Thursday, January 27, 2011

Paru Berempah

bahan A - direbus
500gm paru lembu - potong nipis, basuh hingga bersih, toskan, ketepikan
2 sb madu
1 sb cuka
1 sk garam
1 sb kicap
500ml air untuk rebus paru
bahan B - tumbuk halus
1 bawang besar
halia sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih

bahan C
cili blend - ikut pedas
2 batang serai - diketuk
2 sb serbuk kari daging
minyak secukupnya untuk menumis

cara-cara

  1. Rebus paru dengan air sampai ia masak, kemudian masukkan madu, kicap cair, cuka & garam rebus hingga lembut dan empuk sepenuhnya, jika perlu masukkan lagi sedikit air untuk merebus paru sampai empuk serta airnya meresap kering didalamnya atau lebih kurang kering dan berkuah pekat sedikit, jangan dibuang airnya, ketepikan
  2. Tuang minyak secukupnya untuk tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau harum, masukkan cili blend dan serbuk kari, goreng hingga ia secukup masak dan pecah minyak, masukkan paru yang telah direbus tadi terus masukkan serai yang telah diketuk, masak hingga secukup masak dan kering, padamkan api, kalau suka boleh juga masukkan daun ketumbar, kacau seketika dan hidangkan segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails