Thursday, September 30, 2010

Mengenai Puasa Sunat Syawal @ Puasa Enam, Ganti & Ziarah

P/s panduan berguna untuk diri sendiri, keluarga dan untuk dikongsi bersama semua pembaca yang beragama Islam .... rugi kalau tidak baca...


Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa

Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, September 29, 2010

Garlic Spaghetti

bahan-bahan
300gm spaghetti kering
3 ulas bawang putih - cincang
2 cili kering - potong or patah dua
lada hitam - baru ditumbuk secukupnya
2 sb serbuk pati ayam atau 1/2 cube chicken
secukupnya daun selasih/kemangi/basli segar - cincang
secukupnya italian parsley segar - cincang
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menumis
cara-cara
  1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mestilah direbus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, Bila sudah masak, masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih cincang ,cili kering, goreng hingga naik bau harum, jangan biarkan bawang putih jadi kuning keemasan nanti ia pahit, bila ia mula hendak kuning, terus taburkan serbuk pati ayam, goreng seketika bagi naik bau wangi terus masukkan separuh daun parsely dan daun kemangi, goreng seketika
  3. Masukkan spaghetti rebus tadi goreng hingga berpalut, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.
  4. Akhir sekali taburkan separuh potongan daun parsley dan selasih segar, masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api,
  5. Hidangkan dalam pinggan, siap untuk dimakan.

Ais Kacang

bahan A
1 caw instant kacang merah
1 caw lengkong atau cincau - potong dadu atau memanjang
1 caw instant jagung dalam tin
1 caw instant cendol
1 caw kacang tanah goreng tanpa minyak buang kulitnya
1 caw buah pala kering yang disagat memanjang
1 caw agar-agar berwarna merah, kuning, hijau - potong dadu atau memanjang (optional)
1 caw sagu mata ikan atau sagu halus yang telah dimasak
1 caw buah nau
1 caw pati santan atau evaporated milk

bahan B
Air Sirap MerahGula secukupnya + pewarna merah + air rose + 1 daun pandan simpul + sedikit air - masak sirap pekatkan, jgn terlalu cair nanti abc tidak sedap (kalau tidak ada perwarna merah potong atau sagat beet rootmasukkan dalam sedikit air, biar seketika, tapis, keluarkan isi beet root , rebus air tersebut dengan gula putih masak hinga pekat)

Atau

Air Sirap Gula Merah
Air Sirap Gula Merah gula merah secukupnya + gula putih secukupnya dimasak dengan 1 daun pandan simpul + sedikit air , pekatkan jangan telalu cair, nanti abc tidal sedap

bahan C
ketulan ais secukupnya
small ice shaving machine atau blend ais cube dalam blender hingga halus, jika susah blend campurkan sedikit air blend lagi hingga halus dan pekat


cara-cara
masukkan sesudu bahan A hidang untuk seorang dalam bekas yang sesuia untuk satu orang makan, mesin ais masukkan kedalamnya, tuang gula sirap merah atau air gula merah, susu atau santan, hidangkan

Sweet & Sour Fish

bahan-bahan
2 ekor ikan - basuh, gaul ikan dgn garam kunyit, goreng, ketepikan
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
5 hiris halia - mayang halus
sos tomato secukupnya
sedikit air asam jawa
cili segar - potong @cili padi - diketuk
1 sk. tepung jagung + dgn sedikit sahaja air
2 pokok daun sadri @ daun ketumbar - potong
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit garam, gula & ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis


cara-carapanaskan sedikit minyak,tumis bawang putih, halia, bawang besar dan cili hingga naik bau harum, masukkan sos tomato, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya untuk dijadikan kuah, perasa dengan lada hitam, garam, gula dan ajinomoto, masak hingga mendidih, jika suka masukkan lagi separuh bawang besar potong, masak sedikit layu, diikuti ketulan ikan, daun sup dan alih-alihkan, tuang air tepung jagung secukupnya, masak hingga pekat, hidangkan

Sweet & Sour Fish Fillet

bahan-bahan
2 keping isi ikan - basuh, gaul isi ikan dgn garam kunyit, goreng, ketepikan
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
5 hiris halia - mayang halus
sos tomato secukupnya
sedikit air asam jawa
cili segar - potong @cili padi - diketuk (saya letak cili padi)
1 sk. tepung jagung + dgn sedikit sahaja air
2 pokok daun sadri @ daun ketumbar - potong
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit garam, gula & ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih, halia, bawang besar dan cili hingga naik bau harum, masukkan sos tomato, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya untuk dijadikan kuah, perasa dengan lada hitam, garam, gula dan ajinomoto, masak hingga mendidih, jika suka masukkan lagi separuh bawang besar potong, masak sedikit layu, diikuti ketulan ikan, daun sup dan alih-alihkan, tuang air tepung jagung secukupnya, masak hingga pekat, hidangkan

Kari Ikan

bahan-bahan
3 ketul isi ikan - sebarang jenis ikan
1/8 bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1-2 pelepah daun kari
1 sb halba campur - basuh, toskan
7sb or 2 senduk sedang rempah kari ikan baba`s
1 sb serbuk cili
7-8 keping asam gelugur + 500ml air panas - rendam dalam air panas
500ml air panas suam or air panas + 1/2 pack kecil inst. coconut milk atau 1/2 biji kelapa - perah ambil santannnya
10 biji kacang bendi
1 pokok daun sadri atau daun ketumbar - potong panjang
garam secukupnya
ajinomoto secukupnya (optional)
1/4 sk gula
1 senduk sedang minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan daun kari , masak hingga kuning, masukkan pula halba campur masak hingga naik bau, tutup api, masukkan serbuk kari, gaul rata 1 minit, masukkan asam gelugur dan airnya sekali yang telah direndam dengan air panas tadi, pasang api balik, rebus rempah hingga masak pecah minyak, masukkan kacang bendi, potong bendi dalam masa bagi mengelakkan ia berlendir, kacau seketika, masukkan ikan kacau seketika tujuannya bagi hanyir ikan berkurangan dan isi ikan jadi sedap, masukkan santan, garam gula dan ajinomoto secukupnya, rebus seketika kemudian perlahankan api, renih santan hingga naik bau lemaknya dan berbau wangi, tambah air panas secukupnya sekira kuahnya terlalu pekat, masak kuahnya sederhana pekat atau pekat terpulang ikut selera masing-masing, bila dekat mahu angkat masukkan daun sadri atau ketumbar tujuannya bagi menyedapkan lagi rasa kari ikan itu, masak seketika, padamkan api, hidangkan

Kari Ikan


  • bahan-bahan
  • 3 ketul isi ikan - sebarang jenis ikan
  • 1/8 bawang besar - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1-2 pelepah daun kari
  • 1 sb halba campur - basuh, toskan
  • 7sb or 2 senduk sedang rempah kari ikan baba`s
  • 1 sb serbuk cili
  • segenggam asam jawa + 500ml air panas - perah ambil jusnya atau 7-8 keping asam gelugur/keping
  • 500ml air panas suam or air panas + 1/2 pack kecil inst. coconut milk atau 1/2 biji kelapa - perah ambil santannnya
  • 10 biji kacang bendi
  • 1 pokok daun sadri atau daun ketumbar - potong panjang
  • garam secukupnya
  • ajinomoto secukupnya (optional)
  • 1/4 sk gula
  • 1 senduk sedang minyak untuk menumis
cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan daun kari , masak hingga kuning, masukkan pula halba campur masak hingga naik bau, tutup api, masukkan serbuk kari, gaul rata 1 minit, masukkan air asam jawa atau asam gelugur dengan air panas yang telah direndam tadi, pasang api balik, rebus rempah hingga masak pecah minyak, masukkan kacang bendi, potong bendi dalam masa bagi mengelakkan ia berlendir, kacau seketika, masukkan ikan kacau seketika tujuannya bagi hanyir ikan berkurangan dan isi ikan jadi sedap, masukkan santan, garam gula dan ajinomoto secukupnya, rebus seketika kemudian perlahankan api, renih santan hingga naik bau lemaknya dan berbau wangi, tambah air panas secukupnya sekira kuahnya terlalu pekat, masak kuahnya sederhana pekat atau pekat terpulang ikut selera masing-masing, bila dekat mahu angkat masukkan daun sadri atau ketumbar tujuannya bagi menyedapkan lagi rasa kari ikan itu, masak seketika, padamkan api, hidangkan

Strawberry Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas/cawan/jar matrik)
200gm @ 2 cawan tepung pankek
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
1/2 sk garam
100ml @ 1/2 cawan gula
100ml @ 1/2 cawan susu segar
1 telur - pukul sikit shj
50ml @ 1/4 cawan minyak
1cawan @230gm frozen strawberry
100ml @1/2 cawan plain yogurt

cara-cara
panaskan oven 200C, ayak dan campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masuskkan isi mangga potong cube kecil, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Tuesday, September 28, 2010

Pineapple Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas/cawan/jar matrik)
200gm @ 2 cawan tepung pankek
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
1/2 sk garam100ml @ 1/2 cawan gula
100ml @ 1/2 cawan susu segar
1 telur - pukul sikit shj
50ml @ 1/4 cawan minyak
1cawan @ 230gm isi nenas dlm tin - potong cube kecil (berat isi 230gm + air & tin anggaran 425gm)
100ml @1/2 cawan plain yogurt

cara-cara
panaskan oven 200C, ayak dan campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masuskkan isi mangga potong cube kecil, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Yellow Peach Yogurt Muffins

bahan-bahan (sila sukat bahan guna gelas/cawan/jar matrik)
200gm @ 2 cawan tepung pankek
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
1/2 sk garam100ml @ 1/2 cawan gula
100ml @ 1/2 cawan susu segar
1 telur - pukul sikit shj
50ml @ 1/4 cawan minyak
1cawan @230gm isi peach kuning dln ti - potong cube kecil (berat isi 230gm + air & tin anggaran 425gm)
100ml @1/2 cawan plain yogurt

cara-cara
panaskan oven 200C, ayak dan campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masuskkan isi mangga potong cube kecil, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Mango Yogurt Muffins

bahan-bahan (sila sukat bahan guna gelas/cawan/jar matrik)
200gm @ 2 cawan tepung pankek
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
1/2 sk garam
100ml @ 1/2 cawan gula
100ml @ 1/2 cawan susu segar
1 telur - pukul sikit shj
50ml @ 1/4 cawan minyak
1cawan @230gm isi mangga dlm tin - potong cube kecil (berat isi 230gm + air & tin anggaran 425gm)
100ml @1/2 cawan plain yogurt

cara-cara
panaskan oven 200C, ayak dan campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masuskkan isi mangga potong cube kecil, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Masak Lemak Kuning Telur Ikan & Ikan Salmon Dengan Pucuk Kemangi

bahan-bahan
1 ketul telur ikan salmon dari seekor ikan
2 ketul isi ikan salmon - siang, bersihakn, toskan, ketepikan
200ml pati santan - saya ltk santan pekat dalam tin secukupnya
*1/4 biji bawang besar size paling besar - blend/tumbuk
*cili padi secukupnya - blend/tumbuk, ikut pedas
1 sk serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
secekak besar/seikat pucuk kemangi or basli
sedikit gula, garam dan ajinomoto
air secukupnya untuk dijadikan kuah

cara-cara
blend dengan sedikit air, cili dan bawang besar atau tumbuk dengan lesung batu jadikan paste, terus tuang dalam periuk bersama asam gelugur dan serbuk kunyit, rebus seketik hingga ia mendidih, masukkan telur ikan, rebus telur ikan bersama garam, gula dan ajinomoto dengan air secukupnya hingga secukup masak, jika perlu tuang kan sedikit lagi air, masukkan isi ikan pula, masak isi ikan hingga secukup masak, terus tuang pati santan pekat dan air secukupnya untuk dijadikan kuah, timbuk-timbukkan ia selalu supaya ia tidak meruap, apabila cukup masak, masukkan pucuk kemangi, masak hingga pucuk kemangi layu, padamkan api, hidangkan

Monday, September 27, 2010

Penang Assam Laksa

Ingredients :1 lb Mackerel fish
8 cups water
5 pieces assam keping (peeled tamarind)
1 pack dried laksa noodles

Spice Paste :
12 dried red chilies (seeded)
5 fresh red chilies (seeded)
8 small shallots
2 teaspoons belacan
1 stalk lemon grass (use only the white part, about 6 inches)

Tamarind Juice :
Tamarind (about golf ball size)
1/2 cup water (repeat 3-4 times)

Seasonings :1 teaspoon salt
2 tablespoons sugar
1 teaspoon fish sauce

Garnishing :1 cucumber (julienned)
1 bunch mint leaves (use only the leaves)
1 bunch polygonum leaves/Vietnamese mint leaves (daun kesom/daun laksa)
1 bungan kantan (cut into small pieces)
1 red onion (sliced thinly)1 lettuce (thinly cut)
1 red chili/3-4 bird’s eye chilies (cut into small slices)
1 small pineapple (cut into short strips)

Condiment :
Heh Ko/Prawn Paste


Method :
Clean the fish, remove scales and guts. In a pot, bring 8 cups of water to boil. Add in the fish and boil for about 10 minutes. Transfer the cooked fish out into a bowl and let cool. Strain the fish stock, then add in the peeled tamarind, and the polygonum leaves and continue to boil in low heat.

Wet your hands constantly with a bowl of water, pick the flesh out of all the fish and discard the bones. Break the fish meat into tiny pieces and put the fish back into the stock, cover the lid, and lower the heat.
Using a mini food processor, grind the spice paste until fine. Heat up a wok and saute the spice paste with cooking oil for about 6-8 minutes or until it smells aromatic and spicy. Transfer the spice paste into the boiling stock.

Extract the tamarind juice and add it into the stock. Strain the tamarind juice and keep the seed. Repeat it 3-4 times with 1/2 cup of water each time to make sure you extract all the essence from the tamarind. Continue to taste your Assam Laksa stock to make sure it’s sour and to your liking. For seasoning, add sugar, salt, and fish sauce.
Prepare the laksa noodles by following the packaging instructions. In a serving bowl, add in the laksa noodles and garnish all vegetables on top. Pour the Assam Laksa soup into the bowl and serve immediately with a spoonful of Heh Ko/prawn paste.
Cook's Notes:
  1. For the best laksa noodles, please use Mount Elephant brand “Guilin Rice Vermicelli” (象山牌桂林濑粉) found at Asian/Vietnamese stores. (In Vietnamese, it’s called Bun Bo Hue Guilin.) It’s very smooth and exactly like the laksa noodles back home. If you are lucky, you might even find the fresh ones.
  2. For a good alternative, try LaiFen Rice Stick/中山濑粉 from Guangdong, China.
    Fresh rice noodles or laifen/濑粉 are available in Asian grocery stores, but I don’t like the texture: they are a tad too thick and not smooth enough.
  3. Canned sardines DO NOT make good Penang Assam Laksa. They make the soup base fishy and unappetizing.
  4. There is no shortcut to making great Assam Laksa, you just have to find certain freshest fish and make it from scratch.
Sources :- From rasamalaysia.com

Cekmek Molek


Bahan A - Dough Ubi Keledek (12 biji)
300gm ubi keledek @ ubi kentang
35gm @ 1/4 caw tepung gandum
50ml @ 1/4 caw air panas
sedikit garam
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara
kupas kulit ubi, basuh dan terus bungkus kemas dalam plastic wrap , preheat selama 5 minit, lecek ubi keledek, letak garam, masukkan tepung gaul dengan ubi keledek hingga ia bersatu, tuang air panas, gaul lagi hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 12 bahagian, bulatkan, leperkan, letak satu sudu kecil gula ditengahnya, tutup doh dalam bentuk bujur, tekan dengan hujung jari sehingga kemas, ulangi hingga habis, goreng dalam minyak penuh dengan menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan, hidangkan

Bahan B - Dough Buah Labu (12 biji)
300gm buah labu - dibuang kulitnya, preheated dalam microwave oven
70gm @ 1/2 caw tepung gandum
sedikit sahaja garam
gula secukupnya minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara
kupas kulit buah labu, basuh dan terus bungkus kemas dalam plastic wrap , preheat selama 5 minit, lecek buah labu, letak garam, masukkan tepung gaul dengan ubi keledek hingga ia bersatu, gaul lagi hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 12 bahagian, bulatkan, leperkan, letak satu sudu kecil gula ditengahnya, tutup doh dalam bentuk bujur, tekan dengan hujung jari sehingga kemas, ulangi hingga habis, goreng dalam minyak penuh dengan menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan, hidangkan

Bubur Kacang Merah

bahan-bahan
150gm / 2/3 caw kacang merah
1 liter / 4 caw air
1 helai daun pandan disimpul
120-140gm / 1/2 caw gula merah atau gula putih
250ml / 1 caw pati santan segar atau 1 pack kecil inst. powder coconut milk bancuh dgn air panas suam
1/4 sk garam

cara-cara

  1. Basuh, rendam kacang merah selama 30 minit, basuh balik toskan, masukan 1 liter air rebus guna api perlahan hingga lembut selama 45minit ke 1 jam
  2. Masukkan daun pandan, gula merah, garam dan santan masak hingga sederhana pekat atau pekat, ikut citarasa masing-masing, , jika suka hidangkan bersama pulut tanak, hidangkan

Strawberry Lassi

dari dapur saya hari ini, sesuai diminum pada bila-bila masa yang disukai

bahan-bahan
185gm yogurt sejuk dalam fridge
250ml air sejuk dalam fridge
4 sk gula - gula ikuit manis
25 biji frozen strawberry
secubit garam (optional)

cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam blender atau food processor. Blend selama1-2 minit sehingg sebati dan berbuih, hidang bersama ketulan ais

Ikan Goreng Panggang Bantut Daun Selasih/Kemangi

bahan-bahan4 ekor ikan merah, kembong, selar atau apa-apa jenis ikan - size sederhana
30gm kelapa kering atau 1/4-1/2 biji kelapa putih parut
1 sk asam jawa + 1/3 caw air - preheat dalam microwave perah jus pekatnya
sedikitk serbuk kunyit atau ubi kunyit - tumbuk
2 serai - dimayang halus, tumbuk
sejemput cili padi hijau - tumbuk
secekak kecil pucuk daun selasih/kemangi - mayang halus
secubit gula
sedikit garam
sedikit ajinomoto
4 tali untuk ikat ikan - lebih baik guna lebihan pelepah serai yg hendak buang & tdk mahuitu, jgn buang boleh buat utk ikat ikan ,tali batang pisang, benang atau lidi
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
  1. siang ikan, belah belang, keluarkan perutnya, cuci bersih-bersih, ketepikan
  2. mayang halus serai kemudian tumbuk cili padi dan kunyit dulu diikuti serai cuma tumbuk kasar tidak perlu lumat
  3. preheat asam jawa dengan air dalam microwave, perah airnya masukkan terus dalam kelapa kering, gaul rata supaya kelapa jadi kembang seakan-akan berupa kelapa parut segar, masukkan ramuan yang telah ditumbuk tadi, gaul rata bersama kelapa dan daun selasih/kemangi potong hingga sebati, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, bahagi pula kepada empat bahagian
  4. garam kunyitkan sedikit ikan tadi kemudian sumbat 1/4 bahagian ramuan kelapa tersebut ke dalam seekor ikan tekan kelapa biar ia kejap, ikat dengan pelepah serai, ulangi hingga habis
  5. panaskan minyak secukupnya, goreng atau panggang ikan dalam grill, hidangkan segera dengan nasi panas

Agar-Agar Santan Gula Kabung

bahan-bahan
500ml air
180gm gula kabung atau gula merah
3 sk agar-agar serbuk
1 helai daun pandan disimpul
300ml pati santan
secubit garam

cara-cara
Masak air bersama serbuk agar-agar dan daun pandan simpul agar-agar larut, masukkan gula masak hingga ia cair,keluarkan daun pandan, taburkan sedikit garam, diikuti dengan santan, cepat-cepat padamkan api tujuannya bagi rasa sedap dan supaya santan tidak pecah minyak, masukkan segera dalam plastic ramekins yang disukai, sejukkan dalam peti sejuk, keluarkan, hidangkan

Rendang Daging

bahan A
1000gm daging - potong
3 paket kecil santan serbuk
sekeping asam gelugor
1 s/b rata gula
2 s/k rata garam
sedikit ajinomoto
2 helai daun kunyit segar- dihiris halus

bahan B blend halus
10 batang serai - dihiris nipis
4" lengkuas - dihiris
2" halia segar- dihiris
1 biji bawang besar - potong
10 uals bawang putih - potong
40 biji cili kering - potong buang bijinya, direndam dalam air panas atau direbus, air secukupnya untuk blend bahan kisar

cara-cara
Blend halus bahan B, masukkan kesemua bahan B yang telah diblend ke dalam periuk pressure cooker bersama daging yang telah dipotong dan dibersihkan, serbuk santan, asam gelugur, gula, garam dan ajinomoto, tutup tudung pressure cooker, masak selama 7-14 minit tutup api, kemudian buka balik penutupnya, taburkan pula daun kunyit, kacau, masak rendang itu hingga kering, berminyak dan berbau wangi, hidangkan

Kuey Teow Telur Kuah

bahan-bahan
2 sanggul kuey teow kering - direbus hingga lembut, tapis, basuh dgn air sejuk, ketepikan
1 ulas bawang putih -dicincang
1/2 bawang besar sedehana besar - potong baji belah 4-5 bahagian
1/8 kobis sedikit kobis - hiris serong memanjang
1/2 carrot - potong panjang
2 biji tomato - potong baji
secekak kecil daun sup - potpng panjang
sedikit sahaja ketchup tomato
1 sk serbuk cili
sedikit sahaja oyster sauce
sedikit sahaja kicap cair
sedikit serbuk pati ayam
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit sgaram
sedikit sahaja gula dan ajinomoto
air panas mendidih secukupnya untuk dijadikan kuah
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan oyster sauce kicap cair dan serbuk pati ayam, goreng hingga naik bau wangi, terus masukan ketchup tomato goreng lagi seketika hingga naik bau wangi, taburkan serbuk cili goreng hingga secukup masak, letak bawang besar, carrot, kobis, daun sadri dan tomato goreng lagi sedikit sahaja layu, tuang kuey teow dan air panas mendidih, masak hingga mendidih, perasa dengan garam, gula, lada hitam tumbuk, ajinomoto dahulu kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji, didihkan seketika hingga telur masak, hidangkan

Apum Balik Jenis Nipis

bahan-bahan
  • 2 cawan tepung pancake
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 soda bicarbonat - aida ltk 1/4 sk
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sk baking powder -aida ltk 1/4 sk
  • bahan tabur
  • 1 tin jagun tin - aida ltk 1 tongkol jagung manis - potong/hiri, preheated dalam microwave oven selama 1-2 minit
  • 1 cawan kacang tanah - grg tpa myk, buang kulit, dimesin kasar
  • 1 cawan gula
  • sedikit mentega - aida ltk sedikit cube butter beku - potong nipis (diltk sblm lipat dua & sblm angkat apum balik)
cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.

Laksa Asam

Bahan-bahan - sumber resipi citarasawan blogspot.com
1 kg laksa basah - ltk laksa kering- rendam, rebus, toskan, ketepikan
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas - ikut resipi asal tdk perlu kisar - * kisar bahan ini
1 batang serai di titik - ikut resipi asal cuma titik - * kisar bahan ini
1 kuntum bunga kantan di potong
2 sudu besar pes udang - * letak 2sb serbuk belacan bakar
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa


Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili api - aida letak cili serbuk secukupnya
4 tangkai cili merah(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus) - *cuma ltk serbuk cili ikut pedas

Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris
6 tangkai daun pudina
1 sudu petis udang jika suka
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua


Cara-cara :

  1. Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak. Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2.
  2. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan. Rebus hingga betul-betul mendidih
  3. Kemudian masukkan pes udang atau belacan, serbuk perasa dan garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  4. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.

Wednesday, September 22, 2010

Stir Fried Bitter Melon or Bitter Gourd

dari dapur saya hari ini, masakkan paling mudah, sedap dimakan ketika berbuka puasa dengan nasi panas ketika ia masih panas lagi.

bahan-bahan
1 biji buah peria size sederhana - basuh, potong, tips mak saya jgn direndam nanti buah peria pahit
1 ulas bawang putih - dicincang
1 biji giant bomb cili hijau - jenis paling pedas - dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
sejemput gula
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak tumis buah peria , masukkan sejemput gula goreng lagi hingga masak, angkat dan ketepikan, tuang sedikit lagi minyak, tumis bawang putih hingga naik bau harum, masukkan sos tiram diikuti kicap cair goreng lagi hingga naik bau harum, terus masukkan cili hijau cincang tadi, goreng hingga masak, masukkan balik buah peria yang telah digoreng tadi, goreng hingga berpalut dan secukup masak, hidangkan

Choc Chip Fruit Muffins

bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu segar
1 telur - pukul sikit shj
1/4 cawan minyak
1/2 cawan kismis
1/3 cawan baking chocolate chips
1/4 cawan orange peel

cara-cara
panaskan oven 200C, ayak dan campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan kismis, chocolate chips dan orange peel , gaul rata, sudukan ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Tuesday, September 21, 2010

Biskut Kacang

bahan-bahan
1 1/2 caw tepung gandum
1/2 caw gula blend halus
1/2 caw kacang tanah goreng tanpa minyak - blend halus
1/2 caw minyak masak
100gm butter

cara-cara
gaul rata, tepung, kacang tanah blend, gula, bijan, kemudian gaul lagi dengan minyak masak dan uli pula dengan butter, bulat-bulatkan ikut size yang disukai, susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu darjah 160C selama 15-25 minit, hidangkan

Biskut Makmor

bahan A - Dough
300gm tepung gandum - diayak
1/2 tin kecil minyak sapi - dicairkan
mentega - ikut lembut
gula - blend halus, secukupnya untuk golek-golekkan kuih

bahan B - Inti
1/4 gelas gula - blend halus
1/2 gelas kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulitnya, blend kasar
kismis hitam secukupnya - bergantung pada bilangan kuih

Cara-cara

  1. Ayak tepung, cairkan minyak sapi, gaul rata, masukkan mentega ikut lembut, uli hingga sebati
  2. Campurkan kesemua bahan inti, bentukkan doh seperti membuat buah melaka isikan intinya bersama sebiji kismis hitam setiap satu, tutup dan bulat-bulatkan susun dalam dulang pembakar
  3. Panaskan oven 160C, masukkan dulang ke dalam oven, letak dulang ditingkat No.2 dari bawah, bakar selama 20-30 minit, masa membakar bergantung pada saiz, agak-agaklah sampai ia masak
  4. Apabila kuih masak, cepat-cepat golek-golekkan ke atas gula supaya ia melekat. Hidangkan

Sunday, September 12, 2010

Meehon Sup

bahan A - Rebus/Renih
1000gm daging lembu
seketul besar halia - diketuk/mayang halus
6 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis air secukupnya untuk rebus daging

bahan B Rempah Sup - Blend Halus
2 sb biji rempah
2 sb lada hitam
2" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 sb jintan manis
2 sk jintan putih
2 isi biji buah pala

bahan C Tumis
1/2 bawang besar - mayang halus minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Celur & Tabur
daun bawang secukupnya- hiris halus
daun sadri dan daun ketumbar secukupnya - hiris halus
taugeh - dicelur
telur rebus secukupnya - direbus (optional)
meehoon celur secukupnya
bawang goreng secukupnya
lobak masin celur secukupnya - dicincang halus
sambal kicap cili padi secukupnya secukupnya - ditumbuk (campurann cili padi tumbuk, kicap dan gula)

bahan E
perasa secukupnya dengan sedikit garam, gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend halus semua bahan kemudian masukkan terus rempah sup ke dalam pressure cooker, tidak perlu bungkus kerana rempah itu akan jadi lembut,jika masak dalam periuk biasa sila bungkus dengan kain kasa/muslin dan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh daging masukkan terus dalam periuk boleh diletakan daging seketul begitu sahaja atau dipotong dahulu daging, masukkan terus dalam periuk dengan bungkusan sup bunjut tadi,
  3. campurkan halia ketuk atau mayang halus, buah pelaga, kulit kayu manis, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih daging guna api paling perlahan, masak sehingga daging empuk,
  4. perasa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  5. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja, jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api,
  6. buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit,
  7. hidangkan dengan bahan tabur bersama sambal kicap

Tuesday, September 7, 2010

Eid-ul-Fitr Mubarak 2010

Salam Kepada Semua Pengunjung...
Berakhirnya Ramadhan ...Tibanya Syawal...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
dari aida sekeluarga...

Monday, September 6, 2010

Pudding Caramel With Fresh Milk II

bahan A
6 biji telur ayam
500ml susu segar
1/2 caw. gula putih
1/4-1/2 sk garam - secukup rasa

bahan B Caramel
1/4 caw. gula
4 sudu air

Cara-cara

  1. Campurkan semua Bahan A didalam pengisar (blender) atau sebatikan dengan pemukul telur, adun hingga sebati.
  2. Sambil itu panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Tuang kuah caramel ke dalam dulang kaca, biar ia suam dahulu, kemudian masukkan Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi, tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak.
  4. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  5. Simpan didalam peti sejuk. Rasa puding menjadi lebih sedap jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.
  6. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling dan tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak. Terbalikkan puding tersebut yang bercaramel mestilah diatas,
  7. potong ikut suka atau hidangkan.

Meehon Sup


bahan A - Rebus/Renih
500gm daging, ayam, tulang lembu or ayam
seketul besar halia - diketuk/mayang halus
2-3 biji buah pelaga
1/2" kulit kayu manis
air secukupnya untuk rebus daging

bahan B Rempah Sup - Blend Halus
1 sb biji rempah
1 sb lada hitam
1" kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkih
1 sb jintan manis
1 sk jintan putih
1 isi biji buah pala

bahan C Tumis
1/4 bawang besar - mayang halus
minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Celur & Tabur
daun bawang secukupnya- hiris halus s
daun sadri dan daun ketumbar secukupnya - hiris halus
taugeh - dicelur
udang segar - direbus dgn kulit (optional)
meehoon celur secukupnya
bawang goreng secukupnya
lobak masin celur secukupnya - dicincang halus
sambal kicap cili padi secukupnya secukupnya - ditumbuk (campurann cili padi tumbuk, kicap dan gula)

bahan E Perasa
garam, gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend halus semua bahan kemudian masukkan terus rempah sup ke dalam pressure cooker, tidak perlu bungkus kerana rempah itu akan jadi lembut,jika masak dalam periuk biasa sila bungkus dengan kain kasa/muslin dan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh daging masukkan terus dalam pressure cooker, kemudian potong apabila ia empuk, jika guna periuk biasa sila potong dahulu daging, masukkan terus dalam periuk yang bungkusan sup bunjut tadi, campurkan halia ketuk atau mayang halus, buah pelaga, kulit kayu manis, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih daging guna api paling perlahan, masak sehingga daging empuk, perasa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  3. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja, jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api,
  4. buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit, hidangkan
  5. Tips berguna bagi pengguna yang baru beli pressure cooker jenis kecil/besar, anda cuma perlu letak daging dulu, tuang air lebih kurang daging itu tenggelam sahaja, masukkan semua bahan rebus, masak hingga secukup masak, tutup api, buang angin pressure cooker, kemudian tambah lagi air panas mendidih bagi cukup kuah sup yang diperlukan, rebus balik kuah sup itu hingga mendidih, tujuannya supaya ia tidak meruap keluar, seterusnya ikuti langkah no. 3 dan akhir sekali hidangkan dengan mehoon

Cornflake Madu Buah-Buahan

letak dalam acuan cawan kecil kemudian bakar secukup masak

inilah brand instant cerals yang di gunakan
  • bahan-bahan  
  • 270gm instant rice bubbles with dry mixed fruits like apple, strawberry, raisins, papaya, nuts like almond, pumpkin seeds, muesli, oat, grains, corn flakes, rice bubbles & shredded coconut, all of the dry goods they toasted first then they coating with sugar or honey
  • 30gm diced orange peel
  • 20gm butter
  • 2sb pure honey
  • acuan cawan kecil secukupnya
cara-cara
letak butter dan honey dalam bekas, preheated 1 ke 2 minit bagi butter lembut, senang gaul butter dengan honey untuk disebatikan, masukkan toasted rice bubbles & dice orange peel , gaul rata hingga sebati, sudukan setiap satu cawan kertas, panaskan ketuhar 170C bakar seketika 2-3 minit atau secukup masak, jaga-jaga jangan sampai hangus, boleh juga masak dalam toasted oven, bakar 2-3 minit, angkat, sejukkan atas redai, hidangkan, yang selebihnya simpan dalam bekas kedap udara.

Sunday, September 5, 2010

Choco Corn Flakes

bahan-bahan
  • 4 bar meiji ordinary milk chocolate atau chocolate secukupnya
  • 4 sb butter atau butter secukupnya
  • 200gm unsweetened plain corn flakes
    cawan kertas secukupnya
  • cara-cara
    letak chocolate dan butter dalam bekas, preheat dalam microwave oven selama 1 minit ke 2 minit bergantung pada chocolate, lebih mudah guna chocolate pada suhu bilik daripada jenis dingin beku kerana ia senang dicairkan, biar ia cair atau kalau hendak senang lagi guna kaedah double boiler mencairkan chocolate, tuang corn flakes, gaul rata, sudukan ke dalam cawan kertas satu persatu hingga habis, sejukkan dalam peti ais, hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara

Biskut Sarang Semut

bahan-bahan
210gm mentega
125gmc gula custor
1 tin tepung custard
chocolate rice secukupnya
cawan kertas secukupnya

cara-cara
pukul mentega dan gula dengan mesin hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan telur, gaul rata terus tuang semua tepung custard, adun dengan mesin hingga sebati, berhenti, satukan adunan tadi jadikan sebiji adunan, ambil sedikit adunan picitkan ia melalui tapis yang sederhana besar lubangnya supaya keluar pendek-pendek atau bagi memudahkan kerja lagi genggam segenggam adunan sagat dengan penyagat, kemudian sudukan atau masukkan dengan tangan ke dalam cawan kertas, ulangi hingga habis, panaskan oven 170C, bakar selama 15 minit atau secukup masak, setelah masak terus taburkan chocolate rice, sejukkan atas redai, hidangkan, selebihnya disimpan dalam bekas kedap udara.

Chocolate Raisins Cookies

bahan-bahan
125gm butter
70gm gula
1 1/2 kuning telur
1 1/2 putih telur
20gm/4 sb cocoa powder
75gm tepung custard
75gm tepung jagung
75gm tepung gandum
150gm raisins
80gm choc bits
25gm dice orange peel
50gm shredded coconut
1/2 baking powder
1/2 bicarbonate soda
1 sk vanilla essence
sedikit garam

cara-cara
pukul telur dan gula dengan mesin hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan telur dan vanilla essence, pukul seminit dengan mesin, masukkan cocoa powder, baking powder, bicarbonate soda dan sedikit garam, pukul lagi seminit , tuang tepung custard, pukul lagi dengan mesin hingga sebati, masukkan tepung jagung, pukul sebati, masukkan tepung jagung, pukul sebati, akhir sekali masukkan raisins, choc bits dan shredden coconut gaul dengan tangan hingga sebati, bulat2 kan, leperkan, bentukan seperti membuat cucur badak, ulangi hingga habis, letak atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper, panas oven 180C, bakar selama 10-15minit atau hingga secukup masak, sejukkan atas redai, hidangkan, selebihnya simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, September 3, 2010

Kuih Semperit

bahan-bahan
250gm butter or margarine
4 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung custard
1 cawan castor sugar or gula - blend
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 penutup vanilla essence
sedikit garam
kismis or cherry merah potong cube kecil secukupnya atau - untuk letak atas kuih

cara-cara
  1. pukul butter dan castor sugar hingga kembang dan putih dengan mesin
  2. tuangkan vanilla essence ke dalam telur kuning + putih telur, kacau sedikit dengan garpu bagi mesra, kemudian tuang ke dalam adunan butter yang telah kembang tadi, gaul rata
  3. terus garam gaul rata, masukkan tepung custard, gaul hingga rata
  4. masukkan pula tepung jagung gaul rata dengan mesin hingga lembut serta jadi sebiji dough lembut yang tidak melekat pada tangan
  5. masukkan sedikit dough ke dalam acuan kuih semperit, tekan dough dalam dulang pembakar secukupnya
    letak satu cube kecil ceri merah atau kismis atas setiap satu kuih semperit yang masih mentah
  6. panaskan dahulu oven pada suhu 170C, alas dulang dengan baking paper, bakar kuih semperit kurang daripada 15 minit atau hingga secukup masak
  7. hidangkan, selebihnya simpan dalam bekas kedap udara

Chap Choi Dengan Cendawan Kering

bahan-bahan
  • 2 ikat chinese baby green mustard/sawi china jenis besar
  • 1/2 labu kecil bawang putih cincang secukupnya
  • oyster sauce secukupnya
  • sedikit kicap
  • 2 keping cendawan hitam - basuh, rendam dlm air sejuk, bila lembut potong nipis, tdk digalakan rendam dlm air panas, ia jadi liat
  • 1-2 sk rata tepung jagung - dibancuh dengan air rendaman cendawan hitam
  • 1 sk rata gula
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit garam
  • minyak secukupnya utk menumis
  • sedikit minyak bijan (jika suka)
cara-cara
  1. Basuh, bersihkan, belah dua sahaja 1 pokok sayur, kemudian belah sedikit bawahnya, ketepikan
  2. Apabila air mendidih, masukkan sedikit minyak diikuti dengan sayur masak sedikit layu selama 1-2 minit, angkat dari air dan toskan, susun dalam pinggan sepokok-sepokok
  3. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan, masukkan cendawan masukan oyster sauce goreng sampai naik bau, diikuti dengan kicap, goreng lagi hingga naik bau kemudian masukkan cendawan kering goreng lagi hingga cendawan masak secukupnya,perasa dengan sedikit gula garam dan ajimomoto.
  4. masukkan sedikit air tepung jagung kacau hingga pekat. Jika suka tuang sedikit minyak bijan, goreng seketika bagi naik naik bau, padamkan api, Tuang atas susunan sayur dalam pinggan tadi dan hidangkan dengan nasi panas.

Cucur Kodok Pisang

bahan-bahan
3 biji pisang montel masak ranum - diramas
tepung gandum - agak-agaklah (cb grg skt dulu, klu kodok mkn myk tbh lg tpg gdm)
sedikit bicarbonate soda
gula - ikut manis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
Gaul dan campurkan semua bahan sama kaedahnya buat cucur kodok , panaskan minyak, jemput-jemputkannya goreng dalam minyak penuh, kacau selalu hingga jadi bebola bulat yang cantik, goreng hingga mask angkat dan hidangkan

Lailatul Qadar

MALAM LAILATUL QADAR LEBIH BAIK DARPADA 1,000 BULAN (AYAT QADR 97.3)
Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan.

Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.

MAKSUD SURAH AL-QADAR
Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR
Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.

1. Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya : Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi.

2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.

3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.

4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.

SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :

Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.

Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat

Rujukan1. Al-Quran al-Karim2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr

Source: ePondok
Incoming search terms for the article:
4 sebab sembunyi lailatul qadar
doa bertemu dgn lailatul qadar
kenapa sembunyinya malam lailatul qadar
malam lailatulqadar nik aziz
malam tadi malam lailatul qadar
malam tadi malam lailatulqadar 02 sept 2010
tanda kedatangan malam lailatulqadar
youtube adab berhari raya

Sources :- From http://feryco.com/4-sebab-sembunyi-lailatul-qadar

Wednesday, September 1, 2010

Shredded Coconut Cookies

bahan-bahan
250gm butter - saya ltk 200gm butter sahaja, standard seketul butter disini, klu keras, sila uli lg dgn 50gm butter, takut nanti ada yang pakai desiccated coconut/kelapa kering itulah sebabnya kena tambah lagi 50gm butter
200gm gula
2 biji telur
2 sb vanilla essence
sedikit garam halus
1 sk bicarbonate soda
1 sk baking powder
150gm shredded coconut
350gm tepung gandum
150gm tepung jagung

cara-cara
  1. pukul gula dan butter hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan telur satu persatu dan tambah vanilla essence, putar seketika,
  2. ayak kesemua tepung gandum, tepung jagung bersama bicarbonate soda, baking powder dan garam ke dalam adunan mentega yang teah di pukul kembang tadi gaul rata, masukkan kelapa kering, gaul, uli hingga sebati dan jadi sebiji dough lembut
  3. bentuk-bentukkan bulat sepert sebiji guli kecil atau ikut size yang disukai dan leperkan sedikit
  4. alas baking tray dengan baking paper bagi memudahkan kerja membakar & mengeluarkan cookie
  5. panaskan ketuhar 180C bakar selama 12-15minit bergantung pada size biskut hingga kuning keemasan dan masak secukupnya
  6. sejukkan atas wire rack
  7. hidangkan atau simpan terus dalam bekas kedap udara.

Tazkirah Ramadan & Lailatul Qadr

Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera, rasanya Masih Belum Terlambat untuk kami ucapkan Ramadhan Mubarak Buat Semua Pembaca, Selamat Berpuasa, & Buka Puasa, Beribadat & Beribadah di Bulan Yang Mulia Ini, Sekian, Wassalam daripada aida sekeluarga kepada semua blog walking reader yang dihormati...

Pesanan Dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Mengenai Takzirah Lailatul Qadr melalui Facebook account nya untuk dikongsi bersama...

  • TAZKIRAH 4 LQ."Carilah Lailatul Qadar pd mlm2 yg gnjil pd 10 mlm yg akhir bln Ramadhan." (Bukhari).Aishah mriwayatkn:"Aku bkata:"Wahai Rasulullah saw,skiranya aku btemu dgn LQ,apakah doa yg prlu ku baca?Rasulullah saw bsbda:"Kataknlah:"Ya Allah,ssguhnya Engkaulh yg mgurniakan kampunan trhdp dosa2ku.Engkau suka mgmpun,maka ampunilah ak...u." (HR:Ahmad,Ibnu Majah & Tirmizi).
  • TAZKIRAH 3 LQ.Imam Nawawi mnjlskan,antara tnda2 Lailatul Qadar:Mlm yg sepi,tenang & bcahaya.Tak pns @ sejuk (sdrhana) seolah2 bulan memncar trg. Tiada petir @ kilat sabung myabung hgga subuh....Pd pgnya matahari akan timbul tnpa pncaran cahaya terik,cahaya matahari spt bln mgambang.
  • TZKIRAH 2 LQ."Pd mlm LQ maka trunlah Jibril as ke dunia dgn skumpulan malaikat,lalu bdoa memohon rhmat ke ats setiap hmba Allah yg mrk lihat sdg beribadat,bdiri atau duduk bzikir kpd Allah. (Al-Baihaqi).SEDAP SGUH NASI KANDAR,MKN SMPAI NMPK GIGI,JGN LPSKAN LQADAR,...KALAU TRLPS MMG RUGI !!!
  • Salam semua yg dsygi.Jom kt mulakan pncarian LQ bmula slps mghrb nnti hga ke pghujung rmdhan.TZKIRAH 1 TTG LQ.MLM LAILATUL QADAR LBH BAIK DRPD SERIBU BLN."Ssungguhnya tlh dtg kpdmu suatu bln yg tdpt d dlmnya satu mlm yg lbh baik drpd seribu bln.Brgsiapa yg dtolak drpd mlm ini,ssgguhnya trnafilah dia drpd sgl kbaikannya... & tidaklah yg dtolak drpd kbaikan itu kecuali yg benar2 tidak bnasib baik." (Ibnu Majah).

Sources :- From Ustazah Siti No Bahyah Mahamood http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood/248113084254

Tazkirah Ramadan

  • Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.
  • Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
  • Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.
  • Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.
  • Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.
  • Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
  • Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
  • Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr


  • Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
  • Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
  • Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
  • Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
  • Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

  • Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
  • Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
  • Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
  • Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
  • Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
  • Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Hikmah dirahsiakan kehadirannya

  • Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
  • Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
  • Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
  • Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
  • Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
  • Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
  • Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."
  • Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
  • Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
  • Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
  • Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
  • Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
  • Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
  • Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

  • Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
  • Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
  • Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
  • Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Fokus umat pada malam tersebut

  • Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
  • Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
  • Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
  • Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
  • Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

  • Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
  • Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

  • Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
  • Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
  • "Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
  • Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
  • "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
  • Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
  • Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
  • "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).
  • "Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. - mks.

Sources :- From http://www.harakahdaily.net/ (P/s dari aida, jangan ketawa kawan..tidak salah kita membaca dari website ini, lebih banyak membaca bertambah lagi ilmu & kita dapat mendalami ilmu pengetahuan islam sebenar ianya ruang agama bukan ruang politik...)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails