Friday, September 16, 2011

Cucur Peniram

1st. batch adunan diperap selama 2 1/2 jam, goreng, hasilnya seperti gambar diatas

2nd. batch adunan diperap lebih dari 5jam, goreng, hasilnya seperti gambar ini 

  • bahan-bahan (250biji) - sumber resipi dari member mry
  • 1 kg tepung beras cap gajah -  ltk 250gm tpg beras cap gajah @ erawan brand  
  • 800gm gula merah  - ltk 70gm gula merah + 130gm kepingan gula gerek (kekurangan gula merah)
  • 1 cawan santan (segenggam kelapa) -  ltk 8gm inst. coconut milk powder (cuma ada ini shj + dgn tepung2) + *50ml air @ panas suam bancuh bersama santan boleh atau, gaul dengan santan powder + tepung pun boleh - ikut suka
  • 1 1/2 cawan air -  letak 75ml air + *50ml air = 125ml air
  • 1 genggam tepung gandum - 1/4 genggam @ 16gm tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng

cara-cara
campur air dan santan ke dalam gula merah masak sehingga mendidih dan hancur kesemua gula tadi, tepung gandum dan tepung beras gaul rata, air gula yang masih panas ditapis dan terus dituang ke dalam tepung tadi, gaul adunan dengan sudip kayu sehingga sebati, biar semalaman baru digoreng, rangup dan gebu 

cara sediakan adunan + masak : campur tepung beras, tepung gandum dan serbuk santan gaul rata, masak gula merah dan kepingan gula gerek dengan 125ml air hingga larut dan mendidih, tapis, terus masukkan ke dalam tepung tadi, gaul rata dengan sudip, uli  pula dengan air panas sedikit demi sedikit hingga jadi dough buah melaka  atau dough kuih bakar @ kuih bangkit jenis paling lembik dan melembang apabila dibiarkan dalam besin atau dulang, peram selama 2 1/2 jam atau  beberapa jam atau semalaman, letak sedikit minyak pada tapak tangan, ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, gelintir bulat, sapu sedikit minyak pada dought itu,  tekan sikit bagi nipis, cucuk ditengahnya dengan chopstick pusing2kan hingga terbentuk lubang seperti doughnut, panaskan minyak secukupnya, saya tidak tahu untuk mengayat selebihnya sila ikutilah  tips2 puan/cik Siti Nur begitu juga dengan puan/cik kakfiza dan puan/cik sarinahamis dan cara2 resipi  mereka seperti yang tertera dibawah ini...

Tips berguna buat kuih peniram  Puan/Cik Siti Nur - saya ambil dari komen di mry (panduan berguna bila saya hendak masak & buat lagi dimasa akan dtg)
  1. kalau x jadi tu mungkin tepungnya..sll yg menjadi nih tepung beras cap gajah..kena perap 1 malam baru sedap gebu n ranggup
  2. pakai acuan donat yg paling kecil besar sikit dr syiling 50sen..kalau x pakai pun x pa.buat lubang sendiri..kalau pakai acuan nampak cantik dan sama besar
  3. kuih ni kena betoi2 minyak panas.kalau x panas nanti x naik dan keras jadinya...rosak habis adunan.lagi satu adunan ini jgn simpan dlm peti sejuk.letak diluar boleh tahan sampai 5 hari
  4. bila minyak dh panas..perlahan api baru goreng kalau api kuat nanti x sempat masak kt dlm..selamat mencuba aisyah.
  5. adunan jangan sesekali letak dlm peti ais.letak diluar suhu bilik tahan 5 ari.bentukkan semasa hendak mengoreng.kalau adunan keras boleh tambah air panas semasa menguli...
  6. tepung gandum hanya segenggam ni untuk jadikan kulit luarnya...kalau terlebih tepung gandum peniram akan liat dan x gebu.
  7. peniram akan megembang bila mengoreng..jadi jgn buat tebal2 semasa mengoreng kerana kuih akan jadi x cantik...buat nipis2 goreng baru sedap dan ranggup
  8. AIR GULA PANAS2 MASUKKAN DLM TEPUNG.KALAU AIR GULA SEJUK X MENJADI PENIRAM HARAP MAKLOM.MMG ADUNAN INI AKAN MELEKAT...UTK MUDAHKAN CARA LETAK SEDIKIT MINYAK SEMASA MENERAP PENIRAM.
  9. ADUNAN TAHAN 5 HARI DILUAR KERANA TEPUNG TELAH SEPARUH MASAK KERANA DIULI  DENGAN AIR GULA YG PANAS. ADUNAN YG DISIMPAN KALAU KERAS BOLEH DIULI DENGAN AIR PANAS UTK MELEMBUTKAN ADUNAN. KALAU PENIRAM YG TELAH DIGORENG BOLEH TAHAN SELAMA 1 BULAN.
  10.  x leh terap suma sekali kerana adunan ini lembut dan akan bercantum satu sama lain.buat satu siap masuk kuali...kalau 1 kg buat paling lama goreng 2 jam habis.
  11. kalau adunan kering masukkan sikit air panas dan uli sampai lembut,,,semasa menerap adunan taruk minyak sikit supaya tidak melekat..jdn risau kalau adunan sedikit keras..kerana biar semalaman mmg mcm tu keadaannya.
  12. kalau peniram jadi mcm tu sbb minyak x cukup panas..pastikan minyak panas..kalau x peniram akan jadi jerawat batu hehhehehhe
  13. letak ckit minyak semasa nk terap...baru peniram cantik dibentuk.acuan pn kena sapu minyak jugak.
  14.  800 gram gula mmg cukup2 manis utk peniram.saya x pernah adjust suma yg dibuat ditimbang dgn baik.
Kuih Peniram (sekadar gambar hiasan)
Bahan-bahan (kalau buat kecil2 dapat 400 biji) - sumber  respipi member mry
1 kilo tepung cap gajah
800gm gula merah
50gm @ segengam tepung
minyak untuk menggoreng


cara-cara
  1. cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak pekat sedikit
  2. angkat dan tapis air gula tadi.
  3. campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
  4. adunan tadi perlu diperap semalaman
  5. 4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
  6. cara menggoreng:ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn tengahnya.
  7. semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di permukaaan minyak.
  8. setelah masak angkat dan toskan minyak.
  9.  sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya...SELAMT MENCUBA...

Kuih Peniram ( sekadar gambar hiasan)
Bahan-bahan (kalau buat kecil2 dapat 300- 400 biji) - sumber member resipi mry
1 kampit tepung beras yg 1kg (guna cap teratai) 
900gm gula merah
2 1/2 cawan air (saya sukat guna cawan yg bertangkai biasa buat minum teh tu)
segenggam tepung gandum
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
  1. masak gula dengan air sampai mendidih,..perlahankan api supaya air gula tidak melimpah,..kacau sampai gula betul-betul hancur.
  2. tapiskan air gula terus ke dalam tepung sambil di kacau agar tepung tidak berketul-ketul...(tuang masa air gula panas-panas)
  3. setelah sejuk sedikit,..uli bancuhan tepung macam uli roti canai,...pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,..agak2 boleh di canai macam nak buat biskut.
  4. perapkan semalaman,bila nak goreng canaikan atas plastik yg telah disapu sedikit minyak supaya tidak melekat. terapkan guna acuan donat,..acuan ni siap ada lubang kat tengahnya,..so x payahlah guna jari or anything utk melubangkannya. Pastikan minyak betul2 panas bila nak menggoreng,..try masukkan 1 dulu...klau cepat je timbulnya n x hancur...menjadilah tu...kalau minyak terlalu panas...pandai2lah slowkan api tu yer....kang hangus plak kuih tu...selamat mencuba,..semoga berjaya!