Thursday, May 28, 2009

Beef Rendang

bahan-bahan
1 kg daging - potong
2 pack serbuk santan
segengam cili kering - potong, rebus, blend
segengam lengkuas, potong, blend
segengam halia - potong blend
4 batang serai serai - potong, blend
1 biji bawang besar - potong, blend
5 ulas bawang putih - potong, blend
sekeping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dimayang halus
sedikit garam, gula & ajinomoto

cara-cara

  1. Basuh daging, lap kering dengan kitchen tissue, potong, ketepikan
  2. Basuh semua bahan, potong, rebus cili basuh dan blend bersama dengan semua bahan potong yang telah sedia untuk diblend seperti diatas.
  3. Tuang kesemuan bahan yang telah diblend tadi ke dalam periuk, masukkan serbuk santan yang telah dibancuh dengan secukup air, gaul rata bersama asam gelugur, renih dengan api sederhana perlahan hingga ia empuk dan lembut, sekiranya daging belum empuk masukkan lagi air, masak hingga daging empuk, tabur daun kunyit yang telah dimayang halus, sedikit garam, gula dan ajinomoto secukupnya, masak sebentar hingga mendidih, hidangkan
  4. Saya masak guna pressure cooker, jenis letak atas dapur, masukkan kesemuan bahan sekaligus, saya bancuh santan serbuk dengan sedikit air sahaja, sama paras dan kuantitinya dengan daging, masak selama 7- 10 minit, tutup api, sediakan untuk dihidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails