Gambar 1 tidak letak garam dalam filling, cuma guna 5 biji apple sahaja dalam Bahan B, menghasilkan apple pie kering.
Gambar 2 apple pie jenis basah, dengan menambah sedikit garam, air apple keluar menghasilkan apple pie basah
Bahan A – Doh (hidangan bagi 4 orang)
2 caw tepung
100gm mentega
1/2 sk garam
1/2 caw air ais
Bahan B - Filling Apple Pie
10 biji apple size paling kecil
2 caw gula
15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
1/2 caw tepung
Sedikit garam -
Segengam gula – utk tabur sebelum bakar
Cara-cara
- Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, ceraikan butter & tepung dengan hujung jari jadikan serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air, uli doh, rehatkan doh dalam peti sejuk.
- Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
- Campurkan bahan B dalam sebuah besen besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga berpalut, susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu, kemudian kelimkan sekelilingnya, selepas itu taburkan baki tepung adunan rupa macam serbuk roti, jika ia cair masukkan sedikit tepung gaul rata macam serbuk roti, tabur atas apple pie yang belum siap di bakar itu dan akhir sekali taburkan pula segengam gula atasnya.
- Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, di tingkat No. 2 dari bawah selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Selamat mencuba.