Friday, April 1, 2011

Milk Breads

bahan A (sila sukat bahan dengan gelas matrik)
*500gm tepung roti
*2 1/2 sk instant dry yeast
*4 sb  gula
*2 sk garam halus
1 telur size M - pukul sikit
1 2/3 gelas susu segar panas atau sejuk - kali ini  guna susu panas
4 sb rata bread spread

cara-cara
campurkan dan gaul rata semua bahan-bahan yang bertanda* dalam besin kaca yang sesuai, kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, tuang susu, telur, gaul rata dengan sudip terus uli dengan tangan dan letak bread spread sedikit demi sedikit uli hingga habis  dan doh jadi  lembut, elastik dan tidak melekat pada tangan, bulatkan doh, tutup dengan plastic wrap, preheated microwave selama 3-5minit,  buka, masukkan doh, tutup oven biar ia mengembang, ulangi lagi 2-3 kali bagi ia jadi 2 kali ganda, tumbuk keluarkan anginnya, uli balik hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian, biar  2-3 minit kemudian canai nipis dan bentuk empat segi panjang, lipat 3, gulung pula seperti loaf, ulangi proses ini lagi 2 kali terus  letak dalam dulang pembakar  yang sesuai, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, bakar pada suhu 190 selama 15-20 minit atau hingga secukup masak bergantung pada saiz, gris dengan butter,  hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails