Bahan A - Rebus
500gm macaroni jenis straw besar yang dipotong serong pepat dan panjangnya sejengkal – rebus dalam air mendidih, extended yang dikehendaki
Bahan B - Potong & Tumis
3-4 halal sausage beef or chicken – potong bulat, jgn terlalu nipis
1 biji bawang besar – potong panjang
2 ulas bawang putih –dicincang
1 pack cendawan/white button mushroom - potong
Sedikit garam & grind black pepper
olive oil, mentega atau minyak masak
Bahan C - based white sauce
1/2 block butter
2-3 sb tepung gandum
1 litter susu segar , fresh cream, evaproted milk or susu tepung
1 halal kiub chicken
Sedikit garam & grind black pepper
Bahan D - Tabur
1/2 – 1 caw serbuk roti/bread crumb/serbuk roti
Halal Mozarella cheese- tak ada pun ok
Cara-cara
1. Bahan A - Rebus penne macaroni dalam air mendidi selama 10mint atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, saya suka rebus keras kerana orang italy pun rebus macam itu., bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan
2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, sausage kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu mushroom, salt & pepper secukupnya, biar ia layu sedikit sahaja,tutup api dan ketepikan
3. Bahan C - Buka api, terus letak butter dalam kuali/ frying pan yang biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk/pemukul telur, masukkan kiub ayam kacau lebih kurang berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur, hingga habis, masukkan pula salt & pepper, bila ia pekat sikit sahaja, tuangkan pula bahan B yang telah dimasak tadi kacau rata diikuti dengan bahan A yang telah direbus tadi kacaru rata, masak 1-2 minit, tuangkan kesemua bahan masak tadi ke dalam tin pembakar yang dilapis dengan tracing pepper/baking paper or non stick baking pan tidak perlu baking paper or bekas kaca, casserole yang di sapu butter.
4. Bahan D – Tabur semua sebuk roti, diatas keseluruhan permukaan gartin dalam tin pembakar, susun sausage dan tabur rata cheese.
5. Bakar dalam oven pada suhu 200C, lebih kurang15-30minit, letak tin pembakar di tingkat No. 2 dari bawah, bakar hingga keseluruhan permukaan sebuk roti itu perang & cheese melt, macam warna toast bread perang lembut, padamkan api, keluarkan dari oven, hidangan ini sesuai dimakan panas sahaja, hidangkan