Monday, May 25, 2009

Fresh Tomato Spaghetti




bahan A
500gm dry spaghetti

bahan B
1kg tomato segar - blend halus
1/2 labu bawang putih - dicincang
1 biji bawang sederhana besar - potong dadu
4 halal sausage
1 pack mushroom
2 cili kering - kepak 2
2-4 sk dry oregano
slice black olive
sedikt lada hitam
garam secukupnya
telur rebus
olive oil secukupnya untuk menggoreng

cara-cara

1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mesti rebus keras supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, orang italy pun rebus macam itu. Bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.

2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih, sausage, bawang besar, cili kering, slice black olive goreng hingga naik bau dan kekuningan

3. Masukkan cendawan, goreng sedikit layu, tabur lada hitam, garam dan oregano gaul rata. Tuangkan pula tomato yang telah di blend tadi, masak hingga pekat, Seelok-eloknya masak kuahnya dahulu kerana mengambil masa yang agak lama, lepas itu baru rebus spaghetti.

4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan

6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potongan telur, susun dalam pinggan hidangan, siap untuk dimakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails