Friday, September 30, 2011

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan - sumber resipi member mry
1 cawan gula - ltk 100gm
1 cawan air panas -  ltk  200ml air sejuk
1 cawan tepung gandum -  ltk 100gm
1 cawan susu pekat -  ltk 100ml @ 1/2 cawan
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega - ltk 20gm 
1sb minyak sapi - ltk bahan tambahan
1 penutup vanilla essence - ltk bahan tambahan



Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega dan minyak sapi Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat dan vanilla essence ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan. - ayakkan
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. - sapu loyang pembakar dengan minyak terus bakar
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam -  bakar 160C selama 50minit ke1jam

Wednesday, September 28, 2011

Nasi Kerabu

Bahan-bahan - sumber resipi citarasawan blogspot.com
250gm beras brasmathi
30 kuntum bunga nasi kerabu (ramas dan perah airnya)  Air secukupnya
sehelai daun pandan

(Cuci beras, masukkan air dan air bunga, gaul rata, letak daun pandan dan masak nasi seperti biasa)

Bahan Sambal Tumis
Bahan A
10 biji cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia

Bahan B
2 batang serai di ketuk
2 keping asam gelugor
250ml santan cair
garam secukup rasa

Bahan C
2 sudu besar budu - aida ltk nampla sauce itu shj yg ada
2 sudu besar gula melaka racik
250ml santan pekat
garam secukup rasa


Cara-cara  :
1.  Kisar bahan A hingga lumat.
2.  Satukan bahan B dan masak hingga pecah minyak.  Masukkan bahan A dan bahan C dan masak hingga pekat dan pecah minyak.

Bahan Sambal Ikan
1/2 biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1.  Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
2.  Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dengan gula melaka, gula dan garam.  Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.  Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.
Bahan Ulam
timun
taugeh
daun kesum
daun serai kayu
kubis jika suka
(Mayang semuanya halus-halus

Bahan Gandingan
Telur masin
keropok
ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok lada
Bawang jeruk

Monday, September 26, 2011

Pulut Ayam Goreng

Pulut Ayam Goreng - sumber resipi mesra.net
bahan-bahan
  • 1 kilo pulut/(rendam dengan air selama 6 jam)
  • 1 ekor ayam dipotong 8/(perap dengan garam dan serbuk perasa)
  • 2 helai daun pandan
  • sos chili thai (mae-pranom)
  • bawang goreng
  • daun bawang
cara-cara
  1. pulut mestilah dikukus dengan daun pandan terlebih dahulu
  2. goreng ayam yang telah diperap tadi
  3. angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang 
Hadangan Hidangan 
makan sewaktu panas cicahkan dengan sos cili thai

Tambahan 
ayam kampung lagi sedap

Cucur Bawang

bahan-bahan
tepung gandum secukupnya - lupa sukat bahan
1 sk baking powder
1/2 bawang besar - mayang nipis, size sederhana besar
1/3 carrot - mayang halus
2-3 pokok daun bawang - potong
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air secukupnya - untuk bancuh tepung, lupa sukat
minyak penuh secukupnya - untuk menggoreng cucur

cara-cara
satukan tepung dan baking powder gaul rata, tuang kesemua bahan-bahan, kecuali air, lepas itu tuang air secukupnya gaul rata, panaskan minyak, jemput2kan adunan, goreng dalam minyak penuh, alih-alihkan masak cucur hingga kuning keemasan atau secukup masak, sedia dihidangkan dengan chili sauce kegemaran dan sebagainya

Honeydew Melon Juice

bahan-bahan
1/2 biji @ 500gm ripe honeydew melon
gula secukupnya - ikut manis
ketulan ais secukupnya

cara-cara
basuh, belah dua,  buang bijinya, kupas kulitnya, potong terus masukkan kedalam jar blender, masukkan gula secukupnya ikut manis, blend hingga halus, tuang dalam gelas hidang dengan ais, sedia untuk diminum

Ubi Keledek Bakar

bahan-bahan
ubi keledek secukupnya
microwave oven atau oven - untuk bakar ubi keledek

cara-cara
panaskan microwave oven atau oven pada suhu 250C, basuh ubi keledek, bakar selama 60minit atau hingga secukup masak bergantung pada size ubi keledek tersebut, hidangkan

Saturday, September 24, 2011

Rose Pulut Kacau

bahan-bahan
  • 300gm beras pulut - seeloknya direndam, dikukus, masak gula, daun pandan, garam & santan hingga bertali terus masukkan pulut yang telah dikukus tadi masak hingga secukup masak, tuang dalam loyang, ratakan, sejukkan, potong, hidangkan   
  • 150-200gm gula - ikut manis
  • 1 tin santan pekat
  • 2 penutup rose essence @ 1-2 pandan dikoyak & disimpul
  • 2-3 titik warna merah
  • 3 cawan air
  • sedikit garam

cara-cara
basuh beras pulut, masukkan air, santan, pewarna merah dan garam kealam periuk yang sesuai, kacau sentiasa supaya ia tidak berkerak masak hingga kering kemudian masukkan gula, masak lagi hingga kering, tuangkan rose essence, masak seketika, perlahankan api paling kecil sekali,  tutup periuk biar ia masak secukupnya atau dikukus hingga secukup masak, tuang dalam loyang yang sesuai, ratakan, sejukkan, potong dan hidangkan 

Agar-Agar

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
secubit garam
1 penutup rose essence
sedikit perwarna merah

bahan-bahan
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, letak periuk atas tungku api, nyalakn api dapur, masak hingga agar-agar larut dan mendidih, masukkan gula, garam,  pewarna merah dan rose masak hingga gula larut, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sediak untuk dihidangkan 

Grape Lassi


bahan-bahan
sejambak @ segugus anggur hitam atau merah - size sederhana besar
450gm plain yogurt
2-3 sudu gula - ikut manis 
ketulan ais secukupnya (optional)

cara-cara
basuh, belah dan buang biji anggur terus masukan dalam jar blender ulangi belah dan buang biji anggur hingga habis, masukkan plain yogurt dan gula kedalam jar blend tersebut, blend hingga halus dan berbuih, jika suka boleh juga hidangkan dengan ketulan ais secukupnya, sedia untuk diminum

Udon Goreng

bahan-bahan
3 bungkus kecil udon
2 terung   - belah dua potong menyerong 1cm lebar
1/2 carrot - belah dua potong nipis meyerong
1 bell pepper @ cili hijau jenis tdk pedas, belah dua, potong serong
2-3sb kicap pekat manis abc
2-3sb oyster sauce
2-3sb kicap cair jepun
2-3sb hondashi
3 ulas bawang putih - disagat atau dicincang
1 cawan air
3sb minyak untuk menumis bawang putih
minyak penuh secukupnya untuk goreng terung

cara-cara
basuh, potong terung, panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dalam seminit, alih-alihkan, angkat, toskan,  ketepikan, tuang kesemua minyak panas tadi ke dalam bekas simpan minyak, tinggalkan sedikit lebih kurang 3sb, sementara itu masukkan tiga bungkus kecil udon ke dalam microwave panaskan selama 3 minit, panaskan kuali yang sama, tumiskan bawang putih goreng hingga naik bau wangi dan sedikit kekuningan, masukan kicap pekat manis abc, oyster sauce dan kicap cair jepun, goreng seketiak hingga naik bau wangi lagi, masukan hondashi goreng seketika bagi naik lagi bau wangi terus tuangkan air, biar ia mendidih baru masuk udon, goreng, gaul, kcau dan alih-alihkan sehingga air serap lebih kurang setengah terus masukan cili hijau dan carrot, goreng lagi sehingga air serap sepenuhnya terus  masukan terung goreng seketika, hidangkan    

Tuesday, September 20, 2011

Kuih Peniram

bahan A - ( sukat bahan dgn jar matrik atau gram)
  • 2 1/2 cawan @ 250gram @ 500ml tepung beras cap 3 gajah - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung beras sekiranya tambah 1/4 caw air
  • 2 sb rata instant coconut milk powder - bhn tbhan aida ltk sdr
  • 2sb rata tepung gandum - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung gandum sekiranya tambah lagi 1/4 cawan air  

bahan B - (sukat bahan dgn jar matrik atau gram)
  • 200gm gula merah - aida ltk 88gm gula  merah + 112gm gula gerek @ gula manisan(2 kpg bgtg pd brt skpg gula tsbt
  • 1-2 helai daun pandan - koyak-koyakkan - bhn tbhan aida ltk sdri
  • 200ml @ 1 cawan air - aida lebihkan air dr resipi asal, *kemudian aida ltk 1/4 cawan air lagi

cara-cara
sediakan bahan A, kedalam besin logam, gaul rata, ketepikan, masak kesemua bahan B hingga gula larut serta mendidih terus angkat dari api dan terus tapis ke dalam tepung-tepung dan serbuk santan tadi, gaul terus dengan sudu besi, perap adunan beberapa jam atau semalaman, sapukan sedikit minyak atas tapak tangan, ambil adunan sebesar geguli atau ibu jari, bulatkan, sapu sedikit minyak, letak dalam pinggan plastik, leperkan sikit, celup bahagian lidi atau chopstik yang dengan sedikit minyak, cucuk ditengahnya buat lubang bentuk doughnut, angkat terus goreng  dalam minyak panas, alih-alihkan, perlahankan api  pandai-pandai sendirilah jaga api semasa mengoreng,  sedia untuk dihidangkan, sekiranya berlaku dough jadi keras kerana diperap beberapa jam atau semalaman sila uli balik dengan sedikit air panas hingga lembut ulangi step seterusnya hingga habis, sedia untuk dihidangkan

Beef Burger with Black Pepper Sauce

bahan-bahan
300gm minced meat @ daging kisar - aida ltk 200gm
1 keping roti putih -  disagat jadikan serbuk roti
40ml susu segar
1 telur - aida ltk size kecil
1/2 bawang besar - size sederhana, potong dadu
1/2 carrot  - size sederhana, disagat, aida ltk 1/3 carrot
1 sb halia - disagat
1/2 sk lada hitam tumbuk
1/2 sk serbuk biji buah pala - disagat
1 sk garam halus
sedikit minyak untuk mengoreng bawang
sedikit butter untuk menggoreng beef burger

cara-cara
  1. tuangkan  1sb minyak masak kedalam frying pan, panaskan, goreng bawang dadu hingga layu, keluarkan ketepikan,   
  2. gaul serbuk roti dengan susu, ketepikan,
  3. masukkan daging cincang ke dalam besin yang sesuai, gaul ramas dengan halia tumbuk, lada hitam tumbuk, serbuk biji buah pala , carrot sagat dan garam halus, pecahkan telur ramas ramas lagi hingga sebati, masukkan bawang dadau yang telah digoreng tadi besama minyanya, gau rata hingga sebati,  
  4. bahagi kepada beberapa bahagian, ambil segenggam, bentukan bulat dengan membaling adunan dikedua tangan sampai padat dan jadi bentuk bulat licin, leperkan seperti bentuk daging burger sebelum dimasak,tekan sedikit bahagian tengahnya, sambil itu panaskan kuali dengan sedikit butter, terus masukkan burger satu persatu , alih-alihkan masak hingga hingga secukup masak, tuang black pepper sauce secukupnya, taburkan sedikit crush black pepper, masak seketika bersama daging burger masak,  hidangkan
Black Pepper Sauce
Bahan-bahan ( 1 famili ) - sumber resipi member mry
3 sb mentega*
4 sb tepung gandum*
300 ml air panas
300 ml susu segar 
1 keping kiub lembu
1 sb kicap pekat
1 sk cuka
1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.

Friday, September 16, 2011

Cucur Peniram

1st. batch adunan diperap selama 2 1/2 jam, goreng, hasilnya seperti gambar diatas

2nd. batch adunan diperap lebih dari 5jam, goreng, hasilnya seperti gambar ini 

  • bahan-bahan (250biji) - sumber resipi dari member mry
  • 1 kg tepung beras cap gajah -  ltk 250gm tpg beras cap gajah @ erawan brand  
  • 800gm gula merah  - ltk 70gm gula merah + 130gm kepingan gula gerek (kekurangan gula merah)
  • 1 cawan santan (segenggam kelapa) -  ltk 8gm inst. coconut milk powder (cuma ada ini shj + dgn tepung2) + *50ml air @ panas suam bancuh bersama santan boleh atau, gaul dengan santan powder + tepung pun boleh - ikut suka
  • 1 1/2 cawan air -  letak 75ml air + *50ml air = 125ml air
  • 1 genggam tepung gandum - 1/4 genggam @ 16gm tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng

cara-cara
campur air dan santan ke dalam gula merah masak sehingga mendidih dan hancur kesemua gula tadi, tepung gandum dan tepung beras gaul rata, air gula yang masih panas ditapis dan terus dituang ke dalam tepung tadi, gaul adunan dengan sudip kayu sehingga sebati, biar semalaman baru digoreng, rangup dan gebu 

cara sediakan adunan + masak : campur tepung beras, tepung gandum dan serbuk santan gaul rata, masak gula merah dan kepingan gula gerek dengan 125ml air hingga larut dan mendidih, tapis, terus masukkan ke dalam tepung tadi, gaul rata dengan sudip, uli  pula dengan air panas sedikit demi sedikit hingga jadi dough buah melaka  atau dough kuih bakar @ kuih bangkit jenis paling lembik dan melembang apabila dibiarkan dalam besin atau dulang, peram selama 2 1/2 jam atau  beberapa jam atau semalaman, letak sedikit minyak pada tapak tangan, ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, gelintir bulat, sapu sedikit minyak pada dought itu,  tekan sikit bagi nipis, cucuk ditengahnya dengan chopstick pusing2kan hingga terbentuk lubang seperti doughnut, panaskan minyak secukupnya, saya tidak tahu untuk mengayat selebihnya sila ikutilah  tips2 puan/cik Siti Nur begitu juga dengan puan/cik kakfiza dan puan/cik sarinahamis dan cara2 resipi  mereka seperti yang tertera dibawah ini...

Tips berguna buat kuih peniram  Puan/Cik Siti Nur - saya ambil dari komen di mry (panduan berguna bila saya hendak masak & buat lagi dimasa akan dtg)
  1. kalau x jadi tu mungkin tepungnya..sll yg menjadi nih tepung beras cap gajah..kena perap 1 malam baru sedap gebu n ranggup
  2. pakai acuan donat yg paling kecil besar sikit dr syiling 50sen..kalau x pakai pun x pa.buat lubang sendiri..kalau pakai acuan nampak cantik dan sama besar
  3. kuih ni kena betoi2 minyak panas.kalau x panas nanti x naik dan keras jadinya...rosak habis adunan.lagi satu adunan ini jgn simpan dlm peti sejuk.letak diluar boleh tahan sampai 5 hari
  4. bila minyak dh panas..perlahan api baru goreng kalau api kuat nanti x sempat masak kt dlm..selamat mencuba aisyah.
  5. adunan jangan sesekali letak dlm peti ais.letak diluar suhu bilik tahan 5 ari.bentukkan semasa hendak mengoreng.kalau adunan keras boleh tambah air panas semasa menguli...
  6. tepung gandum hanya segenggam ni untuk jadikan kulit luarnya...kalau terlebih tepung gandum peniram akan liat dan x gebu.
  7. peniram akan megembang bila mengoreng..jadi jgn buat tebal2 semasa mengoreng kerana kuih akan jadi x cantik...buat nipis2 goreng baru sedap dan ranggup
  8. AIR GULA PANAS2 MASUKKAN DLM TEPUNG.KALAU AIR GULA SEJUK X MENJADI PENIRAM HARAP MAKLOM.MMG ADUNAN INI AKAN MELEKAT...UTK MUDAHKAN CARA LETAK SEDIKIT MINYAK SEMASA MENERAP PENIRAM.
  9. ADUNAN TAHAN 5 HARI DILUAR KERANA TEPUNG TELAH SEPARUH MASAK KERANA DIULI  DENGAN AIR GULA YG PANAS. ADUNAN YG DISIMPAN KALAU KERAS BOLEH DIULI DENGAN AIR PANAS UTK MELEMBUTKAN ADUNAN. KALAU PENIRAM YG TELAH DIGORENG BOLEH TAHAN SELAMA 1 BULAN.
  10.  x leh terap suma sekali kerana adunan ini lembut dan akan bercantum satu sama lain.buat satu siap masuk kuali...kalau 1 kg buat paling lama goreng 2 jam habis.
  11. kalau adunan kering masukkan sikit air panas dan uli sampai lembut,,,semasa menerap adunan taruk minyak sikit supaya tidak melekat..jdn risau kalau adunan sedikit keras..kerana biar semalaman mmg mcm tu keadaannya.
  12. kalau peniram jadi mcm tu sbb minyak x cukup panas..pastikan minyak panas..kalau x peniram akan jadi jerawat batu hehhehehhe
  13. letak ckit minyak semasa nk terap...baru peniram cantik dibentuk.acuan pn kena sapu minyak jugak.
  14.  800 gram gula mmg cukup2 manis utk peniram.saya x pernah adjust suma yg dibuat ditimbang dgn baik.
Kuih Peniram (sekadar gambar hiasan)
Bahan-bahan (kalau buat kecil2 dapat 400 biji) - sumber  respipi member mry
1 kilo tepung cap gajah
800gm gula merah
50gm @ segengam tepung
minyak untuk menggoreng


cara-cara
  1. cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak pekat sedikit
  2. angkat dan tapis air gula tadi.
  3. campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
  4. adunan tadi perlu diperap semalaman
  5. 4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
  6. cara menggoreng:ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn tengahnya.
  7. semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di permukaaan minyak.
  8. setelah masak angkat dan toskan minyak.
  9.  sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya...SELAMT MENCUBA...

Kuih Peniram ( sekadar gambar hiasan)
Bahan-bahan (kalau buat kecil2 dapat 300- 400 biji) - sumber member resipi mry
1 kampit tepung beras yg 1kg (guna cap teratai) 
900gm gula merah
2 1/2 cawan air (saya sukat guna cawan yg bertangkai biasa buat minum teh tu)
segenggam tepung gandum
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
  1. masak gula dengan air sampai mendidih,..perlahankan api supaya air gula tidak melimpah,..kacau sampai gula betul-betul hancur.
  2. tapiskan air gula terus ke dalam tepung sambil di kacau agar tepung tidak berketul-ketul...(tuang masa air gula panas-panas)
  3. setelah sejuk sedikit,..uli bancuhan tepung macam uli roti canai,...pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,..agak2 boleh di canai macam nak buat biskut.
  4. perapkan semalaman,bila nak goreng canaikan atas plastik yg telah disapu sedikit minyak supaya tidak melekat. terapkan guna acuan donat,..acuan ni siap ada lubang kat tengahnya,..so x payahlah guna jari or anything utk melubangkannya. Pastikan minyak betul2 panas bila nak menggoreng,..try masukkan 1 dulu...klau cepat je timbulnya n x hancur...menjadilah tu...kalau minyak terlalu panas...pandai2lah slowkan api tu yer....kang hangus plak kuih tu...selamat mencuba,..semoga berjaya!

Thursday, September 15, 2011

Cucur Kodok

bahan-bahan
3 pisang montel masak ranum
tepung gandum - secukupnya
1 sk rata bicarbonate soda
sedikit garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
buang kulit pisang, lenyek dgn garpu, gaul pisang lenyek dengan tepung, gula, garam dan bicarbonate soda, panaskan minyak, basuh tangan dulu,  jemputkan adunan dengan tangan letak terus dalam minyak, biar seketika, alih-alihkan, goreng  hingga secukup masak, hidangkan

Wednesday, September 14, 2011

Iced Barley

bahan-bahan
100gm barley
air secukupnya
2 daun pandan- koyakkan, simpulkan
gula secukup raasa
ketulan ais secukupnya

cara-cara
basuh barli hingga jernih, masukkan terus dalam pressure cooker, tuang sedikit air, tutup tudungnya, masak atas api, apabila naik bau barley masak, tutup api, tunggu sekejap biar jarum pressure jatuh, keluarkan angin pressure nya, nyalakan api balik, tambah air secukupnya, masukkan gula, daun pandan rebus hingga mendidih serta nailk naik bau wangi daun pandan, tutup api,  hidangkan panas atau sejuk dengan ketulan ais, kalau suka boleh letak kepingan limau nipis atau lemon,  sedia untuk dihidangkan

Tuesday, September 13, 2011

Pegedil

bahan-bahan
3 biji kentang
tepung jagung secukupnya
1 biji telur – pukul sikit
sedikit garam
sedikit crush black pepper
bread crumbs secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
  1. Rebus kentang bersama kulitnya sekali , kupas kulit, lecek , suaikan rasa dengan sedikit garam dan crush black pepper, gaul rata , bentukkan seperti kepingan buger hingga habis dan ketepikan
  2. Celup kepingan kentang tadi dengan tepung jagung, diikuti dengan telur dan akhir salut dengan serbuk roti
  3. Panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dan balikan hingga ia hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan

Black Pepper & Salt Potato Chips

bahan-bahan 
2 ubi kentang 
sedikit garam halus 
sedikit crush black pepper 
minyak penuh secukupnya untuk menggoreng  

cara-cara
panaskan minyak penuh dalam kuali, basuh ubi kentang, tidak perlu buang kulit, sagat nipis dalam kuali, goreng seketika, kacau dan balik-balikkan, bila kedua permukaan mula keras perlahankan ke api paling kecil bagi mengelakkanya daripada bertukar warna coklat keperangan dan rasa pahit, goreng hingga ranggup, toskan, taburkan sedikit garam dan crush balck pepper, gaul rata, hidangkan   

Monday, September 12, 2011

Ayam Masak Merah

bahan-bahan 
1 ekor ayam  - potong, basuh, garam kunyitkan ayam, goreng dlm minyak penuh,  ketepikan
7 cili merah segar - ikut pedas - tumbuk
7 cili kering sebuku halia sebesar ibu jari kaki  - tumbuk
1 biji bawang besar - tumbuk
4-5 ulas bawang putih - tumbuk
2 sb serbuk rempah kosong - aida letak  4sb biji rempah - tumbuk
2 sb jintan manis - tumbuk
2 sk jintan putih blend halus  - tumbuk
1 sk biji lada hitam - tumbuk
1-2 cawan sos tomato
1/2" kulit kayu manis
4-5 kuntum bunga cengkih
4-5 buah pelaga
2-3 genggam kacang peas segar - rebus dlm air hingga masak & keras, toskan, ketepikan
1 cawan pati santan
sedikit kacang tanah goreng tanpa minyak - buang kulit, tumbuk, ketepikan
sedikit garam
sedikit gula
1 senduk minyak masak untuk menumis

cara-cara
  1. ayam potong, basuh, toskan, garam kunyitkan ayam secukupnya, goreng ayam masak dalam minyak penuh ketepikan 
  2. basuh blend atau tumbuk halus biji rempah, jintan manis, jintan putih dan lada hitam,  ketepikan
  3. tumbuk atau blend bawang putih, bawang besar, halia,cili merah dan cili kering ketepikan
  4. panaskan minyak secukupnya  tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga garing masukan kesemua bahan tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia goreng lagi bagi garing, masukkan rempah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi masak hingga garing, masukkan pati santan, tomato sos, kacang tanah, garam dan gula  
  5. masukkan ayam yang telah digoreng tadi, masak seketika, taburkan kacang peas yang telah direbus tadi masak seketika, hingga sederhana pekat atau pekat, hidangkan  

Pineapple Loaf

bahan-bahan
150gm tepung pancake
8 pcs pineapple rings - potong
80-100gm gula
60gm butter
2 telur
3 sb susu segar

cara-cara
panaskan ketuhar 200C pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur sebiji demi sebiji gaul rata, tuang tepung gaul dan balikkan, diikuti nenas dan susu segar, gaul rata, tuang dalam dulang pembakar, bakar selama 40minit atau secukup masak, sejukan, hidangkan

Banana Orange Pineapple Muffins

bahan-bahan
150gm tepung pancake
80-100gm gula
1 telur
2 sb plain yogurt
2 sb minyak masak
2 sb susu segar
1 ripe montel banana - size sederhana kecil - lecek, ketepikan
1 parutan kulit orange dari sebiji orange - parutkan, ketepikan
2 rings pineapple inside can  - potong kecil

cara-cara
panaskan microwave 200C, campur kesemuan bahan-bahan gaul rata kecuali nenas, cedukkan dan masukkan  ke dalam bekas muffin, atur atasnya 3 potongan kecil  nenas, bakar selama 25-30 minit, sejukkan,  hidangkan

Friday, September 9, 2011

Lemonade

bahan-bahan (hidangan utk 2 org)
2 lemon
2 gelas air
gula secukupnya
ketulan ais secukupnya

cara-cara 
perah lemon dengan squeezer, masukkan gula secukupnya kacau dengan air hingga larut, masukkan ketulan ais, sedia untuk dihidangkan  

Chiffon Orange

bahan A (sukat bahan guna gelas matrik)
6 putih telur
50gm gula
1/8 sk cream of tatar

bahan B
6 kuning telur
50gm gula
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas juice orange
1sb parutan luar kulit orange

bahan C 
120gm tepung gandum
2 sk baking powder
secubit garam

cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave oven pada suhu darjah 170C
  2. Ayak tepung dengan  baking powder dan garam, ketepikan
  3. pukul putih telur hingga berbuih, tuang gula pukul lagi sampai jadi meringue, taburkan cream of tatar pukul lagi sampai meringue jadi putih dan kental, ketepikan
  4. pukul kuning telur dengan gula hingga gula larut, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup balikan,  sambil itu tuang jus orange, diikuti minyak dan orange zest,  kaup balikan lagi hingga rata dan licin
  5. akhir sekali masukkan separuh meringue tadi ke dalam adunan kuning telur, kaup dan balikkan hingga licin, terus tuangkan adunan ke atas meringue yang selebihnya, kaup balik lagi sampai licin, tuang pula dalam acuan chiffon cake yang tidak bergris, hentak-hentakan sedikit lebih kurang  2-3 kali
  6. bakar selama 50 minit ke 1 jam dan hingga secukup masak, sejukkan, keluarkan dari acuan, letak atas redai kek, potong, hidangkan

Chocolate Sponge Cake

bahan-bahan
3 telur
100gm gula
90gm tepung gandum
18gm serbuk koko
50ml minyak masak
1 sb susu segar
1 sk vanilla essence
chocolate rice secukupnya
inst. ready made whipped cream secukupnya

cara-cara
ayak tepung dengan serbuk koko ketepikan, pukul telur dengan gula hingga kembang, putih, berkrim dan pekat, masukkan vanilla essence, gaul dengan spatula or sudip kayu ikut arah jam, tuang minyak dan susu segar, gaul rata lagi, masukkan tepung gaul rata lagi, panaskan ketuhar microwave oven or oven 200C, tuang dalam dulang yang telah dialas dengan baking paper pada dasar dan dinding dulang cake,  bakar selama 27minit hingga kuning keemasan, sejukkan, keluarkan, sapu whipped cream atas dan sekeliling cake, taburkan chocolate rice secukupnya, hidangkan