Wednesday, August 17, 2011

Air Buah Longan + Air Buah Kundur


campurkan kedua-duanya sekali

Bahan A
500gm Logan Kering - kopek kulinya, keluarkan bijinya, basuh, toskan, ketepikan
Gula secukupnya
Air secukupnya

Bahan B
1kg Buah kundur segar - buang kulit dan pulurnya, potong
gula merah atau putih - ikut suka

Cara-cara
  1. Sediakan Bahan A - Rebus logan kering bersama air secukupnya dengan api sederhana hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi guna api sederhana perlahan, apabila ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, secukupnya rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  2. Sediakan Bahan D - Rebus buah kundur dengan air yang mencukupi hinggga ia empuk, kemudian masukkan gula merah atau putih, masak guna api sederhana perlahan hingga ia jernih, masa merebus 3 jam
  3. Selok-eloknya cara memasak untuk  bahan A dan B sesuai masak dengan pressure cooker kerana ia lebih senang dan cepat dimasak , masa memasak pun singkat
  4. lenyek buah kundur yang telah dimasak tadi kemudian campurkan kedua-dua bahan,  hidangkan segera panas atau sejuk  
  5. selebihnya simpan dalam bekas berasing dan sejukkan dalam peti ais

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails