Thursday, August 4, 2011

Sup Ayam

bahan A - Rebus @ Renih
500gm ayam - potong, basuh, toskan, ketepikan
seketul halia sebesar ibu jari - diketuk @ dimayang halus
2-3 biji buah pelaga
1" kulit kayu manis
air secukupnya untuk rebus ayam

bahan B - Blend Kasar  @ Tumbuk Kasar
1 sk biji rempah
1 sb lada hitam
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkih
2-3 biji buah pelaga
1 sb jintan manis
1 sk jintan putih
1 isi biji buah pala
kain kasa/muslin + benang putih - untuk bungkus & ikat bahan blend

bahan C - Tumis
bawang merah atau 1/4 bawang besar - mayang nipis
minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Untuk Tabur
secukupnya daun bawang - hiris halus
secukupnya daun sadri dan daun ketumbar - hiris halus

bahan E
garam
gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend kasars emua bahan kemudian bungkus rempah sup bunjut dengan kain kasa atau muslin, ikat dengan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh ayam kemudian potong, masukkan terus dalam periuk dan bungkusan sup bunjut tadi dan juga garam, campurkan halia ketuk atau halia mayang halus, buah pelaga, kulit kayu manis, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih ayam guna api paling sederhana, masak sehingga ayam empuk, perasa ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  3. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja,jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api, buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit, hidangkan, tabur sedikit lagi daun sadri & daun bawang yang selebihnya sedia untuk dimakan  


Orange Ice Blended

bahan-bahan
2 orange - jenis masam
4 sb gula @ secukupnya
sedikit garam
ais ketul secukupnya

cara-cara
basuh orange, buangkan kulinya, potong, buang bijinya dan terus masukkan dalam blender, blend dengan gula dan garam hingga halus, masukkan ais ketul secukupnya blend sehingga jadi  macam ais yang mula membeku dan pekat, hidangkan  

Nasi Belanga

bahan-bahan
  • 1 ketul boneless chicken legs - potong kecil  
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 ketul sebesar segenggam halia - kikis kulitnya, dicincang
  • 3 keping cendawan hitam - basuh, rendam dalam air sejuk, kemudian gunting jgn terlalu nipis atau tebal, jgn buang air rendaman cendawan tersebut untuk dimasak dengan nasi
  • 3caw beras jepun - dibasuh dan di toskan, air untuk masak nasi ikut sukatan sendiri, bergantung pada beras,campur sekali dengan air rendaman cendawan diatas, cukup-cukup untuk masak nasi  
  • kicap cair, oyster sauce,lada hitam crush secukupnya
  • minyak masak untuk menumis secukupnya

cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia yang telah dicincang tadi , goreng hingga wangi dan kekuningan, masukkan oyster sauce, kicap, lada hitam 
  2. perahkan sedikit cendawan, keluarkan airnya jangan terlalu kering, goreng dan kacau rata lebih kurang 1-2 min,
  3. ketepikan air rendaman cendawan tadi untuk masak nasi,  
  4. masukkan pula ayam 2-3 min, goreng lagi hingga sedikit keputihan,
  5. campurkan beras, goreng lagi hingga beras jernih,
  6. tuangkan air lebihan rendaman cendawan, dicampur dengan air secukupnya untuk menanak nasi, kemudian masukkan garam secukupnya,kacau nasi hingga kering, sila pilih mana kaedah 7, 8 atau 9 tanak hingga masak, hidangkan  
  7. Kalau guna electric stove lepas nasi kering, padamkan api terus tutup periuk, 2-3 min kemudian serih nasi itu dan hidangkan.
  8. Kalau guna dapur gas biasa pula, lepas masak nasi, tutup periuk, perlahankan api, bila dah masak serih nasi, hidangkan
  9. Atau lepas nasi kering masukkan ke dalam rice cooker, tekan button masaklah hingga kering & masak nasi itu hingga secukup masak, kemudian serih nasi, hidangkan
  10. Sekiranyanya nasi mentah lagi masukan dalam bekas kaca, wrap dengan plastic wrap masak dalam microwave oven preheat hingga masak, hidangkan.

Jenahak Tiga Rasa

bahan A - masakkan air tangan mak
2kg ikan jenahar dari seekor ikan
serbuk kunyit secukupnya - utk gaul ikan
garam halus secukupnya - utk gaul ikan
minyak secukupnya - utk menggoreng ikan
1/2 biji nenas - potong dadu kecil

bahan B (blend kasar)
5 cili merah segar
5 cili kering - potong, rendam dalam air @ air panas, basuh, ketepikan
4 ulas bawang putih
1  bawang besar
halia sebesar ibu jari

bahan C
tomato sauce secukupnya 
chili sauce secukupnya 
garam secukup rasa 
sedikit gula
sedikit ajinomoto 
minyak secukupnya utk menumis 

cara-cara 
siang ikan, basuh, toskan, kelar-kelarkan jaranyak sebesar jari kelingking, gaul ikan dengan garam halus dan sebuk kunyit secukupnya, panaskan minyak secukupnya, goreng ikan hingga masak kedua-dua belahnya, angkat, ketepikan, sementara menanti ikan masak  potong nenas, ketepikan, blend bahan B, ketepikan, tuang minyak yang baru secukupnya ke dalam kuali lain, bila minyak mula panas tuangkan bahan B goreng hingga naik bau wangi dan harum dan cili secukup masak serta pecah minyak, tuangkan pula chili sauce dan tomato sauce secukupnya, goreng lagi hingga naik bau wangi, taburkan nenas cube, goreng lagi hingga nenas cukup masak dan naik bau wangi lagi, perasa dengan garam gula dan ajinomoto secukupnya, masukkan ikan goreng tadi, alih-alihkan dalam sauce tersebut, hidangkan seberapa segera       

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

bahan A - masakkan air tangan mak
300gm ikan bilis yang telah dikupas
8 papan petai - belah & kupas, basuh, ketepikan

bahan B kisar
60 cili kering  - direbus dan buang bijinya
3 bawang besar
6 ulas bawang putih 
belacan secukupnya

bahan C
sekepal @ segenggam kecil asam jawa - perah jadikan air asam secukupnya untuk menumis dan dijadikan kuah
minyak secukupnya untuk menumis
ajinomoto, garam dan gula secukp rasa

cara-cara
panaskan kuali dan masukkan minyak kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi bersama gula, air asam secukupnya hingga naik bau wangi, harum, pecah minyak dan cili  secukup masak, masukkan petai, goreng seketika, masukkan lebihan air asam jawa didihkan seketika, taburkan  ikan bilis masak hingga sederhana pekat dan naik bau wangi,  perasa dengan garam dan ajinomoto, hidangkan . 

Sambal Goreng Petai Dengan Udang

bahan-bahan
1 kg udang size sederhana besar
8 tangkai petai segar, dikupas dan direbus dengan air
17-20 cili merah segar (seeloknya guna cili merah jenis pedas, kalau kurang pedas boleh tambah beberapa biji padi atau cili kering)
2  bawang besar
300ml pati santan pekat
sejemput asam jawa - jadikan air asam jawa secukupnya
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis

cara-cara
siang udang cuma potong muncungnya sedikit sahaja dengan janggutnya. Belah, kupas petai kemudian rebus petai dengan air secukupnya, jangan dibuang airnya digunakan untuk masak kuah. Blender kasar cili merah, bawang besar dan belacan, Tumis bahan blend hingga hingga naik bau harum, terus tuangkan gula, air asam jawa, gula,  masak hingga cili secukup masak dan pecah minyak, masukkan isi petai goreng seketika, tuang air rebusan petai, didihkan seketika,  masukkan udang  masak  separuh masak, tuangkan pati santan pekat timbuk-timbukan santan hingga mendidih dan udang masak, persa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, hidangkan  

Wednesday, August 3, 2011

Ayam Halia

bahan-bahan
2 ketul isi ayam bahagian dada atau peha ayam - basuh, toskan, potong nipis bersama kulitnya 
segenggam besar halia - mayang nipis & halus memanjang 
sedikit garam 
sedikit gula
sedikit lada hitam 
minyak utk menumis secukupnya 
oyster sauce secukupnya 
sedikit kicap cair 
sedikit air tepung jagung 
sedikit minyak bijan (optional)
lettuce secukupnya
nasi panas secukupnya

cara-cara 
panaskan minyak secukupnya, tumis halia hingga kuning keemasan, masukkan ayam, goreng hingga secukup masak, tuang oyster sauce secukupny goreng hingga naik bau, masukkan pula kicap cair dan lada hitam goreng lagi seketika, taburkan gula, garam dan air tepung jagung goreng lagi hingga pekat dan sederhana kering dan pecah minyak, jika suka letak beberapa titik minyak bijan gaulkan, tutup api, hidangkan bersama lettuce & nasi panas
  

Mint Lassi

bahan-bahan
450gm plain yogurt 
secekak besar pucuk daun pudina 
2 sb gula 

cara-cara 
basuh daun pudina, campur semua bahan blend halus, hidangkan 

Kuih Serimuka


bahan A (lapisan bawah)
  • 1 1/2 caw. beras pulut, basuh direndam semalaman atau selama 3 jam, basuh , tos dan ketepikan
  • 3/4 caw. santan cair
  • 1 daun pandan disimpul
  • 1 sk garam
  • 1 sb tepung gandum utk ditaburkan di atas pulut selepas ditekan rapat dgn daun pisang/kertas minyak(aida tdk letak)
bahan B (lapisan atas)
  • 3 biji telur size m
  • 3/4 caw gula
  • 3/4 caw santan dari sebiji kelapa parut atau larutkan 3/4 caw air suam dgn 1 pack kecil inst. powder coconut milk
  • 7 helai daun pandan + 1sb  jintan manis + 1/2 caw} blend, jadikan 1/2 caw air daun pandan berjintan manis campur dgn beberapa titik pewarna hijau
  • 2 sb tepung jagung
  • 2 1/2 sb tepung gandum
  • sedikit garam
cara-cara
  1. Sediakan bahan A Campurkan santan cair bersama garam kacau, sediakan pelengat anggaran size 20cm, kemudian tuang santan cair tadi ke atas pulut yang telah di tos, kacau rata-rata, letakkan daun pandan, kukus pulut, balik-balikkan, kukus hingga ia masak.
  2. Tekan pulut dalam dulang dengan daun pisang atau kertas minyak/aluminium foil hingga rapat, taburkan sedikit tepung gandum keatasnya, kukus balik
  3. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  4. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan keatas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  5. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan

Cendol

 
Bahan-bahan ( 4-5 orang ) - sumber resipi member mry
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails