Friday, December 18, 2009

Stir Fried Garlic Butter Broccoli & Carrot


dari dapur saya hari ini, sesuai dimakan dengan nasi panas

bahan-bahan
2 broccoli size sederhana - potong, wrap dgn plastic wrap preheat selama 1-2 minit atau rebus dlm air mendidih selama 1-2 minit angkat dan ketepikan
1/2 carrot - potong bulat2 & buat bunga
6-7 ulas bawang putih cincang
4 sb butter
sedikit garam, kicap, oyster sauce, gula, garam dan ajinomoto
sedikit air tepung jagung

cara-cara
  1. Bersihkan dan potong, letak dla pinggan, balut dgn plastic wrap preheat selama 1-2 minit, buka plastic wrap tujuannya supaya broccoli tidak lembik atau rebus dlm air mendidih selama 1-2 minit angkat, ketepikan
  2. Masukkan 2sb. butter, bawang putih cincang dalam kuali, pasang api, goreng bawang putih hingga sedikit kekuning, masukkan oyster sauce, kicap, gula, garam dan ajinomoto diikuti carrot, goreng seketika kemudian broccoli goreng seketika, tuang air tepung jagung secukupnya, goreng lagi seketika, padamkan api, campur lebihan 2 sb. butter kacau rata, hidangkan bersama nasi panas

Seaweed Powder Tempura @ Fritters

bahan-bahan
udang geragau segar/kering secukupnya (optional)
isi jagung, green peas or raw/boiled green soya been (optional)
1/2 biji bawang besar- disagat
1/4 biji carrot - disagat
1/2 caw. inst tempura flour atau tepung gandum atau tepung beras
1 sb. seaweed powder atau daun bawang or daun kucai - potong panjang/pendek (optional)
1/4 caw. air
minyak untuk menggoreng

cara-cara
gaul semua bahan, kemudian goreng dalam minyak penuh, angkat dan hidangkan dengan kicap jepun atau chili sauce, boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi. kalau tidak ada tempura flour, tepung gandum pun boleh campur dengan secubit baking powder ranguplah jadinya sama macam guna instant flour for tempura.

Omelet Rice


bahan-bahan
3 caw nasi putih yang masih panas
1-2 ulas bawang putih cincang
1/2-1 sk chili powder
3-6 sb butter
6-10 sb ketchup tomato/sos tomato atau secukupnya
1/2-1 kuib ayam
crush black pepper secukupnya
sedikit kicap cair , oyster sauce dan secubit gula
garam dan ajinomoto secukupnya
100gm fresh white mushroom
1/2 caw frozen mixed vegitable - goreng green peas dgn sedikit minyak/rebus/preheat, ketepikan
1 cili hijau atau 1/4 red capsicum - buang bijinya, potong cube 1cm x 1cm
1/4 bawang besar potong cube 1cm x 1cm
1-2 sausage ayam atau daging - potong
4 biji telur ayam - 2 each for one serving
hias dengan sos tomato dan timun

cara-cara
Campurkan bawang putih cincang dengan separuh butter, masak hingga ia naik bau dan sedikit kekuningan, masukkan oyster sauce, kicap, cube ayam, taburkan bawang besar goreng seketika diikuti dengan tomato sos, kemudian serbuk cili goreng seketika, masukkan sausage, mixed vegitable, mushroom dan chili hijau goreng lagi masak hingga sedikit layu diikuti nasi putih kacau hingga rata dan goreng lagi hingga masak perasa dengan crush black pepper, garam dan ajinomoto tutup api, masukkan lebihan butter kacau rata-rata, buat omelet, bungkus nasi dalam omelet tadi, hidangkan

Masak Keropok Dalam Microwave


bahan-bahan - sumber resipi member myr/blog
keropok secukupnya disusun dalam pinggan
sos cili secukupnya untuk dicicah dengan keropok
cara-cara
  1. Susun beberapa kepingan keropok ikan yang dikehendaki atas piring, masukkan terus dalam microwave,terus press terus button microwave untuk memanaskan makanan untuk 1 minit, tunggu ia mengembang, dah siap sedia untuk dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos chili.
  2. Ini cara member2 myr/puan punya blog, boleh juga dimasak secara begini set temp microwave 600watt dan set timer 1 minit, sekiranya keropok agak tebal lebihkan masa 1 minit 30 saat atau sehingga 2 minit.
  3. dah siap sedia untuk dihidangkan, rangup dan tidak berminyak, healthy cooking dan sangat sesuai kepada sesiapa yang suka berdiet

Teh Halia Madu


bahan-bahan
1 kg madu asli
300-400gm halia muda

cara-cara
bersihhkan hali, lap kering, potong nipis, masukkan dalam blender dan tuang semua madu asli, blend hingga ia benar-benar halus kemudian simpan balik dalam botol madu tersebut, boleh store dalam fridge, sesuai di hidang panas mahupun sejuk, jangan bimbang sekiranya paste halia madu bertukar jadi keruh buat sementara waktu sahaja, paste halia madu akan jadi glaced/jernih selepas 1-3 hari bergantung pada keaslian madu tersebut, misal kata ia cair tambah lagi madu bagi pekat, instead halia blend, boleh juga halia muda atau tua dipotong nipis2 buat cara sama begitu juga dengan instant ginger powder, potongan halia jangan dibuang sadur dengan gula putih kemudian keringkan pula jadilah ia Glaced Ginger Honey Halwa, terpulanglah ikut selera masing-masing.

Kuih Seri Muka


bahan-bahan
300gm beras pulut + 200ml santan cair + 1 sk rata garam
1-2 daun pandan (optional)
200gm tepung beras
100gm tepung jagung
1 sb tepung gandum (optional)
4 biji telur
1-2 sk jintan manis - blend halus (optional)
3 caw. gula merah
3 caw. pati santan dari sebiji kelapa parut atau 1 pack kecil inst. powder coconut milk
sedikit garam

cara-cara
  1. Beras pulut direndam selama 3 jam atau semalaman, toskan airnya kemudian dikukus bersama santan cair yang telah dicampur sedikit garam, letak daun pandan yang telah dikoyak-koyakan keatasnya kemudian dikukus hingga cukup masak, setelah cukup masak tekan secukup padat dalam acuan, bedak-bedakan 1 sb tepung gandum ke atas adunan pulut tadi hingga rata, ketepikan
  2. Telur dicampurkan dibancuh dengan serbuk jintan manis, tepung beras,gula merah, tepung jagung , pati santan dan garam hingga sebati kemudian ditapis dan dituangkan diatas adunan pulut, kemudian kukuslah hingga secukup masak
  3. Sejukkan, potong dan hidangkan
  4. Boleh juga masak brown sugar custard layer, caranya sama macam masak custard pandan layer untuk kuih pulut serimuka pandan seperti resepi yang tertera dibawah guna kaedah double boiler.

Thursday, December 17, 2009

Masak Lemak Rebung Dengan Fresh Oysters


bahan-bahan
seketul inst. rebung yang telah direbus - basuh, potong nipis, ketepikan
400gm fresh oysters/isi tiram segar- basuh dan toskan
1 pack kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan pekat/pati santan
*7 biji cili padi frozen - blend
*kunyit hidup frozen sebesar ibu jari- blend
*1/2 bawang besar size sederhana - blend
*1 ulas bawang putih - blend
1/4 keping asam gelugur dr sekeping asam
1 batang serai frozen - diketuk
1 helai daun kunyit frozen - potong
sedikit gula dan ajinomoto
sedikit garam
cara-cara
Blend semua bahan bertanda * kemudian tuang bahan blend dalam periuk, kemudian masukkan rebung, santan dan isi tiram segar, asam gelugur, rebus dan timbuk-timbukan santan supaya ia tidak meruap, kemudian masukkan serai dan daun kunyit, masukkan sedikit gula dan ajinomoto serta garam timbuk lagi hingga ia masak, akhir sekali hidang dengan nasi panas

Wednesday, December 16, 2009

Kuih Serimuka


bahan A (lapisan bawah)
  • 1 1/2 caw. beras pulut, basuh direndam semalaman atau selama 3 jam, basuh , tos dan ketepikan
  • 3/4 caw. santan cair
  • 1 daun pandan disimpul
  • 1 sk garam
  • 1 sb tepung gandum utk ditaburkan di atas pulut selepas ditekan rapat dgn daun pisang/kertas minyak
bahan B (lapisan atas)
  • 3 biji telur size m
  • 3/4 caw gula
  • 3/4 caw santan dari sebiji kelapa parut atau larutkan 3/4 caw air suam dgn 1 pack kecil inst. powder coconut milk
  • 1-5 helai daun pandan + 1-2 sk jintan manis + 1/2 caw} blend, jadikan 1/2 caw air daun pandan berjintan manis campur dgn beberapa titik pewarna hijau
  • 2 sb pepat tepung jagung
  • 2 1/2 sb tepung gandum
  • sedikit garam
cara-cara
  1. Sediakan bahan A Campurkan santan cair bersama garam kacau, sediakan pelengat anggaran size 20cm, kemudian tuang santan cair tadi ke atas pulut yang telah di tos, kacau rata-rata, letakkan daun pandan, kukus pulut, balik-balikkan, kukus hingga ia masak.
  2. Tekan pulut dalam dulang dengan daun pisang atau kertas minyak/aluminium foil hingga rapat, taburkan sedikit tepung gandum keatasnya, kukus balik
  3. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  4. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan keatas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  5. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan

Fresh Oysters & Garlic Spaghetti

bahan-bahan
500gm dry spaghetti
300gm fresh oysters/isi tiram segar
1 pack cendawan peha ayam atau mushroom - potong nipis, jgn terlalu nipis
1 labu bawang putih - cincang
2 cili kering- kepak- kepakkan
2-3 keping halal sausage
1 kiub ayam
lada hitam - baru ditumbuk,
secukupnya daun selasih/kemagi/basli leave segar atau kering
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menggoreng
2-3 biji telur rebus (optional)

cara-cara
  1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mestilah direbus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, Bila dah masak, masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih, sausage, cili kering, goreng hingga naik bau dan kekuningan,
  3. Taburkan kiub ayam, kacau sedikit bagai naik bau sikit, masukkan cendawan, goreng sedikit layu, diikuti oysters goreng hingga ia masak, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan
  5. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potong telur, susun dalam pinggan hidangan lepas itu siap untuk dimakan.

Friday, December 11, 2009

Breaded Fried Oysters

bahan-bahan
300gm atau 3 packs fresh oysters /isi tiram segar
tepung jagung secukupnya
2 biji telur – pukul sikit
bread crumb secukupnya dan minyak untuk menggoreng secukupnya


cara-cara
  1. Celup tiram segar dengan tepung jagung, diikuti dengan telur dan akhir sekali salut dengan serbuk roti, ulangi hingga habis
  2. Panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dan balikan hingga ia hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails