Friday, May 22, 2009

Lychee Kang

Bahan A Rebus
500gm Sagu Mata Ikan- tidak perlu dibasuh
Air secukupnya untuk merebus

Bahan B Rebus
250gm Logan Kering - dibasuh
Gula secukupnya
Air secukupnya
secubit garam

Bahan C Rebus
50-100gm Cendawan telinga kera putih - dibasuh
100gm Buah Kurma Cina - dibasuh
Gula secukupnya
secubit garam

Bahan D Rebus - Optional (masak pun ok tak masak pun ok)
1kg Buah kundur segar - buang kulit dan pulurnya, potong
gula merah atau putih - ikut suka
garam


Cara-cara

  1. Sediakan Bahan A - Didihkan air secukupnya dalam periuk paling besar biar ia mengelegak dan mendidih guna api paling besar, kemudian taburkan biji sagu diatasnya, agak-agak lah bila nampak satu lapisan nipis, tambahkan air, tutup periuk, perlahan kan api paling kecil, biar ia masak hingga jernih dan sekali-sekala, kacau-kacaukan ia supaya ia tidak melekat pada periuk dan apabila ia pekat tambah selalu airnya supaya sehingga sagu mata ikan secukup masak  dan jernih, padamkan api,  tapis sagu basuh, bilas dengan air hingga bersih dan berkanji. toskan.   Masa memasak lebih kurang 3 jam
  2. Sediakan Bahan B - Rebus logan kering bersama air secukupnya hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi masak hingga ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, garam secukupnya,  rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  3. Sediakan bahan C - basuh cendawan putih dan kurma cina, rebus dengan air secukupnya, rebus menggunakan api sederhana, tutup periuk, rebus hingga ia lembut tambahkan gula dan garam, jika air kurang tambah air, tutup periuk lagi guna api perlahan, masak sampai ia kembang dan lembut
  4. Sediakan Bahan D - Rebus buah kundur dengan air yang mencukupi hinggga ia empuk, kemudian masukkan gula merah atau putih, garam, masak hinnga ia melt, masa merebus 3 jam
  5. Selok-eloknya cara memasak bahan B,C,D sila masak guna pressure cooker kerana ia lebih senang dan cepat dimasak, cuma masak bahan Bahan A merebus atas dapur dengan periuk biasa
  6. Hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails