Wednesday, August 26, 2009

Kari Ayam


bahan A
560gm isi ayam atau ayam yang telah dipotong - bersihkan, lap dgn kitchen paper atau sejatkannya dlm penapis
800gm ubi kentang kentang - kupas kulit, belah dua
450gm yogurt

bahan B paste tumbuk halus
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia muda
1 sb jintan putih
1 sb lada hitam - tumbuk halus untuk diperap bersama ayam sahaja
garam dan ajinomoto secukup rasa

bahan C tumis
*2-3 batang kulit kayu manis
*3-4 kuntum bunga lawang
*7 kuntum bunga cengkih
*7 biji buah pelaga
minyak secukupnya untuk menumis
1 caw sederhana besar rempah kari daging babas
air secukupnya untuk tumis rempah

cara-cara
  1. Masukkan separuh bahan B yang telah dtumbuk halus ke dalam isi atau ketulan ayam yang telah dipotong, perap seberapa ketika yang boleh lebih kurang 30 minit - 1 jam dan separuh lagi paste tumbuk itu untuk menumis
  2. Panaskan minyak, sedikan bahan C, basuh dan masukkan bahan yang bertanda * kemudian tumis hingga ia berbau wangi, masukkan separuh lagi bahan B yang tumbuk tadi ,tumis hingga kuning keemasan, tutup api, campurkan serbuk rempah kari dan gaul rata lebih kurang 1 minit, masukkan pula air secukupnya, nyalakan balik api, kacau rempah hingga masak, pecah minyak dan berbau harum, masukkan ayam dan ubi kentang goreng lagi selama 10-15 minit, tuangkan yogurt dan kacau rata, masak hingga ayam dan kentang empuk serta kuahnya pekat
  3. Hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails