Wednesday, December 16, 2009

Kuih Serimuka


bahan A (lapisan bawah)
  • 1 1/2 caw. beras pulut, basuh direndam semalaman atau selama 3 jam, basuh , tos dan ketepikan
  • 3/4 caw. santan cair
  • 1 daun pandan disimpul
  • 1 sk garam
  • 1 sb tepung gandum utk ditaburkan di atas pulut selepas ditekan rapat dgn daun pisang/kertas minyak
bahan B (lapisan atas)
  • 3 biji telur size m
  • 3/4 caw gula
  • 3/4 caw santan dari sebiji kelapa parut atau larutkan 3/4 caw air suam dgn 1 pack kecil inst. powder coconut milk
  • 1-5 helai daun pandan + 1-2 sk jintan manis + 1/2 caw} blend, jadikan 1/2 caw air daun pandan berjintan manis campur dgn beberapa titik pewarna hijau
  • 2 sb pepat tepung jagung
  • 2 1/2 sb tepung gandum
  • sedikit garam
cara-cara
  1. Sediakan bahan A Campurkan santan cair bersama garam kacau, sediakan pelengat anggaran size 20cm, kemudian tuang santan cair tadi ke atas pulut yang telah di tos, kacau rata-rata, letakkan daun pandan, kukus pulut, balik-balikkan, kukus hingga ia masak.
  2. Tekan pulut dalam dulang dengan daun pisang atau kertas minyak/aluminium foil hingga rapat, taburkan sedikit tepung gandum keatasnya, kukus balik
  3. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  4. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan keatas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  5. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails