Saturday, September 19, 2009

Karipap

gambar diatas menunjukkan resepi doh karipap ranggup 1 dan
gambar 2 menunjukkan resepi doh karipap ranggup 2


Doh Karipap Ranggup 1
bahan-bahan
200gm tepung gandum + sejemput kecil garam
100gm marjerin
air secukupnya

cara-cara
Gaul tepung gandum dan garam , masukkan marjerin ke dalam tepung gaul rata seperti membuat serbuk roti, kemudian renjis-renjiskan sedikit sahaja air ke atas adunan tepung, uli tepung hingga tidak melekat pada tangan dan berminyak, bahagi kepada beberapa bahagian, canai nipis, masukkan inti karipap, kelim hujungnya, goreng dengan api sederhana perlahan hingga kuning keemasan, hidangkan

Doh Karipap Ranggup 2
bahan-bahan
200gm atau 2 caw tepung gandum + sejemput kecil garam
100gm atau 3/4 marjerin + tambah sedikit minyak masak jadikan 1 caw & panaskan
air secukupnya

cara-cara
Gaul tepung gandum dan garam kemudian panas marjerin dan minyak dan tuangkan terus dalam tepung, gaul rata tepung kemudian renjis-renjiskan sedikit sahaja air ke atas adunan tepung, uli tepung hingga tidak melekat pada tangan dan berminyak, bahagi kepada beberapa bahagian, canai nipis, masukkan inti karipap, kelim hujungnya, goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, hidangkan

Inti Karipap Ubi Keledek
300gm ubi keledek - kupas, potong dadu
1 sb rempah kari daging + 1 sb rempah kari ikan
1 biji bawang besar - 1/4 dicincang/tumbuk dan selebihnya dipotong dadu
2 ulas bawng putih - dicincang
3 potong halia - dicincang
1 sb kuib ayam serbuk
air secukupnya untuk masak ubi
sejemput kecil serbuk lada hitam, gula dan sedikit ajinomoto
daun sadri secukupnya - dihiris, jika tiada boleh juga ganti dengan daun bawang or daun ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang puti, halia dan bawang cincang masak hingga ia kekuningan, masukkan rempah, air rebus hingga rempah pecah minyak, campurkan kiub ayam goreng seketika, masukkan ubi keledek, gula dan ajinomoto tuang air secukupnya masak inti hingga ubi lembut kering, taburkan sedikit crush lada hitam, masukan kuib wang masak seketika, tutup api, sejukkan sedia dibalut dengan doh karipap

Friday, September 18, 2009

Masak Asam Kacang Bendi

sesuai dimakan dengan nasi panas, masakkan pembuka selera ketika hilang mood nak makan terutama sekali bila demam dan sebagainya.

bahan-bahan
10 biji kacang bendi - basuh, ketepikan
1/4 bawang besar atau bawang kecil - mayang halus
1 biji cili merah - hiris menyerong
sejemput ikan bilis atau udang kering /segar
segenggam kecil asam jawa - perah secukupnya
sejemput gula
sejemput kecil garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang, cili merah dan ikan bilis goreng hingga ia nailk bau, potong kacang bendi dalam masa yang sama, tujuannya supaya kacang bendi kurang berlendir, goreng kacang bendi seketika, tujuanya supaya warnanya kekal hijau apabila dimasak, masukkan air asam jawa secukupnya agak-agaklah kacang bendi tenggelam dalam air asam, masukkan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga masak, hidangkan

Thursday, September 17, 2009

Cucur Kodok Pisang

bahan-bahan
2 biji pisang montel - diramas
tepung gandum - agak-agaklah (cuba goreng sikit, kalau kodok makan minyak tambah sikit sahaja lagi tepung gandum)
sedikit bicarbonate soda
gula - ikut manis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
Gaul dan campurkan semua bahan sama kaedahnya buat cucur kodok , panaskan minyak, jemput-jemputkannya goreng dalam minyak penuh, kacau selalu hingga jadi bebola bulat yang cantik, goreng hingga mask angkat dan hidangkan

Wednesday, September 16, 2009

Meehoon Goreng Simple

bahan-bahan
2 1/2 keping meehon kering - direndam, ketepikan
sayur sawi, cili hijau, carrot secukupnya - dipotong
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji bawang besar - potong
sos tiram, sos tomato kicap pekat, kicap cair secukupnya
cuka putih secukupnya (optional) saya tak letak
1 sb cili serbuk
chicken cube serbuk secukupnya
sedikit minyak untuk mengoreng
2 biji telur - jadikan telur masak hancur, ketepikan

cara-cara
Panaskan minyak buat telur masak hancur dan ketepikan, panaskan minyak secukupnya untuk menumis bawang putih cincang hingga sedikit kuning, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, sos tomato, chicken cube serbok, cili serbuk, goreng hingga masak dan pecah minyak, campurkan bawang besar dan carrot goreng seketika, tuangkan meehon gaul hingga ia berpalut, masukkan sayur sawi dan cili hijau potong serong, goreng hingga ia masak, tutup api kemudian masukkan telur masak hancur gaul rata dan hidangkan. Jika suka boleh juga ditaburkan sedikit lada hitam dan minyak bijan jadilah meehon goreng simple 2 in 1


Kek Gula Hangus

gambar no. 1 menunjukkan kek kukus gula hangus, separuh adunan lagi dibakar seperti gambar no. 2 dibawah

bakar pada suhu darjah 160C selama 39 minit, loyang besar sangat, kek jadi nipis



bahaa A gula caramel
2 caw gula pasir
1 caw air
50gm butter
1 caw fresh cream/ cecair cream segar macam susu cair


bahan B
4 biji telur
2 caw tepung gandum
1 sb soda bicarbonate

cara-cara

Masak gula hingga jadi caramel kemudian tuangkan air masak hingga gula larut, padamkan api, masukkan butter biar ia cair dan ketepikan dan sejukkan. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan, Pukul telur seperti membuat kuih bahulu sampai ia kembang, putih dan pekat, campurkan fresh cream ke dalam air gula caramel dan gaul hingga sebati, gaul rata adunan dengan tepung seperti mengadun tepung kedalam kek, griskan loyang pengukus dengan sedikit butter, tuang adunan dalam loyang, rebus air hingga mendidih dalam pengukus, tips, jangan dibuka tudung pengukus sebelum 35 minit ia mengakibatkan kek jatuh dan mendap, kukus selama 45minit atau hingga ia masak, hidangkan

Tuesday, September 15, 2009

Almond London

Bahan-bahan - sumber resipi member mry, katanya ambil resipi dari blog mat gebu
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum
1 camca teh emplex (disatukan bersama tepung gandum dan diayak)
335 g badam berkulit (digoreng hingga kuning keemasan & toskan atas paper towel)
300 g coklat masakan 1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara-cara
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
4. Ambil sebiji biskut, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.
5. Buat seterusnya dan susun rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
6. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

Tart Jem Nenas


 jem nenas

bahan A
3 caw tpg gandum
2 1/2 sb tpg custard
2 sb tpg jagung
2 sb skim milk
200gm butter
3 sb ghee
1 sk garam
1 sb gula
1 kuning telur
1 sk esen vanilla

cara-cara
Pukul butter, ghee, garam dan gula hingga putih dan kembang dengan menggunakkan permutar kek, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla putar lagi diikuti skim milk putar lagi, diikuti tepung custard putar lagi, diikuti tepung jagung putar lagi hingga ia sebati dan lembut kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum gaul rata dengan sudik plastik hingga terbentuk sebiji doh, uli dengan tangan hingga ia lembut, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart gulung, tekan memanjang jangan putus, bahagian zigzag dibawah dan bahagian licin disebelah atas, letak jem nenas diatasnya sebelum itu gentel jem nenas sebesar jari kelingking, kemudian gulung seperti membuat kek gulung 4-5 kali lepas itu potong, susun dalam dulang pembakar, ulangi hingga habis, simpan tart jem nenas yang belum dimasak kedalam peti sejuk dahulu kemudian panaskan oven 150C dan bakar selama 15 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

bahan B
2 biji nenas
2 caw gula pasir
sedikit garam

cara-cara

Buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Monday, September 14, 2009

Simple Sweet & Sour Prawn

bahan-bahan
300gm isi udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, ketepikan
1 biji bawang besar - potong
5 biji cili muda - potong
2 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang
1 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1 sb soft brown sugar
1/2 caw ketchup tomato/sos tomato
1/2 caw chili sauce/sos cili
1 sb madu lebah (optional)
1 sk tepung jagung + sedikit air
sedikit black pepper
sedikit garam tepung jagung secukupnya untuk salut udang
minyak untuk menumis secukupnya
sedikit saseme oil/minyak ijan (optional)

cara-cara
1. Udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, ketepikan
2. Tumis bawang putih & halia cincang, hingga naik bau dan sedikit kekuningan curahkan oyster sauce & kicap cair goreng seketika biar ia naik bau sikit, masukkan soft brown sugar & madu , sos tomato & sos cili goreng lagi hingga naik minyak , campurkan bawang besar masak sedikit layu diikuti cili hijau masak bagi sikit layu, tuangkan sedikit air tepung jagung dengan sedikit air suam secukupnya, masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama sedikit crush black pepper gaul rata, goreng lagi 1-2 minit, tutup api
3. Hidangkan, jika suka boleh juga letak bebrapa titik minyak bijan bagi menyedapkan lagi rasanya

Siput Lala Goreng Simple

bahan-bahan
300gm siput lala/clams
1-2 biji cili merah
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang
1 sb sos tiram
1 sb kicap (optional)
sedikit gula (optional)
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Bersihkan siput/clams toskan, tumbuk, sagat atau bawang putih, cili merah dan bawang merah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, campurkan sedikit gula goreng hingga ia naik bau, masukan sos tiram diikuti dengan kicap goreng lagi hingga naik bau, masukkan siput masak dan kacau hingga masak dan siput terbuka, hidangkan, jika ia agak kering tambahkan sedikit air masak goreng seketika dan hidangkan

Kacang Botak

bahan-bahan
1 kg kacang tanah mentah - dibasuh, toskkan, jemur bawah cahaya matahari hingga kering, ketepikan
500gm tepung gandum - untuk salut kacang secukupnya
2 labu bawang putih + sejemput garam kasar tumbuk halus
2 biji telur ayam + 2 sb. gula pasir - dipukul hingga gula larut
1 sb jintan putih - ditumbuk

cara-cara
  1. Kacang tanah dibasuh dan dibersihkan kemudian toskan dan ketepikan
  2. Tumbuk bawang putih dengan garam kasar hingga lumat
  3. Pukul telur dengan gula hingga gula larut dalam telur
  4. Gaulkan bahan no 2 & 3 dan masukkan serbuk jintan putih gaul hingga sebati
  5. Sediakan talam besar, tuangkan kacang tanah lepas itu curahkan kesemua bahan tadi atas kacang dan gaul rata atas kacang hingga kesemuanya berpalut
  6. Ayak tepung atas kacang yang telah digaul rata tadi, tampi-tampikannya hingga keseluruhan kacang berpalut sebiji demi sebiji dan tidak melekat pada tangan, ulangi hingga terjadi lapisan tebal tepung pada setiap butir kacang
  7. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga kacang kuning keemasan
  8. Hidangkan atau sejukkan kemudian simpan dalam tin kedap udara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails