Tuesday, November 22, 2011

Soft Brown Sugar Caramel Pudding

bahan A
6 biji telur ayam
500ml susu segar
1 cawan gula putih
1/4 sk garam - atau secukup rasa

bahan B

1/2 cawan soft brown sugar
1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Campurkan gula dan telur, gaul rata dengan pemukul telur hingga gula larut, kemudian tuang susu segar, kacau perlahan hingga adunan sebati, taburkan sedikit garam, kacau seketika, tapis, ketepikan 
  2. Sambil itu panaskan soft brown sugar untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti tapisan adunan pudding based tadi hendaklah dituang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus, panaskan pengukus, kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut, sekiranya tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  4. sejukkan atau simpan didalam peti sejuk, rasa pudding menjadi lebih sedap jika disimpan dan dibiarkan dalam bekas tertutup semalaman didalam peti sejuk.
  5. Cara menghidangkannya, letak pinggan atas dulang pudding, telangkupkan terus kedalam puding dalam pinggan yang sesuai atau keluarkan sekeliling  tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak kemudian terbalikkan puding tersebut potong ikut suka, hidangkan  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails