bahan A caramel
250gm gula 100ml air sejuk
bahan B
1 tin @ 400ml santan pekat dalam tin - lbh elok ltk pati santan pekat menghasilkan dodol lebih lemak lagi
250gm gula
250gm tepung pulut
1/2 sk rata garam halus
1 penutup vanilla essence
cara-cara
masak gula kacau sentiasa atas api sederhana besar hingga perang dan berbuih, tutup api, tuang air sejuk, tidak perlu kacau, gula akan larut sepenuhnya, tuangkan santan kacau dengan whisk hingga santan larut dan tidak bergentel, masukkan tepung pulut,vanilla essence dan garam halus kacau hingga larut, masak atas dapur sekejap guna api kuat kacau sentiasa dengan whisk hingga jadi seketul doh pekat, licin dan tidak bergentel, tuang dalam mangkuk besar, set masa timer selama 5 minit, preheated terus dodol dalam microwave selama 2 1/2 minit, keluarkan kacau2 dengan whisk, masukkan balik dalam microwave, masak lagi hingga habis masa timer terus set balik timer lagi 5 minit, terus masak dodol tidak perlu keluarkan dari microwave oven lagi selama 2 /2 minit , keluarkan dodol kacau2 dgn whisk, masak lagi dodol hingga habis timer, keluarkan dodol letak dalam bekas sesuai dan preheated lagi selama seminit bagi nampak cantik dan licin sedia untuk dihidangkan. Masak dodol ini boleh guna convention microwave cuma tekan function preheated sahaja dan boleh juga memasak dodol dengan microwave jenis biasa untuk memanaskan makanan