Friday, November 27, 2009

Eidul Adha Mubarak salam dari kami sekeluarga dengan ingatan tulus ikhlas Maaf Zahir Batin

sajian untuk hari raya haji pada hari ini incredible lemang kukus & lemang jenis kekacang pun kita boleh gunakan, saya guna kacang soya hijau segar (eda mamek dalam bahasa jepun) yang telah di rebus kebetulan ada dalam fridge, saya guna 1/4 bahagian pulut kukus gaul rata dengan kacang sebelum dibungkus dengan plastic wrap, rendang ayam, puding dadih dengan susu segar, almond london, tart jem nenas, makanan lain yang dibawa dari Malaysia kuih karas buatan Maksu sendiri , kawan Mak saya dari kedah, saya beli pula dari pasar malam kerepek pisang, kuih kapit & maruku gunting dan ready made swiss roll, jadilah daripada tak ada, version lemang ini saya ambil combination masa dulu-dulu belajar home science di sekolah, cara opah kesayangan sediakan lemang segera dan cara Mak saudara saya Wan Yang kukus pulut inti kerana dia sangat cekap dan pandai memasak, kebetulan dulu dia memang buka kedai menjual makanan

Incredible Lemang Kukus
bahan-bahan ( menghasilkan 4 batang lemang )
1 kilo beras pulut - basuh, rendam dalam air selama 3 jam atau semalaman
kain lampin baru yg blm digunakkan, kain muslin or steam towel 90cm x 90cm
6-7 helai daun pandan dikoyak- koyakkan - separuh diletakkan ke dalam pulut & selebihnya dicarik-carikkan ke dalam periuk pengukus bertingkat rebus bersama air secukupnya
2 gelas air - utk dicurahkan atas pulut & digaul rata ketika/semasa mengukus pulut dlm peringkat separuh masak
1 paket kecil serbuk santan + air panas secukupnya jadikan pati santan + garam secukupnya - kacau dgn whisks supaya ia tidak bergentel kemudian masukkan garam secukupnya, jadikan pati santan pekat, ketepikan

cara-cara
  1. Beras pulut, basuh, rendam dalam air selama 3 jam atau semalaman
  2. Tos beras pulut, basuh dan perah dahulu kain muslin/steam towel tujuannya supaya pulut tidak melekat apabila dimasak dan senang untuk dialih-alihkan, bentangkan ia ke dalam jaring loyang pengukus, masukkan separuh beras pulut, susun daun pandan yang telah dicarik-carikan tadi curah balik separuh lagi beras pulut ke dalam loyang tersebut kemudian tutup dengan kain muslin
  3. Letakkan air dalam periuk pengukus secukupnya dan letak tingkat atas jaringan loyang pengukus yang telah diisi kain muslin/steam towel yang berisi beras pulut itu, tutup tudungnya, pasang api, kukus hingga masak, alih pula sebelah atas ke bawah kukus lagi hingga masak, curah 2 gelas air, kacau pulut tersebut dengan senduk hingga mesra, kukus lagi hingga ia lembut dan jernih
  4. Keluarkan pulut dari pengukus tadi, gaul hingga sebati dengan pati santan pekat yang telah disediakakn tadi, kukus balik semula atau panaskan dalam microwave tujuannya supaya ia tahan lebih lama serta tidak pula akan menjadi basi apabila disimpan nanti dan satu tujuan lagi supaya ia tetap jadi lembut walaupun diletakkan dalam fridge, kalau tak nak kukus balik pun boleh,
  5. Akhir sekali keluarkan daun pandan, bahagi pulut kukus kepada 4 bahagian, kemudian wrap dengan plastik wrap atau daun pisang, potong, hidangkan bersama rendang kesukaa masing-masing
  6. Kalau malas kukus pulut sekali gus bersama pati santan dan garam secukupnya dalam dulang yang sesuai, letakkkan pula daun pandan atasnya kukuslah hingga masak, bungkus kemas-kemas, potong hidangkan, cara ini masa saya belajar home science disekolah kukus pulut inti
  7. Jika suka boleh campurkan dengan apa-apa jenis kekacang seperti kacang merah, hijau, kacang soya segar warna hijau, kacang soya hitam atau kuning, hirisan jagung, kacang kuda, kacang tanah dan sebagainya atau campuran/mixed kekacang yang telah direbus separuh lembut atau sedang2 bolehlah digaul sebelum masak atau selepas dimasak ikut selera masing-masing, guna kaedah yang sama boleh juga mempelbagaikan cara-cara masakan jenis segera seperti instant ketupat palas, ketupat pulut, pulut inti, pulut kuning rendam dlm air bersama serbuk kunyit atau kunyit hidup tumbuk halus perah/tapis ambil airnya dulu atau pulut putih kuning dan kuih lopes pula tidak perlu letak santan cuma rendam dalam air daun pandan & pewarna hijau, kemudian kukus

Pudding Dadih Dengan Susu Segar
bahan-bahan
500ml susu segar
350ml air
25gm gula
sedikit garam
sedikit warna hijau
95gm soya fruits pudding powder/serbuk dadih buah-buahan brand NBI


cara-cara
Didihkan air,gula, susu segar, garam hingga mendidih, padamkan api, kacau 5 minit, masukkan serbuk dadih kacau hingga rata, tuangkan kedalam acuan, bekukan dalam refrigerator kemudian hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails