bahan-bahan
9 biji ubi keladi bulat kecil-kecil
1 ubi keledek size sederhana
2 biji pisang montel
sagu halus secukupnya
gula putih secukupnya
1 pack kecil inst. coconut milk powder- bancuh dgn sdkt air pns agak2 jadikan santan secukupnya
sedikit garam
cara-cara
basuh ubi keladik hingga bersih, letak dalam bekas micro-wave heating plastic container, tutup kemas dengan plastic wrap terus preheated dalam microwave oven selama 7-10 minit atau sehingga bau masak ubi keladi tersebut, keluarkan, koyakan kulitnya, potong, letak dalam saucepan, tuang air secukupnya, gula secukupnya dan sedikit garam, masak ubi keladi, letak sagu halus dalam penapis kecil basuh seketika dengan air paip, toskan, bila mendidih sikit terus masukkan sagu yang telah dibasuh tadi dan ubi kupas keledek, potong, masukkan terus ke dalamnya, sekiranya air kurang air tambah lagi, masak hingga ubi lembut, tuang santan, masak lagi hingga mendidih, kupas pisang, potong serong masukkan ke dalamnya, masak seketika atau hingga secukup masak, hidangkan