Wednesday, January 5, 2011

Sambal Tumis Sotong Cili Padi

bahan A
1 kg sotong size kecil - siang, bersihkan, toskan, ketepikan

bahan B tumbuk, blend atau cincang
segenggam cili padi merah
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih

bahan C
sedikit air asam jawa pekat
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis


cara-cara
  1. siang sotong keluarka tulangnya, buang isi perut dari kepalanya, bersihkan dan bilas dengan air hingga bersih, toskan, ketepikan
  2. tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi dengan lesung batu atau blend tanpa air jadikan ia paste atau boleh juga dicincang halus
  3. tuang minyak secukupnya,tumis dan goreng bahan paste tadi bersama sedikit air asam jawa pekat dan sedikit gula hingga naik bau wangi masak hingga ia betul-betul kering
  4. masukkan sotong, tidak perlu letak air langsung kerana sotong tersebuat akan mengeluarkan air yang begitu banyak sekali goreng hingga secukup masak, pekat dan kering
  5. perasakan sambal sotong dengan garam secukupnya
  6. masak seketika, tutup api
  7. hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails