Saturday, April 3, 2010

Daging Masak Kicap

bahan A (potong nipis)
500gm daging - potong nipis
2sb madu - rsp asal maktok tdk ltk madu
2-3 sb olive oil or minyak masak
1 bawang besar - potong

bahan B (blend halus)
sejemput kecil lada hitam - lebih byk lada hitam lbh sedap
sejemput kecil jintan manis
sejemput kecil jintan putih
1 kulit kayu manis - 1"
1 1/2 kuntum bunga lawang
4-5 kuntum bunga cengkih

bahan C (blend halus )
halia sebesar ibu jari kaki
3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar

bahan D
50ml kicap
1-2 sk serbuk kunyit
sedikit soft brown sugar
garam & ajinomoto secukupnya (jika perlu)
minyak untuk menumis secukupnya

bahan E (rsp asal maktok tdk guna bhn ini, jika suka blh ltk - Optional)
1 biji cili hijau - potong
1 biji cili merah - potong
5-7 cili padi - letak sebiji-sebiji
segenggam frozen kacang peas
segenggam frozen jagung
1/3 carrot - potong

bahan F (hiasan/optional)
halia muda - potong
1/4 red capsicum - potong
daun bawang - potong
1 biji orange - potong
carrot - potong
fresh coriander/daun ketumbar segar - potong

cara-cara
  1. basuh, potong nipis daging, gaul rata daging dengan madu, tujuan pemerapan ini bagi melembutkan daging, simpan dalam bekas kedap udara semalaman didalam fridge, boleh juga letak separuh bahan blend B & C, soft brown sugar dan 2-3sb olive oil atau minyak masak, diperap untuk tujuan yang sama, kecuali kicap, garam dan ajinomoto, nanti berair terutama sekali kicap, bila hendak masak baru letak kicap, serbuk kunyit, garam dan ajinomoto, seeloknya perap seketika
  2. basuh, tumbuk atau blend bahan B hingga halus, bahagi dua, ketepikan
  3. tumbuk bahan C jadikan paste, bahagi dua
  4. masukkan separuh bahan B, separuh bahan C, serbuk kunyit, soft brown sugar dan kicap secukupnya ke dalam daging, gaul rata ketepikan, perap seketika
  5. panaskan minyak secukupnya, gaul rata bahan B & C dahulu, tumis bahan B & C hingga betul-betul naik bau harumnya itu, masukkan daging
  6. sila ambil perhatian, jika tidak perap daging dengan madu, tuang air secukupnya masak hingga daging empuk atau masak dalam pressure cooker, tuang sedikit air, masak sampai daging lembut dan empuk, masak lagi hingga kuahnya sederhana kering, sila ikuti langkah no. 8, 9, 10 dan 11
  7. sekiranya daging sudah diperap dengan madu tidak perlu letak air cuma goreng hingga harum, terus ikuti langkah no. 8, 9, 10 dan 11
  8. masukkan semua bahan E optional itu jika suka, goreng lagi hingga secukup masak
  9. taburkan bawang potong masak lagi hingga bawang layu serta masak kicap pecah minyak, pekat dan sedikit berkuah atau sedikit kering terpulang pada citarasa masing-masing, perasa dengan garam dan ajinomoto jika perlu
  10. jika suka hias dengan semua bahan F
  11. hidangkan segera bersama nasi panas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails