Tuesday, August 24, 2010

Spicy Mabo Tofu With Minched Chicken II

Ingredients
1 block silk tofu
250gm minced chicken
1-2 tbsp chopped leek or onion
2 clove garlic - chopped
1/2" ginger - chopped
1 tbsp oyster sauce
2-3 tbsp oil
200ml water
1 tbsp chicken cube powder
4 dried chili - just dry blend or 1 tsp chili powder/paprika ( I sub with 2 giant green bomb chili-minced)
1 tbsp japanese soy sauce
1 tbsp ABC thick soy sauce
2 tbs corn flour
3 tbs water little bit salt, sugar and ajinomoto (optional)
chopped spring onion (optional)
few drop sesame oil (optional)
  1. Heat the pan to a medium temperature, add the garlic and ginger, leaving until you can smell them both.
  2. Add the mince beef or chicken, and quickly stir fry.
  3. Add the chili and leek or onion and leave for 3 minutes on a low temperature.
  4. Add the water, tofu and oyster sauce, soy sauce, thick soy sauce, chicken cube powder leave for 10 minutes. Avoid stirring, so not to break the Tofu.
  5. Finally, add water to the corn flour and gently stir until thick.
  6. Add some spring onions for extra bite and colour.
  7. Enjoy!

Ayam Goreng

bahan-bahan
2 keping boneless chicken leg or any part ayam yg disukai - bersihkan, lap kering2, potong
1/4 bawang besar - disagat/ditumbuk
1 ulas bawang putih - disagat/ditumbuk
1/2" halia - disagat/ditumbuk
sedikit lada hitam tumbuk
1 telur putih - pukul sikit
tepung goreng ayam secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
gaul daging ayam dengan bahan disagat/ditumbuk bersama sedikit lada hitam tumbuk,celup seketul-seketul daging ayam dengan telur putih, celup pula dengan tepung goreng ayam. Goreng dengan api sederhana perlahan hingga garing, secukup masak dan kuning keemasan, hidangkan

Monday, August 23, 2010

Peria Goreng

bahan-bahan
1 biji buah peria size xl - basuh, potong, tips mak saya jgn direndam nanti buah peria pahit
1 keping tofu goreng - potong cube
1/2 boneless chicken leg - buang kulitnya, basuh, potong cube kecil
1 ulas bawang putih - dicincang
2 biji giant bomb cili hijau - jenis pedas - dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
sejemput soft brown sugar atau sedikit gula
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan daging aya potong cube kecil tadi, goreng hingga separuh masak, masukkan buah peria, soft brown sugar, sedikit garam & ajinomoto, tofu dan cili hijau cincang tadi, goreng hingga masak, tuang sos tiram, dan kicap cair goreng hingga kering dan secukup masak, hidangkan

Sotong Goreng Berempah

 bahan-bahan
2 ekor sotong size xl paling besar angaran sekilo
1 putih telur - pukul sikit
1 pack kecil tepung goreng ayam
3 sudu besar sebuk kari ikan + 1/2 sk lada hitam tumbuk
3 ulas bawang putih - disagat/tumbuk
1/4 biji bwang besar - disagat/tumbuk
seketul halia sebesar ibu jari - disagat/tumbuk
2-3 pelepah daun kari (saya tdk ltk daun kari krn tdk ada)
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
siang sotong, basuh bersih, keringkan dengan kitchen towel/kitchen tissue paper, gaul sotong dengan bahan sagat/tumbuk tadi, gaul pula dengan telur, taburkan serbuk kari, lada hitam tumbuk, gaul lagi, letak1/4 tepung goreng ayam dalam container atau plastick bersih, letak sotong, tuang lagi 1/4 tepung yang sama, tutup container atau kilas plastick yang berisi angin, goncang-goncangkan hingga ia berpalut dsn terelai satu persatu, jika ia masih lagi melekat antara satu sama lain, taburkan tepung lagi, goncang lagi hingga ia bersalut tepung satu persatu, panaskan minyak secukupnya, goreng hingga masak, taburkan daun kari, goreng lagi hingga secukup masak, angkat dan hidangkan.

Hati & Pedal Goreng


bahan-bahan
5 pasang hati ayam - basuh, garam kunyitkan sekali dengan pedal ayam
5 ketul pedal ayam - basuh, hiris nipis, garam kunyitkan sekali dengan hati ayam
seketul halia sebesar ibu jari kaki - mayang nipis memanjang
1/2 bawang besar belah 6-8 hirisan memanjang
2 ulas bawang putih - mayang nipis
2 biji giant bomb cili hijau- jenis pedas - potong serong
1/2 carrot - potong panjang
1 biji tomato - potong baji 6-8 hiris
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
1 sb cuka
sejemput soft brown sugar
sedikit ajinomoto
sedikit crush black paper - 2-3 pulas
garam secukup rasa - jika perlu (saya tdk letak )
sedikit minyakuntk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak, gorang bawang putih, halia, bawang beasr dan cili hijua hingga naik bau harum, masukkan hati dan pedal ayam, gorang lagi hingga separuh masak, masukkan soso tiram, kicap cair, soft brown sugar, sedikit ajinomoto, sedikit crush black pepper goreng lagi hingga secukup masak, mauskkan tomato, goreng hingga sedikit layu, hidangkan

Agar-Agar Santan Gula Merah

bahan-bahan
500ml/2 cawan air
180gm /1 1/4 caw gula kabung atau gula merah
3sk agar-agar serbuk
1 helai daun pandan disimpul
300ml pati santan pekat
secubit garam

cara-cara
Masak air bersama serbuk agar-agar strip dan daun pandan simpul hingga agar-agar larut, masukkan gula masak hingga ia cair,keluarkan daun pandan, taburkan sedikit garam, tapis dahulu, basuh periuk yang sama, tuang balik dalam periuk yang sama, rebus balik hingga mendidih, tuang santan pekat, rebus seketika tujuannya bagi rasa sedap dan supaya santan tidak pecah minyak hingga ia mendidih, padamkan api, masukkan segera dalam dulang, sejukkan dalam peti sejuk, potong, hidangkan

Cube Potato Salad

bahan A rebus (tidak perlu letak garam)
2 biji ubi kentang size besar - basuh, rebus dgn kulit hingga masak & empuk, buang kulit, potong cube
1\2 carrot buang kulit - rebus seketul bersama ubi kentang, potong 4 & nipis selepas dimasak
1/2 tongkol jagung - rebus dgn kentang, lepas masak, hiriskan, ketepikan
2 genggam frozen kacang peas - rebus dgn kentang
1 biji telur - basuh rebus dgn kentang - potong nipis bahagian putih, bahagian kuning sagat semasa sebelum dihidangkan & ditabur atas salad.

bahan C - dipotong & diperah
1-2 biji timun jepun - basuh, potong jgn terlalu nipis, gaul dengan sedikit garam, bila ia mula lembut/layu, perah buang airnya separuh, ketepikan isinya
1/2 biji bawang besar - mayang nipis halus, basuh, perah airnya, ketepikan

bahan C salad dressing
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan sour cream (klu tdk ada sour cream letak lagi setengah cawan mayonnaise)
1/2 sudu kecil crush lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 biji lemon - perah jusnya atau 1 biji limau nipis- perah jusnya (saya tdk ada limau nipis jadi saya ganti dgn lemon, lebihkan lemon/limau nipis jika tdk guna sour cream ikut citarasa masing2)
sedikit gula or ajinomoto ( optional)

cara-cara

  1. satukan semua bahan A kecuali, kuning telur rebus
  2. satukan bahan B dgn bahan A gaul rata
  3. campurkan semua bahan C gaul rata, masukkan semua bahan-bahan gaul rata, hidangkan dalam pinggan, sagat telur kuning rebus tadi disekeliling salad tadi, jika suka sejukkan dahulu salad tadi , tudung dengan plastic wrap, sejukkan dalam fridge hingga sejuk sedia untuk dimakan
  4. boleh juga dihidangkan begitu sahaja dan tidak perlu disejukkan terlebih dahulu dahulu dalam fridge

Wednesday, August 11, 2010

Laksa Asam Tuna Dalam Tin

.

Bahan-bahan ( 6-7 orang makan ) - sumber resipi member mry
Laksa siap dicelur
2 tin kecil tuna chunks in brine/water/oil sebarang jenama

Bahan Kisar*
7 tangkai cili kering*
1 cm belacan*
2 biji b.putih & 1 bawang besar*
1 batang serai hiris kasar*
3-4 asam keping
1 bunga kantan belah 4 (jika suka)
daun kesum


Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Blender ikan tuna dengan air, masukkan dalam tumisan tadi. Tambah air, sesuaikan kepekatan kuah.
  3. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, garam. Biar mendidih smpai rasa bersatu.
  4. Siap dihidang. Enak dimakan dengan hirisan ulam seperti timun, bawang, cili merah, limau kasturi/nipis, daun salad, daun selom... ikut citarasa.

Friday, August 6, 2010

Kek Pisang

bahan-bahan (guna gelas matrik semasa menyukat bahan)
1 1/3 gelas pisang masak ranum yg tlh dilenyek dr 4 biji pisang montel size m
2/3 gelas gula
1 telur size s
2 penutup vanilla essence
1/3 gelas minyak masak
1 sk rata garam halus
1 pack kecil inst. coconut milk powder seberat 50gm
1 gelas tepung penkek seberat 200gm

cara-cara
lenyek pisang dengan pemukul telur, ketepikan, pecahkan telur, letak vanilla essence, kacau rata dengan pemukul telur, tuang pula gula, kacau rata lagi dengan pemukul telur, masukkan pula pisang yg telah dilenyek tadi, gaul rata, letak garam, serbuk santan, kacau rata lagi, tuang minyak masak kacau hingga sebati, tuang pula tepung penkek gaul hingga sebati, tuang terus dalam non-stick loyang pembakar, preheated microwave oven atau oven 180C, bakar selama 40-45 minit, sejukkan, potong, hidangkan

Wednesday, August 4, 2010

Kuih Talam

Lapisan Bawah (Bahan A) - sumber resipi citarasawan blogspot.com
240gm gula merah
100gm gula pasir
250ml air(Satukan semua, masak dan jadikan sirap gula, sejukkan)

Bahan B
220gm tepung gandum
30gm tepung ubi
600ml air
1 Tbsp air kapur

Lapisan Atas
500ml santan KARA (aida ltk 2 pack kecil inst. coconut milk powder + 500ml air panas suam, kacau)
250ml air
120gm tepung beras
1 1/2 tsp garam halus
Loyang 8" empatsegi

Cara-cara :

  1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A bersama bahan B, gaul rata hingga licin dan tapis.
  2. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Leser loyang dengan minyak dan tuangkan lapisan bawah, Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Angkat dan cakar permukaannya dengan garpu.
  3. Lapisan Atas : Satukan bahan lapisan atas, tapis. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja, kemudian angkat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pemotong plastik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails