500gm japanese udon noodles or chinese thick noodles
5 bawang putih – basuh, cincang
3 dried shiitake mushroom/cendawan kering hitam – basuh rendam dgn 1 caw air sejuk
300gm isi scallops/kekapis – basuh ketepikan
1/8 kobis – potong serong
2 biji cili hijau - potong
1/2 biji carrot – basuh, potong
minyak untuk menumis secukupnya
Bahan B
2 1/2 sb kicap manis ABC @ kicap pekat (jika guna kicap pekat biasa sila tambah 1 sb gula)
2 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1/2 sk garam
1/4sk lada hitam tumbuk
1sb powder chicken cube
Cara-cara
- Basuh, rendam cendawan dengan 1 caw air sejuk sahaja bukan air panas , nanti ia liat, ketepikan, bila ia mula lembut gunting cendawan dan letak balik dalam air rendaman tersebut kerana ia diperlukan untuk masak dengan udon.
- Campurkan, satukan semua bahan B dalam satu mangkuk kacau rata dan ketepikan
- Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga harum dan sedikit kekuningan, masukkan, cendawan 1-2 minit, dikuti kobis, goreng lagi 2-3min, diikuti carrot, diikuti udon, goreng lagi selama 2-3 minit, tuangkan air cendawan goreng hingga udon kering, diikuti scallops, masak hingga scallops mula masak
- kemudian curahkan semua bahan B, jika perlu tuang air sikit, goreng hingga kering, gaul rata dengan cili hijau, goreng 2-3 minit, tutup api,
- hidangkan dengan cili padi potong dan sedikit napla, kicap cair dan sedikit perahan air limau kasturi, limau nipis atau lemon