Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Ayam Goreng Salut Tepung

bahan-bahan (menghasilkan 14 ketul ayam goreng)
7 pcs chicken legs @ peha ayam - basuh, keringkan & potong, ketepikan
2 kotak all purpose seasoned flour @  tepung kentucky - guna evergreen brand
2 biji putih telur - pukul sedikit
minyak menggoreng secukupnya

cara-cara
basuh ayam, lap dan kerigkan dengan kitchen paper atau kitchen tissue paper,  celup ayam dalam putih telur, tuang semua tepung kentucky dalam plastik,letak ketulan ayam, pulas plastik goncang-goncangkan hingga ayam salut tepung atau letak separuh tepung dalam container, susun ketulan ayam, tabur lagi  tepung diatas keseluruhan ketulan ayam hingga habis, tutup container, goncang-goncangkan hingga  bersalut sepenuhnya, panaskan minyak, goreng ayam dengan api sederhana perlahan, alih-alihkan,  tutup dengan tudung frying pan, alih-alihkan, tutup lagi dengan tudung frying pan alihkan tutup lagi, masak lagi hingga kuning keemasan dan secukup masak,  hidangkan

Monday, September 12, 2011

Ayam Masak Merah

bahan-bahan 
1 ekor ayam  - potong, basuh, garam kunyitkan ayam, goreng dlm minyak penuh,  ketepikan
7 cili merah segar - ikut pedas - tumbuk
7 cili kering sebuku halia sebesar ibu jari kaki  - tumbuk
1 biji bawang besar - tumbuk
4-5 ulas bawang putih - tumbuk
2 sb serbuk rempah kosong - aida letak  4sb biji rempah - tumbuk
2 sb jintan manis - tumbuk
2 sk jintan putih blend halus  - tumbuk
1 sk biji lada hitam - tumbuk
1-2 cawan sos tomato
1/2" kulit kayu manis
4-5 kuntum bunga cengkih
4-5 buah pelaga
2-3 genggam kacang peas segar - rebus dlm air hingga masak & keras, toskan, ketepikan
1 cawan pati santan
sedikit kacang tanah goreng tanpa minyak - buang kulit, tumbuk, ketepikan
sedikit garam
sedikit gula
1 senduk minyak masak untuk menumis

cara-cara
  1. ayam potong, basuh, toskan, garam kunyitkan ayam secukupnya, goreng ayam masak dalam minyak penuh ketepikan 
  2. basuh blend atau tumbuk halus biji rempah, jintan manis, jintan putih dan lada hitam,  ketepikan
  3. tumbuk atau blend bawang putih, bawang besar, halia,cili merah dan cili kering ketepikan
  4. panaskan minyak secukupnya  tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga garing masukan kesemua bahan tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia goreng lagi bagi garing, masukkan rempah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi masak hingga garing, masukkan pati santan, tomato sos, kacang tanah, garam dan gula  
  5. masukkan ayam yang telah digoreng tadi, masak seketika, taburkan kacang peas yang telah direbus tadi masak seketika, hingga sederhana pekat atau pekat, hidangkan  

Sunday, August 7, 2011

Kari Ayam

bahan A
560gm isi ayam atau ayam yang telah dipotong - bersihkan, toskan dalam penapis
300gm ubi kentang kentang - kupas kulit, belah dua
1 pack kecil santan - jadikan 1 cawan santan pekat
1 pokok daun sup atau 1 pokok daun ketumbar - potong halus
1 keping asam gelugur

bahan B paste tumbuk halus
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia muda
1 sb jintan putih
1 sb lada hitam - tumbuk halus untuk diperap bersama ayam sahaja
garam dan ajinomoto secukup rasa


bahan C tumis
*2-3 batang kulit kayu manis
*3-4 kuntum bunga lawang
*7 kuntum bunga cengkih
*7 biji buah pelaga
minyak secukupnya untuk menumis
1 caw sederhana besar rempah kari daging babas
air secukupnya untuk tumis rempah

cara-cara
  1. Masukkan separuh bahan B yang telah dtumbuk halus ke dalam isi atau ketulan ayam yang telah dipotong, perap seberapa ketika yang boleh lebih kurang 30 minit - 1 jam dan separuh lagi paste tumbuk itu untuk menumis
  2. Panaskan minyak, sedikan bahan C, basuh dan masukkan bahan yang bertanda * kemudian tumis hingga ia berbau wangi, masukkan separuh lagi bahan B yang tumbuk tadi ,tumis hingga kuning keemasan, tutup api, campurkan serbuk rempah kari dan gaul rata lebih kurang 1 minit, masukkan pula air secukupnya, nyalakan balik api, kacau rempah hingga masak, pecah minyak dan berbau harum, masukkan ayam, ubi kentang dan asam gelugur goreng lagi selama 10-15 minit, tuangkan santan secukupnya dan kacau rata, masak hingga ayam dan kentang empuk serta kuahnya sederhana pekat, taburkan daun sup atau daun ketumbar, kacau seketika, tutup api, hidangkan 

Thursday, August 4, 2011

Sup Ayam

bahan A - Rebus @ Renih
500gm ayam - potong, basuh, toskan, ketepikan
seketul halia sebesar ibu jari - diketuk @ dimayang halus
2-3 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis
air secukupnya untuk rebus ayam

bahan B - Blend Kasar  @ Tumbuk Kasar
1 sk biji rempah
1 sb lada hitam
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkih
2-3 biji buah pelaga
1 sb jintan manis
1 sk jintan putih
1 isi biji buah pala
kain kasa/muslin + benang putih - untuk bungkus & ikat bahan blend

bahan C - Tumis
bawang merah atau 1/4 bawang besar - mayang nipis
minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Untuk Tabur
secukupnya daun bawang - hiris halus
secukupnya daun sadri dan daun ketumbar - hiris halus

bahan E
garam
gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend kasars emua bahan kemudian bungkus rempah sup bunjut dengan kain kasa atau muslin, ikat dengan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh ayam kemudian potong, masukkan terus dalam periuk dan bungkusan sup bunjut tadi dan juga garam, campurkan halia ketuk atau halia mayang halus, buah pelaga, kulit kayu manis, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih ayam guna api paling sederhana, masak sehingga ayam empuk, perasa ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  3. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja,jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api, buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit, hidangkan, tabur sedikit lagi daun sadri & daun bawang yang selebihnya sedia untuk dimakan  


Wednesday, August 3, 2011

Ayam Halia

bahan-bahan
2 ketul isi ayam bahagian dada atau peha ayam - basuh, toskan, potong nipis bersama kulitnya 
segenggam besar halia - mayang nipis & halus memanjang 
sedikit garam 
sedikit gula
sedikit lada hitam 
minyak utk menumis secukupnya 
oyster sauce secukupnya 
sedikit kicap cair 
sedikit air tepung jagung 
sedikit minyak bijan (optional)
lettuce secukupnya
nasi panas secukupnya

cara-cara 
panaskan minyak secukupnya, tumis halia hingga kuning keemasan, masukkan ayam, goreng hingga secukup masak, tuang oyster sauce secukupny goreng hingga naik bau, masukkan pula kicap cair dan lada hitam goreng lagi seketika, taburkan gula, garam dan air tepung jagung goreng lagi hingga pekat dan sederhana kering dan pecah minyak, jika suka letak beberapa titik minyak bijan gaulkan, tutup api, hidangkan bersama lettuce & nasi panas
  

Tuesday, January 18, 2011

Pedal Ayam Goreng Berempah

bahan-bahan
300gm pedal ayam - bersihkan, potong nipis, ketepikan
1 1/2 " halia sebesar - mayang halus menanjang
2 ulas bawang putih - mayang nipis
1 biji bawang besar size sederhana - potong baji
1 cili hijau - potong nipis memanjang atau serong
1/2 carrot - mayang nipis memanjang
1 biji tomato - potong baji
1 sb rempah kari ikan
1 sk garam masala
1 sk lada hitam tumbuk
1 sb oyster sauce
2 sb ketcup tomato
1 sb kicap cair jepun atau kicap
1 sb kunyit serbuk
1sk serbuk cili
1 pokok ketumbar/coriander - potong panjang
1 sb cuka
sedikit garam &
sedikit gula or ajinomoto
air secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
gaul rata pedal dengan cuka, sedikit garam, sebuk kunyit, tuang sedikit minyak dalam kuali, goreng pedal hingga cukup masak, keluarkan dari kuali, tuang lagi dalam kuali yang sama minyak tumis bawang besar, halia dan bawang putih goreng hingga naik bau wangi, masukkan oyster sauce, kicap cair, goreng seketika hingga harum tuang pula ketchup goreng lagi hingga harum, taburkan rempah kari ikan & serbuk cili, goreng 1/2-1 minit, masukkan air secukupnya & masak hingga pecah minyak dan naik bau harum, masukkan pedal ayam goreng tadi, tuang sedikit air masak pedal hingga separuh kering,taburkan carrot masak lagi hingga secukup masak dan kering, taburkan garam masala, goreng seketika, masukkan tomato dan daun ketumbar goreng sedikit layu, perasa dengan lada hitam tumbuk, sedikit gula dan garam secukup rasa, hidang panas bersama nasi panas

Monday, January 17, 2011

Chicken Meatballs Spaghetti



Chicken Meatballs
bahan A
300gm minced chicken
10gm breadcrumbs
2 sudu besar susu segar
150gm lobak putih – sagat halus, tapis, perahkan perlahan sekali sahaja isinya, ketepikan jusnya utk dibuat kuah, isi utk chicken meatballs
garam secukupnya
lada hitam tumbuk secukupnya

Meatballs Sauce
bahan B
1 can diced tomato
1 bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih –cincang halus
Minyak untuk menumis secukupnya
3 cili kering jenis kecil or 1/1/2 cili kering jenis panjang
lada hitam tumbuk secukupnya
garam secukup rasa
1 sb rata dried oregano
150gm lobak putih – kisar halus (optional) - saya letak bahan ini
sedikit air or air secukupnya utk merenih meatballs sauce
tabasco sauce secukupnya

Spaghetti
bahan C
spaghetti kering secukupnya
air utk merebus secukupnya
garam secukupnya


cara-cara
Gaul ramas breadcrumbs dan susu segar dahulu diikuti daging ayam kisar, garam, lada hitam tumbuk dan isi lobak putih kisar, gaul hingga sebati, bentukkan bulat kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak. Masukkan daging tadi. Goreng hingga daging perangan dan secukup masak, terus tuang jus lobak putih, masak hingga kering, tutup api dan ketepikan, tuang minyak dalam kuali yang sama, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering goreng hingga layu dan bau wangi, taburkan oregano kacau sedikit, terus tuang pula satu can diced tomato masak hingga pekat, perasa dengan garam, lada hitam tumbuk dan tabasco dan hidangkan, jika suka bolehlah dimasukan isi dan jus lobak putih yang telah disagat halus atau bend halus dan direbus bersama sedikit air lagi supaya lobak kisar masak secukupnya, renih hingga pekat, perasa denga garam, lada hitam tumbuk dan tabasco sauce secukupnya, sementara menanti kuahnya pekat rebus air hingga mendidih tuangkkan spaghetti secukupnya, rebus hingga masak, hidangkan segera spaghetti rebus, nasi atau roti bersama chicken meatballs tadi

Tuesday, January 11, 2011

Chicken Burgers I

bahan A
300gm minced chicken/daging ayam kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu
150gm lobak putih - disagat atau blend halus, tapis, perah sedikit keluarkan jusnya, ketepikan isinya utk burger dan *ketepikan jusnya utk kuah burger nya
2 sb fresh milk/susu segar
3sb rata bread crumbs
sedikit crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis bawang besar
1 sb japanese soy sauce
1 sb rata tepung jagung

bahan B
*lebihan air lobak putih tadi dari bahan A
1/4 cawan ketchup tomato
1sb oyster sauce
1 sb japanese soy sauce
jika perlu sedikit minyak utk goreng burger - saya tdk letak
jika perlu sedikit crush black peper - saya tdk letak

cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan
  2. masukkan daging ayam kisar + soy sauce + garam + lada hitam tumbuk dalam besen yang sesuai dan gaul dengan lobak putih sagat + campuran susu dan bread crumbs yang telah digaul rata terus gaul hingga sebati dengan bawang goreng dan minyaknya sekali , bahagi kepada 8-10 bahagian, bulat2kan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly @ bulatkan daging itu baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.
  3. Dengan menggunakan frying pan yang sama, letak sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi masak guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, terus tuang air lobak putih alih-alihkan biarkan daging masak seketika untuk beberapa minit, masukkan tomato sauce 1/4 cawan + 1sb oyster sauce + 1 sb japanese soy sauce + jika perlu letak sedikit sahaja sahaja crush black pepper, renih hingga secukup masak, balik-balikan selalu lagi hingga kuahnya pekat dan sederhana kering, angkat letak dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan dengan roti atau nasi panas

Wednesday, August 25, 2010

Ayam Goreng

bahan-bahan
2 boneless chicken leg atau mana2 part ayam yang disukai
seketul halia muda size segenggam - kikis kulitnya, sagat atau tumbuk, perah jusnya sahaja, ketepikan
sedikit lada hitam crush - pulas dgn grinder sebanyak 7 kali
1 penutup kicap cair jepun
1/4 sk rata garam
1/4 sk ajinomoto
1 cawan tepung gandum atau lebih
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
buang kulit, basuh, toskan, potong 8 isi ayam setiap sekeping besar tadi, ketepikan, letak isi ayam dalam besin selepas ditoskan, tuang jus halia, gaul rata, gaul pula dengan kicap cair jepun, letak garam & ajinomoto, perap ayam seketika 15-30 minit, ambil satu persatu ayam tadi, celup seketul-seketul dalam tepung, ulangi sebanyak 3-4 kali hingga ia tebal dan menutupi daging ayam, ulangi hingga habis, goreng dalam minyak panas, sila guna api sederhana perlahan, balik-balikkan selalu masak hingga garing dan kuning keemasan, hidangkan

Tuesday, August 24, 2010

Terung Goreng

bahan-bahan
4 biji buah terung - basuh, potong
1 keping boneless chicken leg - buang kulit, basuh, potong dadu & cincang sikit
2 spicy giant green chili (jenis paling pedas)- dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2" halia dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
1 sb minyak bijan
sejemput brown soft sugar
sedikit crush lada hitam
sedikit garam & ajinomoto - jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan kuali, tuang sedikit minyak, goreng buah terung setengah masak, keluarkan dari kuali, ketepikan, tuang lagi sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau harum, masukkan pula daging ayam, goreng lagi hingga separuh masak, masukkan pula cili hijau cincang, goreng seketika, tuang pula sos tiram dan kicap cair, soft brown sugar biar ia mendidih seketika, masukan buah terung, goreng lagi hingga kering, perasa dengan sedikit garam, ajinomoto, lada hitam, dan tuang minyak bijan, goreng seketika hingga bau minyak bijan keluar, tutup api, hidangkan

Spicy Mabo Tofu With Minched Chicken II

Ingredients
1 block silk tofu
250gm minced chicken
1-2 tbsp chopped leek or onion
2 clove garlic - chopped
1/2" ginger - chopped
1 tbsp oyster sauce
2-3 tbsp oil
200ml water
1 tbsp chicken cube powder
4 dried chili - just dry blend or 1 tsp chili powder/paprika ( I sub with 2 giant green bomb chili-minced)
1 tbsp japanese soy sauce
1 tbsp ABC thick soy sauce
2 tbs corn flour
3 tbs water little bit salt, sugar and ajinomoto (optional)
chopped spring onion (optional)
few drop sesame oil (optional)
  1. Heat the pan to a medium temperature, add the garlic and ginger, leaving until you can smell them both.
  2. Add the mince beef or chicken, and quickly stir fry.
  3. Add the chili and leek or onion and leave for 3 minutes on a low temperature.
  4. Add the water, tofu and oyster sauce, soy sauce, thick soy sauce, chicken cube powder leave for 10 minutes. Avoid stirring, so not to break the Tofu.
  5. Finally, add water to the corn flour and gently stir until thick.
  6. Add some spring onions for extra bite and colour.
  7. Enjoy!

Ayam Goreng

bahan-bahan
2 keping boneless chicken leg or any part ayam yg disukai - bersihkan, lap kering2, potong
1/4 bawang besar - disagat/ditumbuk
1 ulas bawang putih - disagat/ditumbuk
1/2" halia - disagat/ditumbuk
sedikit lada hitam tumbuk
1 telur putih - pukul sikit
tepung goreng ayam secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
gaul daging ayam dengan bahan disagat/ditumbuk bersama sedikit lada hitam tumbuk,celup seketul-seketul daging ayam dengan telur putih, celup pula dengan tepung goreng ayam. Goreng dengan api sederhana perlahan hingga garing, secukup masak dan kuning keemasan, hidangkan

Monday, August 23, 2010

Hati & Pedal Goreng


bahan-bahan
5 pasang hati ayam - basuh, garam kunyitkan sekali dengan pedal ayam
5 ketul pedal ayam - basuh, hiris nipis, garam kunyitkan sekali dengan hati ayam
seketul halia sebesar ibu jari kaki - mayang nipis memanjang
1/2 bawang besar belah 6-8 hirisan memanjang
2 ulas bawang putih - mayang nipis
2 biji giant bomb cili hijau- jenis pedas - potong serong
1/2 carrot - potong panjang
1 biji tomato - potong baji 6-8 hiris
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
1 sb cuka
sejemput soft brown sugar
sedikit ajinomoto
sedikit crush black paper - 2-3 pulas
garam secukup rasa - jika perlu (saya tdk letak )
sedikit minyakuntk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak, gorang bawang putih, halia, bawang beasr dan cili hijua hingga naik bau harum, masukkan hati dan pedal ayam, gorang lagi hingga separuh masak, masukkan soso tiram, kicap cair, soft brown sugar, sedikit ajinomoto, sedikit crush black pepper goreng lagi hingga secukup masak, mauskkan tomato, goreng hingga sedikit layu, hidangkan

Saturday, March 27, 2010

Chicken Burger

bahan-bahan
450gm ground chicken/ayam kisar -
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji telur
1/4 cawan fresh milk/susu segar
1 cawan bread crumb/2-3 keping roti gardenia - blend kasar, jika lebih, keringkan bawah cahaya matahari simpan dalam botol, tahan boleh disimpan lama bagi berbagai jenis masakan lain.
salt & crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
olive oil atau minyak masak untuk menumis dan goreng burger
5 sb ketchup/sos tomato
1 sb oyster sauce
1 caw mixed vegetables


cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan
  2. Masukkan telur dan susu dalam bekas, pukul sikit, campurkkan pula serbuk roti, kacau rata ketepikan
  3. Letakkan daging kisar dalam bekas lain, masukkan bawang yang telah di goreng tadi, dan campuran bahan serbuk roti tadi, bersama garam dan serbuk lada hitam yang telah ditumbuk tadi, gaul daging hingga mesra dan sebati, bahagi 4, bulat-bulatkan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly, bulatkan daging itu baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.
  4. Panaskan non stik fry pan dengan sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi masak guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, masukkan 1/4 caw air panas dalam frying pan tersebut alih-alihkan biarkan daging masak seketika untuk beberapa minit, balik-balikan lagi hingga airnya kering, angkat letak dalam pingan
  5. Selepas keluarkan daging burger, guna kuali yang sama dengan menggunakkan api sederhana, cepat-cepat terus tuangkan mixed vegetables goreng hingga secukup masak, tuang pula, oyster sauce, ketchup dalam sisa-sia gorengan daging dengan kuali yang sama, masak hingga secup masak, tuangkan cepat sauce nya ke atas daging burger yang telah di goreng, hidangkan dengan roti atau nasi panas

Wednesday, February 10, 2010

Ayam Masak Merah


bahan-bahan
2 keping boneless chicken tight
1 caw frozen green peas
1 biji capsicum - potong baji
1/2 biji baw besar size xl - potong baji
1 genggam halia - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1 sb cili serbuk/paprika
1 sb soft brown sugar
1 caw ketchup tomato
2 caw air
garam, ajinomoto secukup rasa
minyak secukupnya untuk goreng ayam & menumis
1-2 pokok daun sadri - dipotong (optional)

cara-cara
  1. Ayam dibersihkan, potong 8, garam dan kunyitkan, goreng hingga kuning keemasan, ketepikan
  2. Tuang miyak secukupnya ke dalam kuali yang sesuai, tumis bawang putih, halia, dan bawang besar hingga naik bau,
  3. campurkkan pula kacang peas, goreng lagi hingga naik bau harum,
  4. Letak cili serbuk, goreng seketika,
  5. tuang ketcup tomato dan taburkan soft browm sugar, goreng seketika, tuang air dan didihkan kuah seketika, masukkan ayam goreng , masak hingga separuh kering masukkan pula capsicum, garam dan ajinomoto, goreng lagi hingga kering dan bau harum, tutup api
  6. Hidangkan
  7. Jika guna kacang peas dalam tin, masukkan ia semasa letak capsicum

Tuesday, February 2, 2010

Ayam Masak Merah

 bahan A (ayam digoreng)
800gm/3 keping boneless chicken tight or leg - basuh, toskan, belah 4 or 1.2kg/1 ekor ayam - belah 12
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

bahan B ( blend halus)
10 biji cili kering - potong
1-2 batang serai - potong
1/2" halia - potong
1/4-1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
2 sb cili serbuk - tidak perlu blend
1 sb serbuk kunyit - tidak perlu blend
1 caw ketchup tomato/sos tomato - dimasukkan pertengahan menumis

bahan C
1 caw ketchup tomato/sos tomato
1 caw plain yogurt - boleh juga guna santan atau susu segar atau susu cair
1 sb honey/madu lebah
1 caw frozen kacang hijau mentah
1- 2 pokok ketumbar atau sadri - potong
gula, garam dan ajinomoto secukup rasa

bahan D (bahan tumis)
1 " kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk sedang minyak untuk menumis

cara-cara
  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam secukup rasa. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan, ketepikan
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan D hingga naik bau wangi
  3. masukkan pula bahan B tumis hingga naik bau wangi dan sedikit kekuningan
  4. tuang pula ketchup tomato goreng lagi hingga masak, garing, pecah minyak dan hingga ia betul-betul masak sepenuhnya.,
  5. taburkan frozen kacang hijau mentah, kacau lagi, masukkan madu lebah kacau lagi, tuang yogurt, kacau rata
  6. masukkan ayam goreng dan gaul rata dalam kuali, masak hingga kuahnya pecah minyak dan berpalut pada ayam goreng tadi
  7. akhir sekali perasa garam, gula dan ajinomoto secukupnya kemudian taburkan daun ketumbar atau daun sadri kacau seketika, tutup api, hidangkan

Monday, February 1, 2010

Spicy Mabo Tofu With Minched Chicken



Ingredients1 block silk tofu
250gm beef or chicken mince
1-2 tbsp chopped leek or onion
2 clove garlic - chopped
1/2" ginger - chopped
1 tbsp oyster sauce
2-3 tbsp oil
200ml water
1 tbsp chicken cube powder
4 dried chili - just dry blend or 1 tsp chili powder
1 tbsp japanese soy sauce
1 tbsp ABC thick soy sauce
2 tbs corn flour
3 tbs water
little bit salt, sugar and ajinomoto (optional)
chopped spring onion
few drop sesame oil (optional)


  1. Heat the pan to a medium temperature, add the garlic and ginger, leaving until you can smell them both.
  2. Add the mince beef or chicken, and quickly stir fry.
  3. Add the chili and leek or onion and leave for 3 minutes on a low temperature.
  4. Add the water, tofu and oyster sauce, soy sauce, thick soy sauce, chicken cube powder leave for 10 minutes. Avoid stirring, so not to break the Tofu.
  5. Finally, add water to the corn flour and gently stir until thick.
  6. Add some spring onions for extra bite and colour.
  7. Enjoy!

Wednesday, January 13, 2010

Tandoori Chicken

Ingredients
1 kg or 4 whole chicken legs
lime wedges
1/2 onion thinly sliced

Marinade ingredients
6 cloves fresh garlic
4cm or 11/2 " fresh ginger
4 tsp chili powder
4 tsp garam masala
2 tsp salt
2 tsp lime juice
4 tbsp yoghurt
3 tbsp oil

Preparations
  1. Remove skin and visible fat from chicken legs and make a few diagonal cuts on the thicker parts to allow for even cooking and for marinade to penetrate.
  2. To prepare marinade, pound garlic and ginger finely in mortar and pestle or grate finely. Combine this with the chili powder, garam masala, salt, lime juice, yogurt and oil . Coat the chicken pieces with this mixture , ensuring that they are well covered with the marinade. Transfer the chicken into a clean, roomy plastic bag where the marinade can coat the meat more efficiently. Squeeze excess air out, seal and refrigerate for 2 to 3 hours.
  3. Preheat grill to high. Arrange chicken on wire rack, leaving a little space in between each piece and grill fairly close to the source of heat. Cook 10 minutes on each side or until chicken is well browned and cooked through. (Testing by inserting a skewer or tip of a knife into the tight - the juices should not be pink or tinged with blood)
  4. Serve hot with rice or naan bread , Traditionally, wedges of lime or lemon and thinly slice raw onion are served with the chicken. Squeeze a little lime juice on the chicken for added tang.

Tuesday, January 12, 2010

Kari Ayam


bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong
10 biji kentang size kecil - tdk perlu buang kulit, basuh & ketepikan
2 senduk besar kari ayam baba`s
air secukupnya untuk dibuat kuah
garam & ajinomonto secukup rasa

bahan blend
1/2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
5 cm halia muda
1 sb bubun jintan putih

bahan tumis
2 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
1-2 senduk minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan minyak, basuh bahan tumis, tumis hingga ia naik bau serta wangi, tuang pula bahan blend tumis hingga wangi dan naik bau, masukkan pula rempah masak dengan sedikit air , masak hingga pecah minyak, masukkan ayam dan ubi kentang, diikuti garam dan ajinomoto, gaul seketika, curahkan 1 caw air, tutup presurre cooker, masak selama 5-7 minit hingga ubi & ayam masak sepenuhnya dan mengeluarkan bau wangi, tutup api dan keluarkan angin dari pressure cooker , hidangkan

Thursday, January 7, 2010

Chicken Chop

bahan-bahan
2 ketul boneless chicken tight
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
tepung jagung secukupnya
1 biji telur - di pukul sedikit
bread crumb secukupnya
minyak penuh untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
  1. Basuh dan lap dan keringkan ayam guna kitchen paper, cucuk ayam dengan garpu, tujuannya supaya ia cepat masak, lumur keseluruhan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam, ketepikan
  2. Celup ayam dalam tepung jagung, kemudian celup pula dalam telur dan akhir sekali celup dalam serbuk roti kemudian
  3. Goreng dalam minyak penuh dengan menggunakan api sederhana, masak hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails