Thursday, April 8, 2010

Kari Kerang

bahan-bahan
1 kg kerang segar - basuh bersih, toskan
300gm ubi kentang
1 biji kelapa parut - jdkan pati santan & santan cair secukupnya or 1 small pack inst. coconut milk powder - saya guna lebih kurang 1/2 pack
5 hirisan halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1/4 bawang besar - hiris nipis
2 senduk sedang rempah kari ikan or 1 paket kecil
1 keping asam gelugur/asam keping
garam, gula dan ajinimoto secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
Tumis halia, bawang putih, dan bawang merah hingga kuning dan berbau harum, masukkan rempah kari ikan dengan sedikit air, masak rempah hingga ia betul-betul masak dan pecah minyak, tuangkan santan cair diikuti dengan kentang dan asam gelugor, rebus kentang hingga lembut dan empuk, masukkan kerang, dan pati santan jangan rebus kerang terlalu lama nanti ia kurang sedap, agak-agaklah, perasa dengan garam gula dan ajinomoto, masak hingga kuah sederhana pekat dan hidangkan bersama nasi panas. Tips berguna mak kesayangan saya, sebelum memasak, jika perlu, anda boleh rendam kerang dengan air dan 1-2sb cuka putih, tentukan air cukup-cukup menutupi kerang sahaja, tujuannya hilangkan kotoran yang melekat pada cengkerangnya itu, ia jadi lebih bersih, bersihkan banyak kali dengan air, toskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails