Tuesday, September 20, 2011

Kuih Peniram

bahan A - ( sukat bahan dgn jar matrik atau gram)
  • 2 1/2 cawan @ 250gram @ 500ml tepung beras cap 3 gajah - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung beras sekiranya tambah 1/4 caw air
  • 2 sb rata instant coconut milk powder - bhn tbhan aida ltk sdr
  • 2sb rata tepung gandum - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung gandum sekiranya tambah lagi 1/4 cawan air  

bahan B - (sukat bahan dgn jar matrik atau gram)
  • 200gm gula merah - aida ltk 88gm gula  merah + 112gm gula gerek @ gula manisan(2 kpg bgtg pd brt skpg gula tsbt
  • 1-2 helai daun pandan - koyak-koyakkan - bhn tbhan aida ltk sdri
  • 200ml @ 1 cawan air - aida lebihkan air dr resipi asal, *kemudian aida ltk 1/4 cawan air lagi

cara-cara
sediakan bahan A, kedalam besin logam, gaul rata, ketepikan, masak kesemua bahan B hingga gula larut serta mendidih terus angkat dari api dan terus tapis ke dalam tepung-tepung dan serbuk santan tadi, gaul terus dengan sudu besi, perap adunan beberapa jam atau semalaman, sapukan sedikit minyak atas tapak tangan, ambil adunan sebesar geguli atau ibu jari, bulatkan, sapu sedikit minyak, letak dalam pinggan plastik, leperkan sikit, celup bahagian lidi atau chopstik yang dengan sedikit minyak, cucuk ditengahnya buat lubang bentuk doughnut, angkat terus goreng  dalam minyak panas, alih-alihkan, perlahankan api  pandai-pandai sendirilah jaga api semasa mengoreng,  sedia untuk dihidangkan, sekiranya berlaku dough jadi keras kerana diperap beberapa jam atau semalaman sila uli balik dengan sedikit air panas hingga lembut ulangi step seterusnya hingga habis, sedia untuk dihidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails