Sunday, July 4, 2010

Ais Kacang or ABC

bahan A
1 caw instant kacang merah
1 caw lengkong atau cincau - potong dadu atau memanjang
1 caw instant jagung dalam tin
1 caw instant cendol
1 caw kacang tanah goreng tanpa minyak buang kulitnya
1 caw buah pala kering yang disagat memanjang
1 caw agar-agar berwarna merah, kuning, hijau - potong dadu atau memanjang (optional)
1 caw sagu mata ikan atau sagu halus yang telah dimasak
1 caw buah nau
1 caw pati santan atau evaporated milk

bahan B Air Sirap Merah Atau Air Sirap Gula Merah
Air Sirap Merah
Gula secukupnya + pewarna merah + air rose + 1 daun pandan simpul + sedikit air - masak sirap pekatkan, jgn terlalu cair nanti abc tidak sedap (kalau tidak ada perwarna merah potong atau sagat beet rootmasukkan dalam sedikit air, biar seketika, tapis, keluarkan isi beet root , rebus air tersebut dengan gula putih masak hinga pekat)

Air Sirap Gula Merah
gula merah secukupnya + gula putih secukupnya dimasak dengan 1 daun pandan simpul + sedikit air , pekatkan jangan telalu cair, nanti abc tidal sedap

bahan C
lce block secukupnya
Small Ice shaving machine atau blend ais cube dalam blender hingga halus, jika susah blend campurkan sedikit air blend lagi hingga halus dan pekat

cara-cara
masukkan sesudu bahan A hidang untuk seorang dalam bekas ice cream jenis panjang untuk satu orang makan, mesin ais masukkan kedalamnya, tuang gula sirap merah atau air gula merah, susu atau santan, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails