

cara-cara
potong taufu, goreng, ketepikan, tuaang minyak secukupnya tumis bawang putih bila naik bau, masukkan bawang, cili dan ikan bilis, goreng hingga naik bau wangi, masukan sohun dan  kicap,  goreng seketika, tuang air secukupnya, masukan taufu goreng, sedikit garam, gula dan ajinomoto goreng hingga sohun dan taufu secukup masak sederhana kering, masukan daun bawang masak seketika, tutup api,  hidangkan    

Friday, August 19, 2011

Udang Goreng Garam Kunyit

bahan-bahan
udang segar secukupnya
bawang besar secukupnya - potong
halia secukupnya - potong
bawang putih secukupnya - potong
tomato secukupnya - potong
cili hijau segar secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
garam kunyitkan udang, panaskan minyak, tumis semua bahan-bahan hingga naik bau wangi, kemudian masukan udang goreng secukup masak, masukan tomato, goreng seketika, hidangkan  tomato

Sunday, August 7, 2011

Tiram Masak Lemak

bahan-bahan 
500gm isi tiram segar
1 pack kecil santan - jadikan 1 cawan santan pekat
1 instant rebung rebus - basuh, potong nipis
1/2" kunyit hidup 
13 cili padi hijau  jenis besar - ikut pedas
1/4 bawang besar 
sejemput gula  
sedikit garam
1 batang serai - diketuk
1 cawan air - blend dengan bahan blend

cara-cara
 blend  kasar bawang, cili padi dan kunyit hidup dengan 1 cawan air, tuang dalam periuk, masukkan rebung dan gula ,  rebus hingga hilang bau maung dan pedas cili berkurangan, masukkan serai, rebus seketika, masukkan isi tiram dan garam rebus lagi seketika hingga setengah masak, masukkan santan  timbuk-timbukkan santan masak hingga santan mendidih,  hidangkan  

Thursday, August 4, 2011

Sambal Goreng Petai Dengan Udang

bahan-bahan
1 kg udang size sederhana besar
8 tangkai petai segar, dikupas dan direbus dengan air
17-20 cili merah segar (seeloknya guna cili merah jenis pedas, kalau kurang pedas boleh tambah beberapa biji padi atau cili kering)
2  bawang besar
300ml pati santan pekat
sejemput asam jawa - jadikan air asam jawa secukupnya
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis

cara-cara
siang udang cuma potong muncungnya sedikit sahaja dengan janggutnya. Belah, kupas petai kemudian rebus petai dengan air secukupnya, jangan dibuang airnya digunakan untuk masak kuah. Blender kasar cili merah, bawang besar dan belacan, Tumis bahan blend hingga hingga naik bau harum, terus tuangkan gula, air asam jawa, gula,  masak hingga cili secukup masak dan pecah minyak, masukkan isi petai goreng seketika, tuang air rebusan petai, didihkan seketika,  masukkan udang  masak  separuh masak, tuangkan pati santan pekat timbuk-timbukan santan hingga mendidih dan udang masak, persa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, hidangkan  

Sunday, July 10, 2011

Udang Masam Manis

bahan-bahan
300gm isi udang
tepung jagung secukupnya - utk salut udang
*2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
*halia sebesar ibu jari - tumbuk @ cincang
bawang besar secukupnya - potong
cili hijau secukupnya - potong
 sos tomato secukupnya
sedikit thailand sweet chili sauce
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
salut udang dengan tepung jagung, tuang sedikit minyak ke dalam kuali bila ia mula panas masukkan udang, balikan goreng seketika, toskan. terus angkat, ketepikan,  tuang lagi  sedikit minyak  tumis bahan tumbuk @ cincang tadi hingga naik bau harum, tuang sos tomato, goreng seketika, tuang pula sweet chili sauce, goreng lagi seketika, masukkan bawang besar dan cili hijau potong , goreng seketika dan agak bila ia mula layu, masukan udang, kacau dan masak seketika,  hidangkan.

Saturday, July 9, 2011

Sambal Tumis Sotong Dengan Serai

bahan-bahan
8 ekor sotong size paling besar - siang, basuh, potong, toskan, ketepikan
*cili kering secukupnya -  ikut pedas  - rendam dalam air/air panas, basuh, toskan
*bawang putih secukupnya
asam jawa secukupnya - utk  jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
*bawang bawang besar secukupnya
2-3 batang serai - dititik
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
blend bahan bertanda * dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, masukkan serai, goreng lagi hingga  pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih dan sederhana pekat, masukkan pula sotong masak hingga masak tetapi jangan terlalu lama nanti ia keras, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

Friday, May 27, 2011

Siput Lala Rebus Dengan Daun Kunyit & Serai

bahan-bahan
1 kilo siput lala - basuh dan ketepikan
1 serai -  diketuk
1 daun kunyit - dikoyak2kan
1 cili merah atau hijau - potong serong
1 keping asam gelugur
1/4 bawang besar - potong nipis
air secukupnya
garam secukup rasa

cara-cara
rebus air secukupnya bersama daun kunyit, serai, bawang , cili , asam gelugur dan garam hingga mendidih, tuangkan siput lala kacau hingga mendidih, bila ia mula terbuka, tutup api, hidangkan   

Thursday, May 26, 2011

Masak Lemak Siput

bahan-bahan
isi siput secukupnya
1 pack kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan pekat/pati santan - 1 cawan
* cili padi ikut pedas  - blend
*1/4 bawang besar size sederhana - blend
serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - hiris nipis
1 tomato -  potong, optional
garam, gula secukup rasa

cara-cara
Blend semua bahan bertanda* kemudian tuang bahan blend tadi dalam periuk, masukkan serbuk kunyit secukupnya, isi siput, santan, daun kunyit hiris dan serai  yang telah diketuk, rebus atau renih dengan api sederhana perlahan dan timbuk-timbukan santan supaya ia tidak meruap, masukkan tomato, daun kunyit hiris sedikit gula serta garam timbuk lagi hingga ia mendidih, tutup api, hidang dengan nasi panas

Friday, April 1, 2011

Butter Prawns

bahan-bahan
600 gm udang segar size besar
2 sb minyak bijan @ minyak masak
1 sk garam
1 sk gula
3 sb butter
1 biji kuning telur
5 biji cili burung (ikut suka dipotong atau guna sebiji)
3-4 pelepah daun kari
6 ulas bawang putih (dicincang)
1-3 s/b susu cair evaporated milk @ santan pekat @ susu segar @ fresh cream
sedikit lada hitam
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara

  1. Udang digunakan seekor-ekor jangan dibuang kulit atau  disiang, basuh sahaja, keringkan airnya dalam penapis kemudia marinate dengan minyak, gula, dan garam, kacau sedikit peram selama 1/2 jam.
  2. Cincang bawang putih, hiris cili jika suka, kalau tidak guna sebiji2 cili burung.
  3.  Panaskan kuali bersama sedikit minyak masukkan udang balik2kan udang sebelah2 ke sebelah goreng udang setengah masak selama 1-2 minit kemudian kemudian keluarkan udang dalam kuali,  Basuh kuali yang sama jika tiada kuali lain, jika guna kuali yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu dikhuatiri nanti tak jadi butter prawns yang diidam-idamkan, jadi sila ikut peraturan.
  4. Guna kuali yang lain dengan menggunakan api yang perlahan masukkan butter biar ia cair sedikit kemudian masukkan kuning telur, kacau ia sehingga berbuih sehingga sedikit sahaja kekuningan , masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari, masak sampai bawang putih naik bau, masukkan udang balik2kan hingga udang masak, masukkan susu cair, sedikit lada hitam dan ajinomoto jika perlu.
  5. Ikut citarasa masing2 terpulanglah samaada butter prawns jenis berkuah atau kering, ikutkan ikut resipi sebenar ia kering dan sedikit berhampas macam hampas kelapa atau serbuk nestum  

Tuesday, March 29, 2011

Sweet & Sour II


 bahan-bahan
300gm isi udang
*3 cili merah segar- tumbuk @ cincang
*2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
*halia sebesar ibu jari
1/2 bawang besar - potong
1 tomato - potong
sos tomato secukupnya
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa
1-2 sk tepung jagung - jadikan sedikit air tepung jagung
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
 tumbuk atau kisar bahan yang bertanda *dan campurkan semua bahan-bahan kecuali buah tomato, bawang besar & udang, panaskan sedikit minyak  tumis bahan campuran tadi hingga naik bau harum dan secukup masak,  masukan bawang, udang  goreng hingga separuh masak, tuang sedikit air tepung jagung dan bila ia mula mendidih masukkan pula buah tomato goreng hingga sedikit layu, rasa dulu cukup rasa garam & masam manis, sekiranya perlu perasa dengan sedikit garam, gula atau cuka lagi,  hidangkan.

Kerabu Sotong Mudah

dari dapur saya hari ini, sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja

bahan-bahan
300gm instant sotong rebus - potong
1-2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
cili padi secukupnya - tumbuk @ cincang 1 tomato - potong
1/8 @ 1/4 lettuce - potong
1/4 timun @ 1 timun jepun - potong
2 sb nampla sauce
2 sb soft brown sugar - ikut manis
1/2 biji lemon atau limau nipis - perah jusnya ikut masam
sedikit kacang tanah goreng - tumbuk @ cincang
sedikit garam

cara-cara
letak semua bahan tumbuk kecuali kacang tanah ke dalam besin yang sesuai, taburkan soft brown sugar, tuang pula nampla sauce diikuti lemon jus, gaul rata, masukkan sotong, gaul lagi, masukkan sayuran lettuce, timun dan tomato serta kacang tanah tumbuk gaul rata lagi, rasa dulu, jika perlu letakkan sedikit garam, suaikan rasa dan hidangkan

Friday, February 18, 2011

Sweet & Sour Shrimps I

bahan-bahan
300gm instant isi udang udang rebus - buang kulit, ketepikan
1 biji bawang besar - potong
1 biji capsicum hijau - potong
2 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang
1/2 caw sos tomato
air panas mendidih secukupnya utk dijadikan kuah
sedikit garam
sedikit lada hitam tumbuk
minyak untuk menumis secukupnya

cara-carapanaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & halia cincang, hingga naik bau dan sedikit kekuningan, tuang sos tomato goreng lagi hingga naik minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau masak sedikit layu, masukkan udang rebus yang telah dibuang kulit tadi, perasa dengan garam dan sedikit lada hitam tumbuk, goreng seketika, tuang air panas yang baru mendidih mendidih, didikan kuahnya sehingga mendidih, tutup api, hidangkan

Tuesday, February 8, 2011

Kari Sotong

bahan-bahan
500gm sotong segar
300gm ubi kentang
1 biji kelapa parut - jadikan pati santan & santan cair secukupnya @ 1 paket kecil serbuk santan
halia, bawang putih, bawang merah - dimayang
rempah kari ikan 1 paket kecil + 1 st serbuk jintan manis
1 keping asam gelugur/asam keping
garam, gula dan ajinimoto secukup rasa
minyak untuk menumis

cara-cara
Tumis halia, bawang putih, dan bawang merah hingga kuning keemasan, masukkan rempah kari ikan + serbuk jintan manis dengan sedikit air, masak rempah hingga ia betul-betul masak dan pecah minyak, tuangkan santan cair diikuti dengan kentang dan asam gelugor, rebus kentang hingga lembut dan empuk, masukkan sotong dan pati santan jangan rebus sotong terlalu lama nanti ia keras agak-agaklah, perasa dengan garam gula dan ajinomoto, masak hingga kuah sederhana pekat dan hidangkan bersama nasi panas

Wednesday, February 2, 2011

Sambal Tumis Udang Serai & Santan

bahan-bahan
500gm udang segar - siang, basuh, potong, toskan, ketepikan
*segenggam cili kering - ikut pedas - basuh rendam dalam air/air panas, basuh, toskan
*1 biji bawang besar size sederhana
*2-3 ulas bawang putih
sejemput asam jawa - jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya
1/4 cawan pati santan
2 batang serai - diketuk

cara-cara
*blend halus cili kering bersama bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, masukkan serai, goreng lagi hingga pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih dan pekat, masukkan pati santan dan udang masak hingga secukup masak tetapi jangan terlalu lama nanti ia keras, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

Wednesday, January 5, 2011

Sambal Tumis Sotong Cili Padi

bahan A
1 kg sotong size kecil - siang, bersihkan, toskan, ketepikan

bahan B tumbuk, blend atau cincang
segenggam cili padi merah
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih

bahan C
sedikit air asam jawa pekat
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis


cara-cara
  1. siang sotong keluarka tulangnya, buang isi perut dari kepalanya, bersihkan dan bilas dengan air hingga bersih, toskan, ketepikan
  2. tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi dengan lesung batu atau blend tanpa air jadikan ia paste atau boleh juga dicincang halus
  3. tuang minyak secukupnya,tumis dan goreng bahan paste tadi bersama sedikit air asam jawa pekat dan sedikit gula hingga naik bau wangi masak hingga ia betul-betul kering
  4. masukkan sotong, tidak perlu letak air langsung kerana sotong tersebuat akan mengeluarkan air yang begitu banyak sekali goreng hingga secukup masak, pekat dan kering
  5. perasakan sambal sotong dengan garam secukupnya
  6. masak seketika, tutup api
  7. hidangkan

Wednesday, December 8, 2010

Kekapis Goreng Garam Kunyit

 bahan-bahan
500gm isi scallops/kekapis segar
2 ulas bawang putih - dimayang halus
4cm ketulan halia - dimayang halus memanjang
1 biji bawang besar - dipotong
2 biji cili hijau - dihiris serong memanjang
1/2 biji capsicum kuning - potong
4-5 biji cili padi
1 sb cuka
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit crush lada hitam

cara-cara
basuh scallops, toskan, garam kunyitkan scallops secukup rasa, tuang sedikit minyak, goreng seketika, kuis ketepi kuali, tuang sedikit minyak lagi, tumis bawang putih, halia, bawang besar, cili hijau, capsicum kuning dan cili padi hingga naik bau wangi terus kacau dengan scallops tadi masak hingga kering dan secukup masak, tuang cuka, perasa dengan crush lada hitam, jika perlu perasa balik dengan garam, goreng seketika, hidangkan

Tuesday, December 7, 2010

Sweet & Sour Prawns

bahan-bahan
300gm isi udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, angkat, ketepikan
1 biji bawang besar - potong
5 biji cili muda - potong
2 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang
1 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1 sb soft brown sugar
1/2 caw ketchup tomato/sos tomato
1/2 caw chili sauce/sos cili padi - saya buat sendiri
1 sb madu lebah (optional)
1 sk tepung jagung + sedikit air sedikit black pepper sedikit garam tepung jagung secukupnya untuk salut udang minyak untuk menumis secukupnya
sedikit saseme oil/minyak bijan (optional)
sedikit bijan goreng tanpa minyak (optional)

cara-cara
  1. udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, ketepikan
  2. tumis bawang putih & halia cincang, hingga naik bau dan sedikit kekuningan
  3. curahkan oyster sauce & kicap cair goreng seketika biar ia naik bau sikit,
  4. masukkan soft brown sugar & madu , sos tomato & sos cili goreng lagi hingga naik minyak ,
  5. masukkan bawang besar masak sedikit layu diikuti cili hijau masak bagi sikit layu,
  6. tuangkan sedikit air tepung jagung dengan sedikit air suam secukupnya, masukkan udang yang telah digoreng tadi dengan sedikit sahaja lagi crush black pepper, gaul rata, tuang beberapa titik minyak bijan goreng lagi 1-2 minit, tutup api
  7. hidangkan, taburkan sedikit bijan sedia utuk dimakan dengan nasi panas

Monday, August 23, 2010

Sotong Goreng Berempah

 bahan-bahan
2 ekor sotong size xl paling besar angaran sekilo
1 putih telur - pukul sikit
1 pack kecil tepung goreng ayam
3 sudu besar sebuk kari ikan + 1/2 sk lada hitam tumbuk
3 ulas bawang putih - disagat/tumbuk
1/4 biji bwang besar - disagat/tumbuk
seketul halia sebesar ibu jari - disagat/tumbuk
2-3 pelepah daun kari (saya tdk ltk daun kari krn tdk ada)
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
siang sotong, basuh bersih, keringkan dengan kitchen towel/kitchen tissue paper, gaul sotong dengan bahan sagat/tumbuk tadi, gaul pula dengan telur, taburkan serbuk kari, lada hitam tumbuk, gaul lagi, letak1/4 tepung goreng ayam dalam container atau plastick bersih, letak sotong, tuang lagi 1/4 tepung yang sama, tutup container atau kilas plastick yang berisi angin, goncang-goncangkan hingga ia berpalut dsn terelai satu persatu, jika ia masih lagi melekat antara satu sama lain, taburkan tepung lagi, goncang lagi hingga ia bersalut tepung satu persatu, panaskan minyak secukupnya, goreng hingga masak, taburkan daun kari, goreng lagi hingga secukup masak, angkat dan hidangkan.

Friday, June 11, 2010

Sambal Tumis Sotong

bahan-bahan
2 ekor sotong size paling besar - siang, basuh, potong, toskan, ketepikan
17 biji cili kering - rendam dalam air/air panas, basuh, toskan, bergantung pada kepedasan cili, ikut suka
1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih secukupnya
sejemput asam jawa jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
1/2 biji bawang besar - potong nipis
minyak untuk menumis secukupnya

cara-carablend halus cili kering, 1/2 bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih dan sederhana pekat, mauskkan bawang goreng seketika, masukkan pula sotong masak hingga masak tetapi jangan terlalu lama nanti ia keras, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails