Tuesday, April 5, 2011

Non Bake Spinach & Shrimps Gratin


Bahan A
500gm macaroni

Bahan B
300gm isi udang segar
1 bawang besar – potong panjang
3 ulas bawang putih –dicincang
1 pack fresh shitake mushroom - potong
1 ikat japanese spinach @ bayam jepun - potong
sedikit garam & grind black pepper
olive oil, mentega atau minyak masak

Bahan C
1/2 block butter
2-3 sb tepung gandum
1 litter susu segar, fresh cream, evaporated milk or susu tepung
sedikit garam & grind black pepper

Cara-cara

  1. Bahan A - Rebus macaroni dalam air mendidih selama 10mint atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan
  2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu udang dan mushroom, salt & pepper secukupnya, biar ia layu sedikit sahaja dan sederhana masak, tutup api dan ketepikan
  3. Bahan C - nyalakan api, terus letak butter dalam kuali atau frying pan biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk atau pemukul telur, kacau lagi hingga lebih kurang berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur hingga habis, masukkan pula salt & pepper, tuang semua bahan B yang telah dimasak tadi, didihkan sehingga  ia mula sederhana pekat sikit sahaja, taburkan bayam jepun gaul rata, tutup api,  tuangkan kesemuanya dalam  casserole dan hidangkan

Friday, April 1, 2011

Butter Prawns

bahan-bahan
600 gm udang segar size besar
2 sb minyak bijan @ minyak masak
1 sk garam
1 sk gula
3 sb butter
1 biji kuning telur
5 biji cili burung (ikut suka dipotong atau guna sebiji)
3-4 pelepah daun kari
6 ulas bawang putih (dicincang)
1-3 s/b susu cair evaporated milk @ santan pekat @ susu segar @ fresh cream
sedikit lada hitam
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara

  1. Udang digunakan seekor-ekor jangan dibuang kulit atau  disiang, basuh sahaja, keringkan airnya dalam penapis kemudia marinate dengan minyak, gula, dan garam, kacau sedikit peram selama 1/2 jam.
  2. Cincang bawang putih, hiris cili jika suka, kalau tidak guna sebiji2 cili burung.
  3.  Panaskan kuali bersama sedikit minyak masukkan udang balik2kan udang sebelah2 ke sebelah goreng udang setengah masak selama 1-2 minit kemudian kemudian keluarkan udang dalam kuali,  Basuh kuali yang sama jika tiada kuali lain, jika guna kuali yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu dikhuatiri nanti tak jadi butter prawns yang diidam-idamkan, jadi sila ikut peraturan.
  4. Guna kuali yang lain dengan menggunakan api yang perlahan masukkan butter biar ia cair sedikit kemudian masukkan kuning telur, kacau ia sehingga berbuih sehingga sedikit sahaja kekuningan , masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari, masak sampai bawang putih naik bau, masukkan udang balik2kan hingga udang masak, masukkan susu cair, sedikit lada hitam dan ajinomoto jika perlu.
  5. Ikut citarasa masing2 terpulanglah samaada butter prawns jenis berkuah atau kering, ikutkan ikut resipi sebenar ia kering dan sedikit berhampas macam hampas kelapa atau serbuk nestum  

Milk Breads

bahan A (sila sukat bahan dengan gelas matrik)
*500gm tepung roti
*2 1/2 sk instant dry yeast
*4 sb  gula
*2 sk garam halus
1 telur size M - pukul sikit
1 2/3 gelas susu segar panas atau sejuk - kali ini  guna susu panas
4 sb rata bread spread

cara-cara
campurkan dan gaul rata semua bahan-bahan yang bertanda* dalam besin kaca yang sesuai, kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, tuang susu, telur, gaul rata dengan sudip terus uli dengan tangan dan letak bread spread sedikit demi sedikit uli hingga habis  dan doh jadi  lembut, elastik dan tidak melekat pada tangan, bulatkan doh, tutup dengan plastic wrap, preheated microwave selama 3-5minit,  buka, masukkan doh, tutup oven biar ia mengembang, ulangi lagi 2-3 kali bagi ia jadi 2 kali ganda, tumbuk keluarkan anginnya, uli balik hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian, biar  2-3 minit kemudian canai nipis dan bentuk empat segi panjang, lipat 3, gulung pula seperti loaf, ulangi proses ini lagi 2 kali terus  letak dalam dulang pembakar  yang sesuai, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, bakar pada suhu 190 selama 15-20 minit atau hingga secukup masak bergantung pada saiz, gris dengan butter,  hidangkan

Cinnamon Raisin Rolls


bahan A (sukat bahan dengan gelas matrik)
*500gm tepung roti
*2 1/2 sk instant dry yeast
*4 sb  gula
*2 sk garam halus
1 telur size M - pukul sikit
1 2/3 gelas susu segar panas atau sejuk - kali ini  guna susu panas
4 sb rata bread spread

bahan B gaul rata  (t sukat bahan dengan gelas matrik) 
1/2 gelas soft brown sugar - saya skip gula cuma letak soft brown sugar sepenuhnya
1/2 gelas gula
2-3 sb cinnamon powder
3 genggam kismis - utk tabur atas doh

cara-cara
campurkan dan gaul rata semua bahan-bahan yang bertanda* dalam besin kaca yang sesuai, kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, tuang susu, telur, gaul rata dengan sudip terus uli dengan tangan dan letak bread spread sedikit demi sedikit uli hingga habis  dan doh jadi  lembut, elastik dan tidak melekat pada tangan, bulatkan doh, tutup dengan plastic wrap, preheated microwave selama 3-5minit,  buka, masukkan doh, tutup oven biar ia mengembang, ulangi lagi 2-3 kali bagi ia jadi 2 kali ganda, tumbuk keluarkan anginnya, uli balik hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian, biar  2-3 minit kemudian canai nipis dan bentuk emapat segi panjang, lipat 3, gulung pula seperti loaf, canai lagi sekali, lipat balik 3 kali, canai balik hingga nipis bentuk empat segi panjang,  campurkan bahan B kecuali kismis, gaul rata terus tabur rata-rata atas doh, taburkan kismis, gulung kemas dan ketat, potong, letak dalam dulang pembakar  yang sesuai, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, bakar pada suhu 190 selama 15-20 minit atau hingga secukup masak bergantung pada saiz, hidangkan   

Tuesday, March 29, 2011

Sweet & Sour II


 bahan-bahan
300gm isi udang
*3 cili merah segar- tumbuk @ cincang
*2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
*halia sebesar ibu jari
1/2 bawang besar - potong
1 tomato - potong
sos tomato secukupnya
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa
1-2 sk tepung jagung - jadikan sedikit air tepung jagung
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
 tumbuk atau kisar bahan yang bertanda *dan campurkan semua bahan-bahan kecuali buah tomato, bawang besar & udang, panaskan sedikit minyak  tumis bahan campuran tadi hingga naik bau harum dan secukup masak,  masukan bawang, udang  goreng hingga separuh masak, tuang sedikit air tepung jagung dan bila ia mula mendidih masukkan pula buah tomato goreng hingga sedikit layu, rasa dulu cukup rasa garam & masam manis, sekiranya perlu perasa dengan sedikit garam, gula atau cuka lagi,  hidangkan.

Kerabu Sotong Mudah

dari dapur saya hari ini, sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja

bahan-bahan
300gm instant sotong rebus - potong
1-2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
cili padi secukupnya - tumbuk @ cincang 1 tomato - potong
1/8 @ 1/4 lettuce - potong
1/4 timun @ 1 timun jepun - potong
2 sb nampla sauce
2 sb soft brown sugar - ikut manis
1/2 biji lemon atau limau nipis - perah jusnya ikut masam
sedikit kacang tanah goreng - tumbuk @ cincang
sedikit garam

cara-cara
letak semua bahan tumbuk kecuali kacang tanah ke dalam besin yang sesuai, taburkan soft brown sugar, tuang pula nampla sauce diikuti lemon jus, gaul rata, masukkan sotong, gaul lagi, masukkan sayuran lettuce, timun dan tomato serta kacang tanah tumbuk gaul rata lagi, rasa dulu, jika perlu letakkan sedikit garam, suaikan rasa dan hidangkan

Monday, March 28, 2011

Roti Nasi

Bahan-bahan
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam


Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  3. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  4. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  5. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  6. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  7. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

Wednesday, March 23, 2011

Donut

Bahan-bahan ( 30 biji ikut saiz ) - sumber resipi member mry
Bahan A:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula kastor(gula pasir dikisar ngan blender pun boleh) *Tambah 1/2 camca teh garam

Bahan B:
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast tambah 20ml air tambahan jika perlu

Cara-cara
  1. Satukan semua Bahan A.
  2. Buat lubang kat tengah adunan,
  3. kemudian masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A.
  4. Masukkan air tambahan jika perlu.
  5. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  6. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan. (Kalau nak letak inti)
  7. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.(Jangan lebih masa, nanti terlalu naik-bila masak serap minyak)
  8. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Bun Manis

 Bahan-bahan ( 10 bijin bun ) - sumber resipi member mry  
150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)

Cara-cara

  1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..

Baguette Breads

bahan-bahan
250gm tepung roti
5gm dry inst. yeast
5gm gula
5gm garam halus
5gm bread spread atau shortening
155ml air sejuk atau air panas pada suhu 30C
sedikit tepung untuk celup
cara-caracampurkan tepung, yeast, garam dan gula gaul rata, kuakkan tepung ditengahnya, tuang air tadi, gaul rata, uli hingga elastik dan tidak melekat pada tangan, uli lagi dengan bread spread hingga habis, tutupkan, rehatkan atau peram dough selama 40-60 minit sehingga ia naik 2 kali ganda, tumbuk dough keluarkan anginnya, uli seketika, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagia, bulat-bulatkan, leperkan sedikit, gulung bentuk bujur, celup dalam tepung, kelar sedikit dengan pisau tajam, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, panaskan microwave oven, 200C masak selama 15 minit terus naikan suhu lagi pada 250C bakar selama 20 minit lagi atau hingga secukup masak, kalau guna oven biasa bakar pada suhu 200C bakar selama 12 minit atau hingga secukup masak, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails